December 7, 2022
Bagi mereka yang sedang mencari kereta sports terpakai yang boleh dikatakan mampu milik, artikel ini memang untuk anda. Untuk istilah kereta sports mampu milik kali ini, kami akan menyenaraikan 5 pilihan kereta sports terpakai di bawah RM100,000 yang boleh anda dapati melalui carian di Carlist.my. Mazda MX-5 2011 Untuk peminat Mazda dan convertible, model generasi ketiga Mazda MX-5 mungkin untuk anda. Model ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 hingga 2015 dan turut dikenali sebagai Mazda Roadster di Jepun dan Mazda Miata di AS.  Untuk model 2011, anda boleh dapatkan pada sekitar RM95,000 -RM100,000 Spesifikasi Enjin: 2.0L, 4 Silinder Kuasa: 160 PS Tork: 188 Nm Pacuan: Roda Belakang (RWD) Kelebihan Kekurangan Rupa bentuk kereta sports klasik dengan ciri Power Folding Hard-top, bukan soft top Ruang kokpit yang sempit RWD untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan Bunyi angin yang kuat masuk ke kabin meskipun bumbung ditutup Toyota GT86 2013 Kalau anda lebih percayakan Toyota terutama dalam hal-hal kebolehpercayaan serta ketahanan kereta, mungkin boleh pertimbangkan kereta sports dua pintu jenis coupe, Toyota GT86. Model ini dilihat sering menjadi jentera belasahan generasi muda yang sedang berjinak-jinak dalam aktiviti drifting. Model generasi pertama GT86 kini boleh dibeli pada harga sekitar RM95,000 ke RM100,000. Spesifikasi Enjin: 2.0L, 4 Silinder Kuasa: 200 PS Tork: 205 Nm Pacuan: Roda Belakang (RWD) Kelebihan Kekurangan RWD dan mesra drift Karakter enjin yang kurang berkuasa Ringan dan mudah untuk dikawal Kemasan plastik di bahagian interior kelihatan murah Honda Civic FN2 Type R Jika kereta yang disenaraikan tadi bukan type anda, mungkin type anda adalah sebuah Type R. Kembar FD2R, iaitu Honda Civic FN2 Type R atau lebih dikenali dengan FN2R ini dilahirkan di England, bukannya Jepun. Ini merupakan generasi terakhir Type R yang menggunakan enjin NA. Model FN2 Type R tahun 2007-2010 ini boleh didapati pada sekitar RM90,000. Spesifikasi Enjin: 2.0L, 4 Silinder Kuasa: 201 PS Tork: 193 Nm Pacuan: Roda hadapan (FWD) Kelebihan Kekurangan Rare sebab ia merupakan Type R yang paling jarang dilihat di atas jalan Kuasa enjin lebih lemau berbanding Type R sebelumnya, Honda Civic EP3 Type R Enjin NA dengan kuasa kuda mencecah 200 PS Menggunakan sistem suspensi belakang Torsion Beam sedangkan EK9, EP3, FD2R menggunakan Double Wishbone. Audi TT 2010 Audi TT ialah kereta sports dua pintu yang dihasilkan oleh Audi sejak 1998, dan kini dalam generasi ketiganya. Untuk setiap generasinya, TT telah dijual sebagai coupe 2+2 dan roadster dua tempat duduk. Bagi menghormati cuaca di negara ini, Audi TT tahun 2010 ini lebih sesuai dan praktikal kerana ada bumbung terbina siap serta lebih 2 tempat duduk Model 2010 kereta ini boleh dimiliki pada sekitar RM80,000 – RM90,000. Spesifikasi Enjin: 2.0L turbo Kuasa: 200 PS Tork: 280 Nm Pacuan: semua roda (AWD) Kelebihan Kekurangan Interior dan eksterior nampak dan rasa mewah Turbo lag yang agak terasa Quattro AWD membuatkan kawalan kereta ini lebih sedap dalam apa jua keadaan Ruang tempat duduk belakang yang sempit Subaru WRX STI 2012 Dikenali sebagai sebagai kereta rali yang halal dijalan raya. WRX STI agak berbezaz dengan WRX biasa kerana ia menerima Subaru Intelligent Drive (SI-DRIVE) yang bermaksud sistem pengurusan enjin termaju dengan mod pemanduan yang boleh dipilih untuk memenuhi keadaan berbeza dan mood berbeza. SI-DRIVE adalah penyelesaian yang sempurna untuk mereka yang mahukan kereta sporty tapi dengan penggunaan bahan api ekonomi. Spesifikasi Enjin: 2.5L, Turbo Kuasa: 300 PS Tork: 407 Nm Pacuan: semua roda (AWD) Kelebihan Kekurangan Laju dan sesuai untuk ‘attack’ selekoh Kereta yang agresif, kurang selesa Interior cantik dan kemas untuk kereta prestasi Penggunaan bahan api yang kuat Kesimpulan Kesimpulannya, memang ada banyak kereta sports yang sedap serta bergaya yang boleh anda temui di Carlist.my. Kelima-lima model yang disenaraikan ini merupakan antara yang terbaik yang boleh anda temui. Namun jika kereta yang disenaraikan ini tidak begitu menarik di mata anda, silakan mencari kereta idaman anda di Carlist.my! Model Harga Ketika Dilancarkan Harga Terpakai Maxza MX-5 2011 RM200,000 RM99,000 Toyota GT86 2013 RM258,000 RM95,000 Honda Civic FN2 Type R 2007 RM190,000 RM89,000 Audi TT 2010 RM368,000 RM89,000 Subaru WRX STI 2012 RM249,000 RM95,000 Waranti Kereta Terpakai Warranty Smart Salah satu kelemahan membeli kereta terpakai adalah kebanyakannya tidak dilindungi di bawah waranti pengilang. Warranty Smart merupakan perlindungan pilihan untuk sebarang pembelian kereta terpakai di bawah umur 10 tahun. Perlindungan bermula dari RM848 setahun. Baca lebih lanjut mengenai Waranti Smart di sini. Cara Beli Kereta Idaman Anda Di Carlist Dengan Bajet RM100k, anda kini boleh menggunakan ciri carian terperinci Carlist untuk mencari kereta sports idaman anda yang sempurna: Pergi ke Carlist.my Klik pada 'Pencarian Lebih Lanjut' di bawah kotak carian Tapi carian mengikut kehendak anda seperti tahun, harga, jenis kereta dan sebagainya. Selamat membeli!

