December 7, 2022
Kenapa trend sekarang ramai sukakan SUV sebagai kereta idaman? Adakah kerana kedudukan pemanduannya yang tinggi? Ataupun kerana karakternya yang besar dan teguh di jalan raya? Jangan Beli SUV! Tak sedap macam.. Sebelum anda membeli SUV, penting untuk anda pertimbangkan dari segala aspek tentang mengapa anda perlukan SUV berbanding kereta saloon biasa seperti sedan. Jika anda hanya mahukan kereta keluarga yang selesa, SUV tidaklah sebagus kereta sedan. Sebelum anda diracuni kawan-kawan untuk membeli SUV, ini adalah 7 sebab mengapa SUV mungkin bukan pilihan yang sesuai untuk anda: Harga SUV lebih mahal Jika anda membeli SUV hanya untuk digunakan di dalam bandar, adakah ianya pilihan yang tepat? Bergantung kepada saiz SUV, kebanyakan SUV ini secara amnya lebih mahal berbanding kereta sedan biasa. Sesetengah SUV dibina untuk kegunaan lasak, dan ia dilengkapi dengan sistem AWD, rangka badan yang kuat, enjin yang berkuasa, transmisi dan brek yang lebih baik menjadikannya lebih mahal daripada sedan yang direka khas untuk pemanduan lebuh raya dan bandar. Jadi mengapa tak beli sedan atau hatchback sahaja? Jarak Kelegaan Tanah Yang Tinggi Jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi pada SUV berbanding sedan merupakan salah satu sebab utama mengapa ramai yang memilih SUV berbanding kereta yang lebih rendah. Kedudukan pemanduan yang lebih tinggi memberikan pandangan yang lebih luas ketika memandu selain mampu meredah banjir kecil tanpa sebarang kerisauan juga adalah sebab mengapa SUV menjadi pilihan. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan kereta untuk membawa ahli keluarga seperti ibu-bapa yang sudah berumur, kedudukan SUV yang agak tinggi mungkin akan mendatangkan kesukaran kepada mereka untuk keluar dan masuk kereta. Walaupun perkara ini kedengaran remeh, namun ramai yang telah menjual kereta kerana tidak sesuai dengan keadaan ahli keluarga mereka. Kos pemilikan, alat ganti dan tayar yang lebih mahal Selain daripada harga SUV, penting juga untuk anda membuat kira-kira tentang kos pemilikan sebuah SUV seperti kos servis, kos alat ganti, cukai jalan serta penggunaan minyak. Disebabkan rata-rata SUV lebih berat dan menggunakan enjin yang lebih berkuasa untuk menggerakkan kotak bermotor itu, penggunaan minyaknya juga lebih kuat berbanding kereta biasa. Jika SUV yang anda idamkan itu menggunakan enjin yang lebih besar seperti 2.0 liter seperti Subaru XV, kadar cukai jalannya juga akan meningkat mengikut kapasiti enjin serta jenis kereta. Kos tayar juga sering dilupakan apabila berkira-kira untuk membeli SUV. Untuk SUV yang rata-ratanya menggunakan tayar yang besar, kosnya juga akan bertambah berbanding tayar sedan biasa. Sebagai contoh, tayar prestasi yang padu seperti Bridgestones Potenza Sport untuk Proton X50 yang menggunakan rim 18 inci bernilai RM959 setiap satu. Kalau didarab dengan empat, nilainya sudah mencecah RM3,836 hanya untuk tayar sahaja. Lebih memedihkan, tayar prestasi juga mempunyai jangka hayat yang singkat. Gaya pemanduan tidak sesedap kereta sedan Kedudukan pemanduan yang tinggi bermakna SUV juga mempunyai pusat graviti yang lebih tinggi. Ini bermakna kedudukan di dalam sebuah SUV tidaklah seindah yang disangka memandangkan SUV mempunyai kadar body roll yang lebih tinggi, tambah-tambah ketika SUV itu dipandu laju ketika berada di selekoh. Untuk perbandingan, sedan mempunyai jarak kelegaan tanah yang lebih rendah. Ini memudahkan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan terutama masalah lutut atau kaki untuk keluar dan masuk dari kereta. Selain itu, keadaan sedan yang lebih rendah dan ringan memberikan pemanduan yang lebih lincah dan selesa ketika di selekoh. Tak percaya? Tanya pada hukum fizik. Pusat graviti adalah tempat kebanyakan berat kereta berada dan itulah yang akan membuatkan kenderaan anda mencengkam jalan. Semakin rendah pusat graviti, semakin tinggi kestabilan kereta. SUV besar dan berat, namun kebanyakannya tiada fungsi 