December 9, 2023
BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan Program Subsidi NEXTStep yang menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh buat para ibu bapa dalam kategori pendapatan B40. Program itu dilancarkan menerusi kolaborasi dengan rakan kongsi jangka panjangnya, Safe ‘n Sound sebagai sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, berlatarkan kejayaan satu lagi program subsidi yang menyaksikan 300 buah kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi diserahkan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia sejak penghujung tahun 2019. Kerusi Kereta Kanak-Kanak Bersubsidi Penuh Untuk Keluarga B40 Program subsidi terbaharu ini akan membekalkan para ibu bapa kerusi kereta kanak-kanak dengan had berat sehingga 36 kg menerusi sumbangan yang dibuat sebelum ini oleh BMW Group Financial Services Malaysia. “Sejak lebih daripada lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360° telah memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendorong para keluarga untuk mengambil tindakan agar amalan keselamatan kereta yang lebih bertanggungjawab menjadi kebiasaan di Malaysia,” jelas Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia  Meskipun BMW telah memberi penekanan yang tinggi ke atas kerusi kereta kanak-kanak sejak mutakhir ini menerusi pelbagai program dan usaha sama mereka, syarikat itu sedar bahawa isu penerimagunaan yang rendah harus diatasi dengan melangkaui pendekatan yang bersifat verbal semata-mata ataupun menerusi pemberian subsidi separa, khususnya buat komuniti yang memerlukan pada saat ini. Dengan Program Subsidi NEXTStep, BMW berhasrat untuk terus menjadikan kerusi kereta kanak- kanak ini lebih mudah untuk diakses buat para ibu bapa yang memerlukan. Syarat Pendaftaran Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound disediakan khas untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau dengan anak berkeberatan sehingga 36 kg. Pendapatan isi rumah bulanan bawah RM 3,500. Ibu bapa boleh mendaftar untuk mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak tersebut di lama web Safe ‘n Sound mulai hari ini hingga 22 Mei 2022. Ibu bapa yang layak akan dimaklumkan oleh Safe ‘n Sound melalui WhatsApp. Bagi ibu bapa yang terpilih di luar kawasan Lembah Klang, mereka akan dimaklumkan mengenai status penghantaran kerusi tersebut, manakala ibu bapa di dalam kawasan Lembah Klang akan diberi makluman tarikh, waktu dan lokasi untuk mengambil kerusi kereta kanak-kanak mereka. Kerusi Kanak-Kanak Terlibat Produk Penggunaan Produk Harga Runcit snskidz Ace Dari berat kelahiran hingga 13 kg RM199 Kerusi snskidz Whizz ISOFIX Dari berat kelahiran hingga 18 kg RM499 Kerusi snskidz Sport Dari berat kelahiran hingga 18 kg RM279 Kerusi snskidz Proto (dengan pilihan ISOFIX) Antara 13 kg hingga 36 kilo RM399 Kerusi Booster Mifold Antara 15 kg hingga 36 kg RM199   BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound akan memberi subsidi penuh bagi kerusi-kerusi diatas, termasuk caj penghantaran kepada penerima di luar Lembah Klang. Kerusi yang bersesuaian akan dipilih untuk penerima mengikut berat dan tinggi anak-anak mereka, serta spesifikasi kenderaan masing-masing. “Berlatarkan sambutan Hari Raya tahun ini, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para penganut. Bagi mereka yang sedang pulang ke bandar dari kampung halaman bersama anak-anak, kami ingin menggesa ibu bapa untuk mengutamakan keselamatan anak-anak mereka dengan memastikan kerusi kereta kanak-kanak yang betul digunakan semasa perjalanan,” ujar de Visser.

BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan Program Subsidi NEXTStep yang menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh buat para ibu bapa dalam kategori pendapatan B40.

Program itu dilancarkan menerusi kolaborasi dengan rakan kongsi jangka panjangnya, Safe ‘n Sound sebagai sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, berlatarkan kejayaan satu lagi program subsidi yang menyaksikan 300 buah kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi diserahkan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia sejak penghujung tahun 2019.

Kerusi Kereta Kanak-Kanak Bersubsidi Penuh Untuk Keluarga B40

Program subsidi terbaharu ini akan membekalkan para ibu bapa kerusi kereta kanak-kanak dengan had berat sehingga 36 kg menerusi sumbangan yang dibuat sebelum ini oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

“Sejak lebih daripada lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360° telah memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendorong para keluarga untuk mengambil tindakan agar amalan keselamatan kereta yang lebih bertanggungjawab menjadi kebiasaan di Malaysia,” jelas Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia

 Meskipun BMW telah memberi penekanan yang tinggi ke atas kerusi kereta kanak-kanak sejak mutakhir ini menerusi pelbagai program dan usaha sama mereka, syarikat itu sedar bahawa isu penerimagunaan yang rendah harus diatasi dengan melangkaui pendekatan yang bersifat verbal semata-mata ataupun menerusi pemberian subsidi separa, khususnya buat komuniti yang memerlukan pada saat ini.

Dengan Program Subsidi NEXTStep, BMW berhasrat untuk terus menjadikan kerusi kereta kanak- kanak ini lebih mudah untuk diakses buat para ibu bapa yang memerlukan.

Syarat Pendaftaran

Program Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound disediakan khas untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau dengan anak berkeberatan sehingga 36 kg.
Pendapatan isi rumah bulanan bawah RM 3,500.

Ibu bapa boleh mendaftar untuk mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak tersebut di lama web Safe ‘n Sound mulai hari ini hingga 22 Mei 2022.

Ibu bapa yang layak akan dimaklumkan oleh Safe ‘n Sound melalui WhatsApp. Bagi ibu bapa yang terpilih di luar kawasan Lembah Klang, mereka akan dimaklumkan mengenai status penghantaran kerusi tersebut, manakala ibu bapa di dalam kawasan Lembah Klang akan diberi makluman tarikh, waktu dan lokasi untuk mengambil kerusi kereta kanak-kanak mereka.

Kerusi Kanak-Kanak Terlibat

Produk
Penggunaan Produk
Harga Runcit

snskidz Ace
Dari berat kelahiran hingga 13 kg
RM199

Kerusi snskidz Whizz ISOFIX
Dari berat kelahiran hingga 18 kg
RM499

Kerusi snskidz Sport
Dari berat kelahiran hingga 18 kg
RM279

Kerusi snskidz Proto (dengan pilihan ISOFIX)
Antara 13 kg hingga 36 kilo
RM399

Kerusi Booster Mifold
Antara 15 kg hingga 36 kg
RM199

 

BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound akan memberi subsidi penuh bagi kerusi-kerusi diatas, termasuk caj penghantaran kepada penerima di luar Lembah Klang. Kerusi yang bersesuaian akan dipilih untuk penerima mengikut berat dan tinggi anak-anak mereka, serta spesifikasi kenderaan masing-masing.

“Berlatarkan sambutan Hari Raya tahun ini, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para penganut. Bagi mereka yang sedang pulang ke bandar dari kampung halaman bersama anak-anak, kami ingin menggesa ibu bapa untuk mengutamakan keselamatan anak-anak mereka dengan memastikan kerusi kereta kanak-kanak yang betul digunakan semasa perjalanan,” ujar de Visser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language