Bagi mereka yang sedang mencari kereta sports terpakai yang boleh dikatakan mampu milik, artikel ini memang untuk anda.

Untuk istilah kereta sports mampu milik kali ini, kami akan menyenaraikan 5 pilihan kereta sports terpakai di bawah RM100,000 yang boleh anda dapati melalui carian di Carlist.my.

Mazda MX-5 2011

Untuk peminat Mazda dan convertible, model generasi ketiga Mazda MX-5 mungkin untuk anda. Model ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 hingga 2015 dan turut dikenali sebagai Mazda Roadster di Jepun dan Mazda Miata di AS.  Untuk model 2011, anda boleh dapatkan pada sekitar RM95,000 -RM100,000

Spesifikasi

Enjin: 2.0L, 4 Silinder
Kuasa: 160 PS
Tork: 188 Nm
Pacuan: Roda Belakang (RWD)

Kelebihan
Kekurangan

Rupa bentuk kereta sports klasik dengan ciri Power Folding Hard-top, bukan soft top

Ruang kokpit yang sempit

RWD untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan

Bunyi angin yang kuat masuk ke kabin meskipun bumbung ditutup

Toyota GT86 2013

Kalau anda lebih percayakan Toyota terutama dalam hal-hal kebolehpercayaan serta ketahanan kereta, mungkin boleh pertimbangkan kereta sports dua pintu jenis coupe, Toyota GT86. Model ini dilihat sering menjadi jentera belasahan generasi muda yang sedang berjinak-jinak dalam aktiviti drifting. Model generasi pertama GT86 kini boleh dibeli pada harga sekitar RM95,000 ke RM100,000.

Spesifikasi

Enjin: 2.0L, 4 Silinder
Kuasa: 200 PS
Tork: 205 Nm
Pacuan: Roda Belakang (RWD)

Kelebihan
Kekurangan

RWD dan mesra drift

Karakter enjin yang kurang berkuasa

Ringan dan mudah untuk dikawal

Kemasan plastik di bahagian interior kelihatan murah

Honda Civic FN2 Type R

Jika kereta yang disenaraikan tadi bukan type anda, mungkin type anda adalah sebuah Type R. Kembar FD2R, iaitu Honda Civic FN2 Type R atau lebih dikenali dengan FN2R ini dilahirkan di England, bukannya Jepun. Ini merupakan generasi terakhir Type R yang menggunakan enjin NA. Model FN2 Type R tahun 2007-2010 ini boleh didapati pada sekitar RM90,000.