4WD Sebelum membeli kereta, saiz kereta juga memainkan peranan tambah-tambah jika anda sering menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama di tengah-tengah bandar. Meskipun kabin SUV mungkin lebih luas kerana saiznya, tetapi kereta besar agak kurang praktikal dan sukar dikendalikan di bandar terutamanya di kawasan yang sempit. Ini boleh menjadi punca kesesakan trafik di kawasan sekolah dan kawasan parkir. Selain itu, kebanyakan SUV moden hanya membawa watak SUV kerana reka bentuknya, bukan kerana fungsi dan nilai praktikalitinya. Sudahlah berat dan besar tanpa sebab, ditambah pula dengan hanya 5 tempat duduk dan ruang but yang sempit seperti Hyundai Kona yang hanya menawarkan 374 liter. Tambahan pula, kebanyakan SUV moden ketika ini tidak hadir dengan pilihan 4WD dan hanya menawarkan pacuan roda hadapan. Jadi apa motif beli SUV tanpa ciri sebuah SUV jika ia sama sahaja seperti kereta sedan? Suspensi SUV lebih kukuh, kurang keselesaan Perlu diingatkan, SUV ialah kenderaan utiliti sukan. Ia dibina untuk menjadi lebih lasak, lebih besar dan lebih berkuasa daripada sedan. Walaupun beberapa SUV baru-baru ini lebih tertumpu pada kualiti tunggangan bandar, namun pada asasnya, SUV berorientasikan pemanduan lasak untuk mengendalikan jalan yang teruk dan off-road juga. Oleh itu, SUV dibekalkan sistem suspensi yang lebih kukuh dan keras untuk menampung segala keadaan yang pemanduan yang lebih lasak. Suspensi yang keras membuatkan anda kurang selesa di dalam kereta yang tinggi. Namun jika suspensi dilembutkan, keadaan di dalam kabin SUV akan terasa membuai dan boleh memabukkan pemandu atau penumpang. Secara amnya, kualiti tunggangan lebih selesa dalam sedan. Reka bentuk SUV kurang aerodinamik Walaupun reka bentuk ini perkara subjektif, namun dari segi rupa dan faktor aerodinamik, sedan lebih menyerlah kerana karakternya yang lebih mesra angin dan lebih seksi. Oleh kerana saiz dan reka bentuk SUV yang besar dan tinggi, sukar untuk SUV menandingi rupa bentuk sedan dengan rupa SUV yang kelihatan seakan sebuah kotak bergerak.   Sedan juga lebih dipercayai di jalan raya kerana faktor aerodinamiknya. Aerodinamik merujuk kepada cara udara bergerak di sekitar objek, menurut National Aeronautics and Space Administration (NASA). Disebabkan faktor aerodinamik dan jarak kelegaan tanah yang lebih rendah, sedan lebih stabil dipandu ketika bergerak laju. Walaupun SUV zaman sekarang lebih premium dan semakin futuristik dari segi rekaannya berbanding dulu, namun ia tetap tidak boleh menandingi sedan dari segi rupa profilnya. Kesimpulan Kesimpulannya, SUV tidaklah seindah yang disangka. Jika anda mahu menukar kereta daripada sedan kepada SUV, ada baik dan buruknya. Penting untuk merujuk jadual di bawah sebelum anda pertimbangkan sama ada patut beli SUV mahupun sedan. Kelebihan SUV Kekurangan SUV Jarak kelegaan tanah yang tinggi memudahkan pergerakan ketika banjir dan memberikan pemandangan yang lebih luas Pusat graviti juga tinggi membuatkan kereta kurang stabil ketika di selekoh atau ketika bergerak laju Kebanyakan SUV zaman sekarang lebih lengkap dengan ciri praktikaliti dan ciri keselamatan yang menyeluruh Harganya yang lebih mahal berbanding sedan Bentuk SUV yang besar dan eksklusif memberikan gambaran yang lebih premium dan eksklusif Besar dan berat, rekaan kurang aerodinamik Casis dan suspensi yang lebih tahan lasak Suasana kabin yang kurang selesa berbanding sedan ketika kereta bergerak Kadar penggunaan bahan api SUV moden kini lebih kurang sahaja dengan kereta sedan biasa Cukai jalan SUV 2.0 liter lebih mahal daripada sedan 2.0 liter kerana jenis kereta Rim lebih besar, enjin yang lebih berkuasa Kos pemilikan seperti kos servis, alat ganti dan tayar yang lebih mahal   Berdasarkan kebaikan dan kekurangan SUV berbanding sedan yang telah dinyatakan, adakah anda masih merasakan bahawa SUV adalah pilihan yang lebih sesuai untuk kegunaan anda? Kongsikan dengan kami tentang pilihan anda di ruangan komen.

