Categories
Auto news

Post Title

Bagi mereka yang gemar ‘touge’ di Ulu Yam, berhati-hatilah kerana King Myvi mungkin sedang menanti anda!

Telah tular satu video di mana beberapa buah Perodua Myvi bersama corak PDRM telah diturunkan daripada lori.

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah untuk kegunaan pameran kereta seperti Art of Speed baru-baru ini, namun untuk kegunaan pihak polis sendiri.

King Jadi Peronda

Meskipun tiada pengumuman rasmi daripada PDRM mahupun Perodua berhubung hal ini, namun SM Offroad and Outdoor Equipment (SMOE) telah memuat naik beberapa keping gambar Myvi ini bersama cerita yang disebaliknya di Facebook mereka.

Syarikat yang menjual komponen dan aksesori untuk kenderaan 4X4 di Banting, Selangor itu menyatakan bahawa mereka telah menerima tugasan untuk memasang bar lampu strob dan siren untuk 5 buah Myvi.

SMOE memberitahu bahawa kesemua Myvi itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perodua bersama PDRM. Myvi tersebut akan digunakan untuk tugas rondaan ringan bagi polis di daerah terpilih.

Walaupun lokasinya masih belum didedahkan, namun dua daripada 5 kereta tersebut telah diberikan pelekat daerah polis yang terpilih, iaitu Ulu Yam Bharu dan Serendah.

Kedua-dua daerah itu tidaklah begitu jauh dengan ibu pejabat serta kilang Perodua yang terletak di Rawang.

Myvi ini juga tidak dicatkan dengan warna putiih seperti kebanyakan kereta peronda polis lain, sebaliknya hanya menggunakan warna badan perak atau Glittering Silver.

Selain corak PDRM, terdapat juga logo besar bertulis Perodua di bahagian bonet hadapan dan but belakang, serta kedua-dua pintu belakangnya.

Walaupun menggunakan varian tertinggi Myvi, iaitu AV, Myvi yang digunakan ini bukanlah Myvi 2022, sebaliknya adalah model terdahulu (pre-facelift).

Ini bermaksud Myvi tersebut masih menggunakan enjin 2NR-VE yang sama, namun dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik, bukannya D-CVT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language