Categories
Auto news

Post Title

Jika anda sedang mencari kereta sports bersaiz kecil dan seronok untuk dipandu, mungkin Honda S660 yang disenaraikan di Carlist.my ini adalah kereta yang anda cari!

Dari pandangan pertama, Honda S660 mempunyai profil yang unik, kecil dan rendah serta dipadankan dengan enjin dengan kuasa yang mencukupi bagi memberikan lebih keyakinan untuk menyerang selekoh dengan lebih stabil.

Pengenalan Honda S660

Honda S660 merupakan sebuah kereta Sports jenis Roadster dengan Targa Top (bumbung boleh dibuka) yang diposisikan di dalam kelas kereta Kei. Kereta Kei merupakan kereta kecil yang dikhaskan untuk penggunaan bandar di Jepun.

Kei merupakan kategori kereta penumpang paling kecil yang ‘halal’ digunakan di lebuh raya di Jepun dengan dimensi dan kapasiti enjin yang terhad. Model ini difahamkan hampir dibawa ke Pasaran Malaysia secara rasmi, namun atas sebab-sebab tertentu, model ini tidak diperkenalkan secara rasmi di sini oleh Honda Malaysia.

Rupa bentuk kereta ini yang unik merupakan idea daripada jurutera termuda mereka, Ryo Mukumoto yang berumur 22 tahun pada ketika itu setelah menewaskan 400 jurutera lain dalam pertandingan dalaman yang dianjurkan oleh Honda.

Honda telah memberi tempoh selama 5 tahun kepada Ryo untuk membangunkan kereta ini dengan bantuan jurutera lain yang lebih berpengalaman. Hasilnya, terciptalah Honda S660 ini.

Prestasi Honda SS60

Di atas kertas, Honda S660 ini tidaklah hadir dengan enjin yang berkuasa tinggi kerana kapasiti enjinnya sama seperti Perodua Kancil, iaitu pada 660cc. Walau bagaimanapun, S660 menggunakan enjin S07A Turbo yang menghasilkan 64 PS serta 104 Nm tork.

Sebagai perbandingan, enjin turbo S660 ini menghasilkan 33 PS serta 55 Nm lebih berkuasa berbanding Kancil 660 yang menghasilkan 31 PS serta 49 Nm tork. Namun perkara ini sudah dijangka memandangkan enjin pada Kancil bukanlah enjin turbo.

Enjin S660 ini dipadankan dengan dua pilihan transmisi, iaitu CVT atau 6-kelajuan manual dan kuasa enjin ini akan dihantar ke roda belakang kereta (RWD). Sebagai kereta sports dengan enjin mid-mounted, enjin S660 diposisikan di bahagian bonet belakang kereta berbanding di bonet hadapan.

Dimensi Honda S660

Panjang: 3,395 mm
Lebar: 1,475 mm
Tinggi: 1,180 mm
Jarak Antara Roda: 2,285 mm

Honda S660 mempunyai saiz yang amat kecil. Sebagai perbandingan, Honda S660 adalah 500 mm lebih pendek, 260 mm lebih sempit, 335 mm  rendah serta mempunyai jarak antara roda 215 mm lebih pendek berbanding Perodua Myvi 2022.

Exterior Honda S660

Dari segi rupa luaran, Honda S660 ini kelihatan seakan-akan sama seperti Honda Beat yang dikeluarkan pada tahun 1991-1996 disebabkan oleh had atau sekatan yang dikenakan ke atas kereta Kei. Penggunaan nama huruf ‘S’ diikuti dengan kapasiti enjin adalah tradisi Honda yang diinspirasikan daripada kereta klasik Honda S500. 

Model yang kami terima ini merupakan model 2019 versi Modulo X yang menampilkan beberapa aksesori baharu seperti lebih banyak kemasan hitam seperti di perumah lampu nyalaan siang (DRL), cermin sisi, dan bahagian skirting kereta.

Di belakang, kit Modulo X ini hadir dengan rekaan bampar belakang yang lebih agresif bersama kemasan diffuser dan tip ekzos kereta yang diletakkan pada bahagian tengah. Lebih menarik, S660 Modulo X ini datang dengan spoiler belakang yang aktif (boleh naik turun).

