September 27, 2022
Seperti ala-ala filem Fast & Furious, tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dengan berbahaya apabila menyelit dibawah lori treler yang sedang bergerak telah menerima kecaman hebat di media sosial. Dalam era media sosial ketika ini, ramai yang bertindak untuk melakukan perkara yang tidak masuk akal demi untuk menerima likes serta views yang tinggi. Walau bagaimanapun, sesetengah individu melakukan aksi merbahaya di jalan raya sehingga boleh mengakibatkan kemalangan dan menyusahkan orang lain. Walaupun satu faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri, namun tindakan meyelit dibawah lori ini boleh dikategorikan sebagai perkara yang amat bodoh dan dan tidak patut diulangi. Tunggang Motosikal Bawah Lori Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan cara berbahaya sehingga aksi tersebut menerima kecaman ramai di media sosial. Video itu dimuat naik oleh @bardputra di TikTok, menunjukkan seorang penunggang motosikal menyelit secara berbahaya melalui bahagian bawah lori yang sedang berjalan. Video berkenaan juga menunjukkan terdengar bunyi hon lori yang panjang, mungkin kerana pemandu lori itu berang dengan aksi penunggang itu yang mampu membawa padah. Lebih membahayakan, video yang dirakam penunggang itu kelihatan seperti dirakam menggunakan telefon bimbit yang dipegang ketika aksi menyelit itu dilakukan. Ini menandakan lelaki itu menyelit di bawah lori dengan hanya satu tangan sahaja. Kredit video: Skodeng.TV Jangan Tiru Aksi Itu! Walaupun penunggang motosikal itu melepasi bawah lori itu tanpa sebarang masalah, namun perkara ini boleh berubah menjadi tragedi dalam sekelip mata sahaja.  Meskipun tidak dapat dipastikan siapa pemilik asal video itu atau bila video itu diambil, namun tindakan ini tidak perlu dicontohi oleh mana-mana pihak selepas ini. Video yang dimuat naik itu telah menerima kecaman umum yang menyifatkan tindakan itu amat berbahaya dan tidak bijak. Ada yang berpendapat jika kemalangan berlaku, semestinya pemandu lori yang akan terlebih dahulu dipersalahkan. Kepada para penunggang motosikal, ingatlah bahawa anda bertanggungjawab untuk menjaga nyawa anda. Memang kemalangan boleh berlaku, tetapi terpulang kepada anda untuk menguruskan risiko agar tidak terdedah kepada bahaya yang dapat dielakkan. Diharapkan tindakan penunggang itu tidak akan menjadi ikutan generasi baharu di masa yang akan datang.

Seperti ala-ala filem Fast & Furious, tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dengan berbahaya apabila menyelit dibawah lori treler yang sedang bergerak telah menerima kecaman hebat di media sosial.

Dalam era media sosial ketika ini, ramai yang bertindak untuk melakukan perkara yang tidak masuk akal demi untuk menerima likes serta views yang tinggi. Walau bagaimanapun, sesetengah individu melakukan aksi merbahaya di jalan raya sehingga boleh mengakibatkan kemalangan dan menyusahkan orang lain.

Walaupun satu faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri, namun tindakan meyelit dibawah lori ini boleh dikategorikan sebagai perkara yang amat bodoh dan dan tidak patut diulangi.

Tunggang Motosikal Bawah Lori

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan cara berbahaya sehingga aksi tersebut menerima kecaman ramai di media sosial.

Video itu dimuat naik oleh @bardputra di TikTok, menunjukkan seorang penunggang motosikal menyelit secara berbahaya melalui bahagian bawah lori yang sedang berjalan. Video berkenaan juga menunjukkan terdengar bunyi hon lori yang panjang, mungkin kerana pemandu lori itu berang dengan aksi penunggang itu yang mampu membawa padah.

Lebih membahayakan, video yang dirakam penunggang itu kelihatan seperti dirakam menggunakan telefon bimbit yang dipegang ketika aksi menyelit itu dilakukan. Ini menandakan lelaki itu menyelit di bawah lori dengan hanya satu tangan sahaja.

Kredit video: Skodeng.TV

Jangan Tiru Aksi Itu!

Walaupun penunggang motosikal itu melepasi bawah lori itu tanpa sebarang masalah, namun perkara ini boleh berubah menjadi tragedi dalam sekelip mata sahaja.  Meskipun tidak dapat dipastikan siapa pemilik asal video itu atau bila video itu diambil, namun tindakan ini tidak perlu dicontohi oleh mana-mana pihak selepas ini.

Video yang dimuat naik itu telah menerima kecaman umum yang menyifatkan tindakan itu amat berbahaya dan tidak bijak. Ada yang berpendapat jika kemalangan berlaku, semestinya pemandu lori yang akan terlebih dahulu dipersalahkan.

Kepada para penunggang motosikal, ingatlah bahawa anda bertanggungjawab untuk menjaga nyawa anda. Memang kemalangan boleh berlaku, tetapi terpulang kepada anda untuk menguruskan risiko agar tidak terdedah kepada bahaya yang dapat dielakkan. Diharapkan tindakan penunggang itu tidak akan menjadi ikutan generasi baharu di masa yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language