Spesifikasi

Enjin: 2.0L, 4 Silinder
Kuasa: 201 PS
Tork: 193 Nm
Pacuan: Roda hadapan (FWD)

Kelebihan
Kekurangan

Rare sebab ia merupakan Type R yang paling jarang dilihat di atas jalan

Kuasa enjin lebih lemau berbanding Type R sebelumnya, Honda Civic EP3 Type R

Enjin NA dengan kuasa kuda mencecah 200 PS

Menggunakan sistem suspensi belakang Torsion Beam sedangkan EK9, EP3, FD2R menggunakan Double Wishbone.

Audi TT 2010

Audi TT ialah kereta sports dua pintu yang dihasilkan oleh Audi sejak 1998, dan kini dalam generasi ketiganya. Untuk setiap generasinya, TT telah dijual sebagai coupe 2+2 dan roadster dua tempat duduk. Bagi menghormati cuaca di negara ini, Audi TT tahun 2010 ini lebih sesuai dan praktikal kerana ada bumbung terbina siap serta lebih 2 tempat duduk Model 2010 kereta ini boleh dimiliki pada sekitar RM80,000 – RM90,000.

Spesifikasi

Enjin: 2.0L turbo
Kuasa: 200 PS
Tork: 280 Nm
Pacuan: semua roda (AWD)

Kelebihan
Kekurangan

Interior dan eksterior nampak dan rasa mewah

Turbo lag yang agak terasa

Quattro AWD membuatkan kawalan kereta ini lebih sedap dalam apa jua keadaan

Ruang tempat duduk belakang yang sempit

Subaru WRX STI 2012

Dikenali sebagai sebagai kereta rali yang halal dijalan raya. WRX STI agak berbezaz dengan WRX biasa kerana ia menerima Subaru Intelligent Drive (SI-DRIVE) yang bermaksud sistem pengurusan enjin termaju dengan mod pemanduan yang boleh dipilih untuk memenuhi keadaan berbeza dan mood berbeza. SI-DRIVE adalah penyelesaian yang sempurna untuk mereka yang mahukan kereta sporty tapi dengan penggunaan bahan api ekonomi.

Spesifikasi

Enjin: 2.5L, Turbo
Kuasa: 300 PS
Tork: 407 Nm
Pacuan: semua roda (AWD)

Kelebihan
Kekurangan

Laju dan sesuai untuk ‘attack’ selekoh

Kereta yang agresif, kurang selesa

Interior cantik dan kemas untuk kereta prestasi

Penggunaan bahan api yang kuat

Kesimpulan

Kesimpulannya, memang ada banyak kereta sports yang sedap serta bergaya yang boleh anda temui di Carlist.my. Kelima-lima model yang disenaraikan ini merupakan antara yang terbaik yang boleh anda temui. Namun jika kereta yang disenaraikan ini tidak begitu menarik di mata anda, silakan mencari kereta idaman anda di Carlist.my!

Model
Harga Ketika Dilancarkan
Harga Terpakai

Maxza MX-5 2011
RM200,000
RM99,000

Toyota GT86 2013
RM258,000
RM95,000

Honda Civic FN2 Type R 2007
RM190,000
RM89,000

Audi TT 2010
RM368,000
RM89,000

Subaru WRX STI 2012
RM249,000
RM95,000

Waranti Kereta Terpakai Warranty Smart

Salah satu kelemahan membeli kereta terpakai adalah kebanyakannya tidak dilindungi di bawah waranti pengilang.

Warranty Smart merupakan perlindungan pilihan untuk sebarang pembelian kereta terpakai di bawah umur 10 tahun.

Perlindungan bermula dari RM848 setahun. Baca lebih lanjut mengenai Waranti Smart di sini.

Cara Beli Kereta Idaman Anda Di Carlist

Dengan Bajet RM100k, anda kini boleh menggunakan ciri carian terperinci Carlist untuk mencari kereta sports idaman anda yang sempurna:

Pergi ke Carlist.my

Klik pada ‘Pencarian Lebih Lanjut’ di bawah kotak carian

Tapi carian mengikut kehendak anda seperti tahun, harga, jenis kereta dan sebagainya.
Selamat membeli!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language