December 7, 2022
Menerusi Bajet 2023, ada banyak perancangan khusus untuk Sabah dan Sarawak yang merangkumi aspek pembangunan infrastruktur bakal dilaksanakan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menerajui pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Perancangan untuk Sabah dan Sarawak jika BN menang Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu mengutamakan: Pembangunan infrastruktur luar bandar Pembangunan jalan kampung Meneruskan usaha menyiapkan projek besar seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo Pembangunan infrastruktur di sana turut akan mengetengahkan isu sekolah daif yang amat dekat di hati rakyat Sabah dan Sarawak. Tambah Ismail, keadaan klinik desa di sana juga amat menyedihkan dan perkara ini perlu diberikan fokus. Sabah dan Sarawak masing-masing diperuntukkan sebanyak RM6.3 bilion dan RM5.4 bilion menerusi Bajet 2023, bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama, yang antara lain memberi tumpuan untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan kemudahan pendidikan. Ismail Sabri berkata dakwaan menyatakan kerajaan pimpinan BN tidak memberi fokus terhadap kedua-dua negeri Borneo itu adalah tidak benar. "Kalau kata kita tidak fokus atau beri tumpuan kepada Sabah dan Sarawak, itu adalah satu perkara yang tidak benar kerana kita akan terus memberikan perhatian kepada kedua-dua negeri itu bagi memastikan segala kemudahan dan keperluan disediakan untuk rakyatnya. "Ini termasuk di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk capaian Internet dan sebagainya, semuanya termasuk dalam perancangan kita. Banyak yang kita rancang untuk Sabah dan Sarawak," kata bekas Ahli Parlimen Bera, yang turut dinamakan sebagai calon Perdana Menteri jika BN memenangi PRU15. Ismail Sabri berkata, dengan memberi keutamaan pembangunan di Sabah dan Sarawak, ia adalah sebahagian perjuangan untuk membasmi kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2025, seiring Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Ismail turut menyatakan pendiriannya untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan juga usaha merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dari segi pembangunan infrastruktur, tingkatkan ekonomi dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak. "Seperti yang kita janjikan, layanan terhadap Sabah dan Sarawak adalah sama sahaja seperti di Semenanjung. Malah, dari segi tumpuan kepada pembangunan infra dan sebagainya, akan kita utamakan dan berikan kelebihan kepada Sabah dan Sarawak," katanya.

Menerusi Bajet 2023, ada banyak perancangan khusus untuk Sabah dan Sarawak yang merangkumi aspek pembangunan infrastruktur bakal dilaksanakan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menerajui pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perancangan untuk Sabah dan Sarawak jika BN menang

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu mengutamakan:

Pembangunan infrastruktur luar bandar
Pembangunan jalan kampung
Meneruskan usaha menyiapkan projek besar seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo

Pembangunan infrastruktur di sana turut akan mengetengahkan isu sekolah daif yang amat dekat di hati rakyat Sabah dan Sarawak. Tambah Ismail, keadaan klinik desa di sana juga amat menyedihkan dan perkara ini perlu diberikan fokus.

Sabah dan Sarawak masing-masing diperuntukkan sebanyak RM6.3 bilion dan RM5.4 bilion menerusi Bajet 2023, bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama, yang antara lain memberi tumpuan untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan kemudahan pendidikan.

Ismail Sabri berkata dakwaan menyatakan kerajaan pimpinan BN tidak memberi fokus terhadap kedua-dua negeri Borneo itu adalah tidak benar.

“Kalau kata kita tidak fokus atau beri tumpuan kepada Sabah dan Sarawak, itu adalah satu perkara yang tidak benar kerana kita akan terus memberikan perhatian kepada kedua-dua negeri itu bagi memastikan segala kemudahan dan keperluan disediakan untuk rakyatnya.

“Ini termasuk di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk capaian Internet dan sebagainya, semuanya termasuk dalam perancangan kita. Banyak yang kita rancang untuk Sabah dan Sarawak,” kata bekas Ahli Parlimen Bera, yang turut dinamakan sebagai calon Perdana Menteri jika BN memenangi PRU15.

Ismail Sabri berkata, dengan memberi keutamaan pembangunan di Sabah dan Sarawak, ia adalah sebahagian perjuangan untuk membasmi kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2025, seiring Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Ismail turut menyatakan pendiriannya untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan juga usaha merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dari segi pembangunan infrastruktur, tingkatkan ekonomi dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Seperti yang kita janjikan, layanan terhadap Sabah dan Sarawak adalah sama sahaja seperti di Semenanjung. Malah, dari segi tumpuan kepada pembangunan infra dan sebagainya, akan kita utamakan dan berikan kelebihan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language