Kenapa trend sekarang ramai sukakan SUV sebagai kereta idaman? Adakah kerana kedudukan pemanduannya yang tinggi? Ataupun kerana karakternya yang besar dan teguh di jalan raya?

Jangan Beli SUV! Tak sedap macam..

Sebelum anda membeli SUV, penting untuk anda pertimbangkan dari segala aspek tentang mengapa anda perlukan SUV berbanding kereta saloon biasa seperti sedan.

Jika anda hanya mahukan kereta keluarga yang selesa, SUV tidaklah sebagus kereta sedan. Sebelum anda diracuni kawan-kawan untuk membeli SUV, ini adalah 7 sebab mengapa SUV mungkin bukan pilihan yang sesuai untuk anda:

Harga SUV lebih mahal

Jika anda membeli SUV hanya untuk digunakan di dalam bandar, adakah ianya pilihan yang tepat? Bergantung kepada saiz SUV, kebanyakan SUV ini secara amnya lebih mahal berbanding kereta sedan biasa.

Sesetengah SUV dibina untuk kegunaan lasak, dan ia dilengkapi dengan sistem AWD, rangka badan yang kuat, enjin yang berkuasa, transmisi dan brek yang lebih baik menjadikannya lebih mahal daripada sedan yang direka khas untuk pemanduan lebuh raya dan bandar. Jadi mengapa tak beli sedan atau hatchback sahaja?

Jarak Kelegaan Tanah Yang Tinggi

Jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi pada SUV berbanding sedan merupakan salah satu sebab utama mengapa ramai yang memilih SUV berbanding kereta yang lebih rendah. Kedudukan pemanduan yang lebih tinggi memberikan pandangan yang lebih luas ketika memandu selain mampu meredah banjir kecil tanpa sebarang kerisauan juga adalah sebab mengapa SUV menjadi pilihan.

Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan kereta untuk membawa ahli keluarga seperti ibu-bapa yang sudah berumur, kedudukan SUV yang agak tinggi mungkin akan mendatangkan kesukaran kepada mereka untuk keluar dan masuk kereta. Walaupun perkara ini kedengaran remeh, namun ramai yang telah menjual kereta kerana tidak sesuai dengan keadaan ahli keluarga mereka.

Kos pemilikan, alat ganti dan tayar yang lebih mahal

Selain daripada harga SUV, penting juga untuk anda membuat kira-kira tentang kos pemilikan sebuah SUV seperti kos servis, kos alat ganti, cukai jalan serta penggunaan minyak.

Disebabkan rata-rata SUV lebih berat dan menggunakan enjin yang lebih berkuasa untuk menggerakkan kotak bermotor itu, penggunaan minyaknya juga lebih kuat berbanding kereta biasa. Jika SUV yang anda idamkan itu menggunakan enjin yang lebih besar seperti 2.0 liter seperti Subaru XV, kadar cukai jalannya juga akan meningkat mengikut kapasiti enjin serta jenis kereta.

Kos tayar juga sering dilupakan apabila berkira-kira untuk membeli SUV. Untuk SUV yang rata-ratanya menggunakan tayar yang besar, kosnya juga akan bertambah berbanding tayar sedan biasa. Sebagai contoh, tayar prestasi yang padu seperti Bridgestones Potenza Sport untuk Proton X50 yang menggunakan rim 18 inci bernilai RM959 setiap satu. Kalau didarab dengan empat, nilainya sudah mencecah RM3,836 hanya untuk tayar sahaja. Lebih memedihkan, tayar prestasi juga mempunyai jangka hayat yang singkat.

Gaya pemanduan tidak sesedap kereta sedan

Kedudukan pemanduan yang tinggi bermakna SUV juga mempunyai pusat graviti yang lebih tinggi. Ini bermakna kedudukan di dalam sebuah SUV tidaklah seindah yang disangka memandangkan SUV mempunyai kadar body roll yang lebih tinggi, tambah-tambah ketika SUV itu dipandu laju ketika berada di selekoh.

Untuk perbandingan, sedan mempunyai jarak kelegaan tanah yang lebih rendah. Ini memudahkan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan terutama masalah lutut atau kaki untuk keluar dan masuk dari kereta.

Selain itu, keadaan sedan yang lebih rendah dan ringan memberikan pemanduan yang lebih lincah dan selesa ketika di selekoh. Tak percaya? Tanya pada hukum fizik. Pusat graviti adalah tempat kebanyakan berat kereta berada dan itulah yang akan membuatkan kenderaan anda mencengkam jalan. Semakin rendah pusat graviti, semakin tinggi kestabilan kereta.

