September 28, 2022
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kecewa dengan tindakan segelintir pengunjung sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang memijak pokok hiasan yang ditanam di tepi jalan serta pembahagi jalan sehingga rosak. Menerusi hantaran di Facebook, DBKL telah memuat naik satu rakaman video dan beberapa gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku pada pokok hiasan kesan dipijak orang ramai. Pokok Dirosakkan Pihak Tidak Bertanggungjawab Melihat lautan manusia yang membanjiri jalan sekitar Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan, DBKL gembira melihat semangat cintakan negara seperti itu, namun merosakkan harta benda awam seperti ini bukanlah caranya. Menurut DBKL, semangat cintakan negara sudah bagus, namun jika pengunjung dapat menyemaikan semangat cintakan harta benda negara, itu lebih baik. "Ada sesetengah dalam kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan serta langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Menerusi reaksi orang awam, ramai yang melihat kejadian itu turut kesal dengan tindakan segelintir pengunjung yang tidak berdisiplin dan tidak menghargai lanskap yang ada di situ. Pengunjung Terlalu Ramai Jadi Punca Bagaimanapun, orang ramai juga berpendapat bahawa kejadian itu tidak dapat dielakkan kerana ramai pengunjung perlu melalui Jalan Tun Perak di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek. Jalan itu ditutup daripada kenderaan dan dijadikan tempat parkir kenderaan VIP dan VVIP yang hadir ke acara sambutan kemerdekaan. Laluan itu yang dipenuhi kenderaan yang diparkir menyebabkan ribuan pengunjung terpaksa bersesak dan berhimpit ketika melalui jalan itu kerana masing-masing mahu mengambil peluang menonton acara perbarisan yang diadakan di Dataran Merdeka.   Ada juga yang merungut dengan keadaan tempat sambutan serta perbarisan yang sempit menyebabkan sebilangan besar pengunjung hampa kerana tidak dapat menonton acara perbarisan dan terpaksa membatalkan niat mereka kerana keadaan yang terlalu sesak. Kehadiran jumlah pengunjung yang luar biasa pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 pada tahun ini menjadi antara faktor penyumbang kejadian itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, memaklumkan jumlah kehadiran pengunjung melebihi jangkaan apabila lebih 100,000 memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar berbanding 50,000 sasaran asal. Beliau berkata, pengunjung memenuhi kawasan perbarisan dan perarakan sepanjang tiga kilometer meliputi Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Raja Laut, selain sekitar Jalan Tun Perak. *Kredit foto dan video: DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kecewa dengan tindakan segelintir pengunjung sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang memijak pokok hiasan yang ditanam di tepi jalan serta pembahagi jalan sehingga rosak.

Menerusi hantaran di Facebook, DBKL telah memuat naik satu rakaman video dan beberapa gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku pada pokok hiasan kesan dipijak orang ramai.

Pokok Dirosakkan Pihak Tidak Bertanggungjawab

Melihat lautan manusia yang membanjiri jalan sekitar Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan, DBKL gembira melihat semangat cintakan negara seperti itu, namun merosakkan harta benda awam seperti ini bukanlah caranya.

Menurut DBKL, semangat cintakan negara sudah bagus, namun jika pengunjung dapat menyemaikan semangat cintakan harta benda negara, itu lebih baik.

“Ada sesetengah dalam kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan serta langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik.

Menerusi reaksi orang awam, ramai yang melihat kejadian itu turut kesal dengan tindakan segelintir pengunjung yang tidak berdisiplin dan tidak menghargai lanskap yang ada di situ.

Pengunjung Terlalu Ramai Jadi Punca

Bagaimanapun, orang ramai juga berpendapat bahawa kejadian itu tidak dapat dielakkan kerana ramai pengunjung perlu melalui Jalan Tun Perak di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek. Jalan itu ditutup daripada kenderaan dan dijadikan tempat parkir kenderaan VIP dan VVIP yang hadir ke acara sambutan kemerdekaan.

Laluan itu yang dipenuhi kenderaan yang diparkir menyebabkan ribuan pengunjung terpaksa bersesak dan berhimpit ketika melalui jalan itu kerana masing-masing mahu mengambil peluang menonton acara perbarisan yang diadakan di Dataran Merdeka.

 

Ada juga yang merungut dengan keadaan tempat sambutan serta perbarisan yang sempit menyebabkan sebilangan besar pengunjung hampa kerana tidak dapat menonton acara perbarisan dan terpaksa membatalkan niat mereka kerana keadaan yang terlalu sesak.

Kehadiran jumlah pengunjung yang luar biasa pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 pada tahun ini menjadi antara faktor penyumbang kejadian itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, memaklumkan jumlah kehadiran pengunjung melebihi jangkaan apabila lebih 100,000 memenuhi lokasi majlis dan kawasan sekitar berbanding 50,000 sasaran asal.

Beliau berkata, pengunjung memenuhi kawasan perbarisan dan perarakan sepanjang tiga kilometer meliputi Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Raja Laut, selain sekitar Jalan Tun Perak.

*Kredit foto dan video: DBKL

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language