Categories
Auto news

Polis Siasat Penunggang Ganggu Lalu Lintas – Jalan Temiang-Pantai Bukan Port Lepak

Individu yang mengugut untuk melempar helmet ke arah kereta yang sedang melalui Jalan Temiang-Pantai baru-baru ini kini sedang disiasat polis.

Beberapa hari lalu, telah tular sebuah video dashcam di media sosial yang menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal yang sedang berhenti di lorong kecemasan untuk menikmati keindahan ‘New Zealand Malaysia’ itu.

Namun seorang individu telah didapati mengganggu lalu lintas setelah berdiri di laluan jalan raya dan mengugut untuk melempar helmetnya ke arah kenderaan yang melalui jalan tersebut apabila dibunyikan hon. 

Individu Kini Disiasat Polis

Siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama iaitu pada waktu tengah hari di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian.

Berdasarkan rakaman video dari camera dashcam yang tersebar menunjukkan saat kereta menghampiri kumpulan motosikal terbabit, ada seorang penunggang motosikal yang berdiri di tengah jalan dan mengganggu jalan raya terbabit.

Apabila hon dibunyikan, individu tersebut bertindak seakan-akan tidak berpuas hati dan ingin melemparkan helmet tersebut ke arah kereta berkenaan. Video berdurasi 11 saat ini telah meraih perhatian orang ramai yang rata-rata menyelar tindakan individu terbabit.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan halangan di atas jalan. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terhadap kes berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.

Jalan Temiang-Pantai Bukan Lokasi Pelancongan

Meskipun laluan ini menghidangkan permandangan yang menarik, namun tahukah anda tindakan memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk bergambar dan melepak merupakan satu kesalahan?

Terdahulu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata tindakan pemandu yang berhenti di lorong kecemasan tanpa sebab munasabah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali kes kecemasan.

Bagi kesalahan itu, denda boleh dikenakan kepada pemandu tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi mereka yang merancang untuk menghentikan kereta di lorong kecemasan Jalan Temiang-Pantai ini, jangan terkejut sekiranya anda didatangi oleh pihak polis atau JPJ kerana pihak berkuasa sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di Jalan Temiang-Pantai bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language