SUV besar dan berat, namun kebanyakannya tiada fungsi 4WD

Sebelum membeli kereta, saiz kereta juga memainkan peranan tambah-tambah jika anda sering menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama di tengah-tengah bandar. Meskipun kabin SUV mungkin lebih luas kerana saiznya, tetapi kereta besar agak kurang praktikal dan sukar dikendalikan di bandar terutamanya di kawasan yang sempit. Ini boleh menjadi punca kesesakan trafik di kawasan sekolah dan kawasan parkir.

Selain itu, kebanyakan SUV moden hanya membawa watak SUV kerana reka bentuknya, bukan kerana fungsi dan nilai praktikalitinya. Sudahlah berat dan besar tanpa sebab, ditambah pula dengan hanya 5 tempat duduk dan ruang but yang sempit seperti Hyundai Kona yang hanya menawarkan 374 liter. Tambahan pula, kebanyakan SUV moden ketika ini tidak hadir dengan pilihan 4WD dan hanya menawarkan pacuan roda hadapan. Jadi apa motif beli SUV tanpa ciri sebuah SUV jika ia sama sahaja seperti kereta sedan?

Suspensi SUV lebih kukuh, kurang keselesaan

Perlu diingatkan, SUV ialah kenderaan utiliti sukan. Ia dibina untuk menjadi lebih lasak, lebih besar dan lebih berkuasa daripada sedan. Walaupun beberapa SUV baru-baru ini lebih tertumpu pada kualiti tunggangan bandar, namun pada asasnya, SUV berorientasikan pemanduan lasak untuk mengendalikan jalan yang teruk dan off-road juga.

Oleh itu, SUV dibekalkan sistem suspensi yang lebih kukuh dan keras untuk menampung segala keadaan yang pemanduan yang lebih lasak. Suspensi yang keras membuatkan anda kurang selesa di dalam kereta yang tinggi. Namun jika suspensi dilembutkan, keadaan di dalam kabin SUV akan terasa membuai dan boleh memabukkan pemandu atau penumpang. Secara amnya, kualiti tunggangan lebih selesa dalam sedan.

Reka bentuk SUV kurang aerodinamik

Walaupun reka bentuk ini perkara subjektif, namun dari segi rupa dan faktor aerodinamik, sedan lebih menyerlah kerana karakternya yang lebih mesra angin dan lebih seksi. Oleh kerana saiz dan reka bentuk SUV yang besar dan tinggi, sukar untuk SUV menandingi rupa bentuk sedan dengan rupa SUV yang kelihatan seakan sebuah kotak bergerak.  

Sedan juga lebih dipercayai di jalan raya kerana faktor aerodinamiknya. Aerodinamik merujuk kepada cara udara bergerak di sekitar objek, menurut National Aeronautics and Space Administration (NASA). Disebabkan faktor aerodinamik dan jarak kelegaan tanah yang lebih rendah, sedan lebih stabil dipandu ketika bergerak laju. Walaupun SUV zaman sekarang lebih premium dan semakin futuristik dari segi rekaannya berbanding dulu, namun ia tetap tidak boleh menandingi sedan dari segi rupa profilnya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, SUV tidaklah seindah yang disangka. Jika anda mahu menukar kereta daripada sedan kepada SUV, ada baik dan buruknya. Penting untuk merujuk jadual di bawah sebelum anda pertimbangkan sama ada patut beli SUV mahupun sedan.

Kelebihan SUV
Kekurangan SUV

Jarak kelegaan tanah yang tinggi memudahkan pergerakan ketika banjir dan memberikan pemandangan yang lebih luas
Pusat graviti juga tinggi membuatkan kereta kurang stabil ketika di selekoh atau ketika bergerak laju

Kebanyakan SUV zaman sekarang lebih lengkap dengan ciri praktikaliti dan ciri keselamatan yang menyeluruh
Harganya yang lebih mahal berbanding sedan

Bentuk SUV yang besar dan eksklusif memberikan gambaran yang lebih premium dan eksklusif
Besar dan berat, rekaan kurang aerodinamik

Casis dan suspensi yang lebih tahan lasak
Suasana kabin yang kurang selesa berbanding sedan ketika kereta bergerak

Kadar penggunaan bahan api SUV moden kini lebih kurang sahaja dengan kereta sedan biasa
Cukai jalan SUV 2.0 liter lebih mahal daripada sedan 2.0 liter kerana jenis kereta

Rim lebih besar, enjin yang lebih berkuasa
Kos pemilikan seperti kos servis, alat ganti dan tayar yang lebih mahal

 

Berdasarkan kebaikan dan kekurangan SUV berbanding sedan yang telah dinyatakan, adakah anda masih merasakan bahawa SUV adalah pilihan yang lebih sesuai untuk kegunaan anda? Kongsikan dengan kami tentang pilihan anda di ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language