Selain itu, tayar kereta ini datang dengan saiz yang berbeza iaitu 15 inci untuk tayar hadapan, manakala 16 inci untuk tayar belakang.

Interior Honda S660

Di bahagian dalam, S660 dibekalkan dengan dua tempat duduk semi bucket khas dari Modulo X yang berwarna merah. Kemasan merah ini juga boleh dijumpai pada bahagian papan pemuka, karpet kaki, stereng dan tuil brek tangan.

Meskipun kereta ini bersaiz kecil, namun ruangan dalamannya tidaklah terlalu sempit, memandangkan ia hanya memuatkan 2 tempat duduk sahaja. Model 2019 ini turut hadir bersama paparan infotainment bersaiz kecil manakala meternya masih menggunakan gabungan meter analog dan digital.

Pengalaman Pemanduan Honda S660

Setelah diberi peluang untuk memandu Honda S660 untuk masa yang singkat, ada beberapa perkara yang boleh disimpulkan berkenaan pengalaman pemanduan kereta ini.

Ada mod pemanduan (Sport, Normal)
Bunyi turbo whistle yang menggiurkan
Diberikan penyerap hentak yang boleh dilaraskan kepada 5 peringkat
Kuasa enjin yang mencukupi untuk kereta seberat 830-850 kg
Sistem brek yang lebih baik dengan cakera yang ditebuk dan dipadankan dengan pad brek berprestasi.
Saiz yang kecil memudahkan pergerakan di jalan yang sempit serta mudah untuk mencari kawasan letak kereta
Namun oleh kerana saiznya yang kecil, agak sukar untuk anda melihat keadaan trafik di hadapan serta sekeliling anda sekiranya kereta ini diapit oleh kenderaan yang jauh lebih besar di sekelilingnya
Profil kereta yang rendah juga membuatkan aksi melalui selekoh pada kelajuan tinggi lebih selesa dan yakin.
Dengan jarak roda yang begitu kecil dan keseimbangan berat yang sangat jitu, pengendalian S660 yang mengagumkan dipertingkatkan lagi dengan ciri vektor tork berasaskan brek yang dipanggil Agile handling Assist oleh Honda.

Praktikaliti Honda S660

Dari segi praktikaliti, tidak banyak yang ditawarkan oleh model ini kerana ia dihasilkan untuk pembeli menikmati pengalaman pemanduan kereta Kei yang menyeronokkan. Tiada ruang simpanan di bahagian but belakang kerana ia menempatkan enjin kereta.

Terdapat satu ruang simpanan kecil disediakan di but hadapan, tapi ruangan itu hanya dikhaskan untuk menyimpan bumbung S660 yang telah ditanggalkan. Tidak mustahil untuk menyimpan barang lain di situ, Cuma anda perlu kena kekalkan bumbung atau cabut bumbung dan tinggal di rumah (tidak digalakkan).

Ciri Keselamatan Honda S660

4 beg udara keselamatan
ABS
TRC
EBD
Kamera undur

Harga Honda S660 (Recond)

Model Recon bagi Honda S660 ini boleh di dapati di Carlist.my dari RM145,000 sehingga RM186,000. Untuk model S660 Modulo X yang kami terima, harganya dijual pada RM184,000.

Honda S660 Untuk Siapa?

Sebelum anda membeli kereta ini, penting untuk anda tahu apa tujuan kereta ini dihasilkan. Memandangkan ianya kereta sports 2-tempat duduk yang bersaiz kecil tanpa sebarang ruang simpanan, Honda S660 ini lebih sesuai bagi mereka yang mencari kereta kedua atau kereta untuk digunakan pada hari minggu.

Jadi adakah golongan lepasan universiti memiliki kereta ini? Mestilah boleh! Tapi jika ditanya sama ada sesuai atau tidak, mungkin tidak berapa sesuai jika kereta ini dijadikan kereta pertama untuk digunakan secara harian. Dengan harga kereta ini, banyak kereta yang lebih baik dan praktikal boleh dibeli. Tapi kalau ada duit, siapa boleh halang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language