Categories
Auto news

Post Title

Melalui memo dalaman berkenaan Perodua Alza 2022 yang kami kongsikan pada artikel lalu, ia sedikit sebanyak memberi pendedahan terhadap perincian MPV itu.

Kemunculan generasi baharu Perodua Alza amat dinantikan ramai. Melalui khabar angin yang hangat disebarkan ketika ini, model ini dikatakan mungkin akan dilancarkan pada 26 Jun nanti. Betul atau tidak, ini adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang Perodua Alza 2022 ini.

Tiada Enjin Turbo

Memo dalaman itu menunjukkan Alza 2022 ini tidak akan ditawarkan dalam pilihan transmisi manual. Sebaliknya, memo tersebut memaparkan MPV generasi baharu ini hadir dengan enjin 1.5L NA yang dipadankan bersama CVT, bukanlah enjin 1.0 turbo seperti yang terdapat di Perodua Ativa.

Di Indonesia, kembar Alza 2022, iaitu Avanza dan Xenia menerima enjin 2NR-VE 1.5 liter seperti Perodua Myvi facelift 2022. Namun tidak seperti King Myvi yang menghasilkan 102 PS/138 Nm, talaan pada enjin MPV ini membolehkan ia menjana 106 PS/138 Nm.

Warna Baharu

Perodua Alza 2022 ini bakal ditawarkan dalam 5 pilihan warna berbeza yang terdiri daripada warna solid dan metallic seperti:

Ivory White (solid)
Glittering Silver (metallic)
Garnet Red (metallic) – Varian X terkecuali
Vintage Brown (metallic) – Varian X terkecuali
Elegant Black (metallic)

Apple Carplay, Android Auto

Sementara itu, berdasarkan spesifikasi varian Alza 2022 yang dikatakan bocor beberapa hari lalu, varian H dan AV bakal menjadi kenderaan pertama Perodua dengan ciri sambungan pintar Apple Carplay dan Android Auto.

Sistem Keselamatan Aktif

Semejak pelancaran Ativa, Perodua tidak lagi mengabaikan ciri keselamatan aktif yang diberi nama Perodua Smart Drive Assist yang mewakili:

A.S.A. 3.0
Driving Assist
Parking Assist
Headlamp Assist

Selain Ativa dan Myvi 2022, ciri ini juga bakal hadir pada barisan model Perodua Alza 2022 nanti.

Lebih besar Dari Alza Terdahulu

Sama seperti Perodua Ativa serta Daihatsu Xenia, Alza ini akan dihasilkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang membuatkan Alza ini lebih besar berbanding model lamanya meskipun jarak antara rodanya kekal sama.

Harga

Berdasarkan khabar angin, jika benar RM69,000 itu merupakan harga untuk Alza baharu ini, ia lebih mahal daripada Alza sedia ada yang dijual dari harga RM49,944 dan RM60,525 ketika ini setelah diberikan pengecualian SST. Namun dengan segala penambahan terutamanya dari segi keselamatan, harga tersebut masuk akal juga.

Walaupun harganya mungkin hampir sama dengan Aruz, namun kedua-dua kereta ini berbeza kerana Aruz menggunakan kerangka ladder frame dan pacuan roda belakang manakala Alza pula menggunakan kerangka unibody dan pacuan roda hadapan.

Mungkin Tak Guna Nama Alza?

Alza memang sinonim sebagai MPV mampu milik di Malaysia. Jika harga meningkat, ada kemungkinan nama Alza tidak akan digunakan pada MPV generasi baharu tersebut memandangkan Perodua dikesan mendaftarkan nama Traz dan Nexis di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). 

Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi Perodua Alza 2022 mengikut varian, rujuk di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language