November 28, 2022
Kawasan pembinaan di sekitar ibu kota memerlukan pelan pengurusan trafik yang lebih menyeluruh dan efisien dalam masa terdekat bagi mengurangkan kesesakan jalan raya. Menurut laporan Bernama, Pensyarah Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi MARA Prof Madya Dr Masria Mustafa berpendapat bahawa banyak projek pembinaan yang tertangguh akibat PKP selama lebih dua tahun kini dijalankan secara serentak menyebabkan kawalan trafik tidak dijalankan dengan baik. *Kredit foto: MRT Corp Kawalan Trafik Tanpa Koordinasi Masria turut mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyelaraskan sistem trafik dengan lebih rapi seperti: Mengambil kira aspek penutupan jalan yang dilaksanakan di kawasan pembinaan berbeza Memantau sekiranya berlaku ketidakpatuhan yang boleh membawa kepada pembatalan kelulusan asal Ketika ini, Masria berkata tiada koordinasi serta komunikasi antara pihak terlibat seperti pemaju dan kontraktor dalam perancangan trafik, terutamanya seperti ketika membawa masuk struktur binaan besar yang memerlukan penutupan jalan. Larangan Kenderaan Berat Tidak Efektif Masria juga berpandangan bahawa larangan kenderaan berat melebihi 7.5 tan memasuki pusat bandar pada waktu puncak pada hujung bulan lalu sukar untuk mencapai matlamat jika tidak dilaksanakan secara bersepadu oleh pihak berkuasa tempatan seluruh Lembah Klang. “Kenderaan berat ini mungkin ambil alternatif lain seperti melalui jalan di Petaling Jaya yang berada di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang tidak melaksanakan peraturan yang sama. Kesesakan masih akan berlaku kerana pergerakan dan laluan melibatkan seluruh Lembah Klang, katanya. Cadangan Masria, perlu ada komunikasi yang lebih proaktif antara agensi dan Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Pengangkutan. Lebih Banyak Lebuh Raya, Lebih Banyak Kereta Persendirian Bagi Masria, pembinaan lebih banyak lebuh raya seperti Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link). Bangi-Putrajaya Expressway (BPE), dan KL NODE yang dilaporkan dalam proses penelitian dan kelulusan dikhuatiri hanya akan memburukkan situasi trafik. Beliau berpendapat penambahan kapasiti jalan akan menyebabkan orang ramai terus menggunakan kenderaan persendirian sebagai pilihan utama untuk bergerak dan masalah kesesakan ini tidak akan selesai, sebaliknya ia membawa impak buruk terhadap alam sekitar. Perkara itu turut disokong oleh Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Kulanthayan turut berpendapat bahawa pembinaan lebih banyak lebuh raya hanya akan menambah jumlah kenderaan persendirian di atas jalan. Menurut Kulanthayan, lebih banyak lorong ditawarkan juga akan membawa kepada lebih banyak situasi cerutan jalan (bottleneck) yang memaksa kenderaan mengurangkan kelajuan untuk menukar lorong. Beliau turut memberitahu pada tahun lalu, jumlah kereta berdaftar di negara ini telah melebihi populasi manusia dengan sebanyak 33.3 juta kenderaan berdaftar berbanding populasi manusia di Malaysia yang berjumlah 32.6 juta. Memandangkan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih belum siap sepenuhnya, beliau mencadangkan agar arahan bekerja dari rumah segera diteliti agar dapat dilaksanakan bagi mengurangkan pergerakan kenderaan persendirian.

Kawasan pembinaan di sekitar ibu kota memerlukan pelan pengurusan trafik yang lebih menyeluruh dan efisien dalam masa terdekat bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

Menurut laporan Bernama, Pensyarah Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi MARA Prof Madya Dr Masria Mustafa berpendapat bahawa banyak projek pembinaan yang tertangguh akibat PKP selama lebih dua tahun kini dijalankan secara serentak menyebabkan kawalan trafik tidak dijalankan dengan baik.

*Kredit foto: MRT Corp

Kawalan Trafik Tanpa Koordinasi

Masria turut mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyelaraskan sistem trafik dengan lebih rapi seperti:

Mengambil kira aspek penutupan jalan yang dilaksanakan di kawasan pembinaan berbeza
Memantau sekiranya berlaku ketidakpatuhan yang boleh membawa kepada pembatalan kelulusan asal

Ketika ini, Masria berkata tiada koordinasi serta komunikasi antara pihak terlibat seperti pemaju dan kontraktor dalam perancangan trafik, terutamanya seperti ketika membawa masuk struktur binaan besar yang memerlukan penutupan jalan.

Larangan Kenderaan Berat Tidak Efektif

Masria juga berpandangan bahawa larangan kenderaan berat melebihi 7.5 tan memasuki pusat bandar pada waktu puncak pada hujung bulan lalu sukar untuk mencapai matlamat jika tidak dilaksanakan secara bersepadu oleh pihak berkuasa tempatan seluruh Lembah Klang.

“Kenderaan berat ini mungkin ambil alternatif lain seperti melalui jalan di Petaling Jaya yang berada di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang tidak melaksanakan peraturan yang sama. Kesesakan masih akan berlaku kerana pergerakan dan laluan melibatkan seluruh Lembah Klang, katanya.

Cadangan Masria, perlu ada komunikasi yang lebih proaktif antara agensi dan Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Pengangkutan.

Lebih Banyak Lebuh Raya, Lebih Banyak Kereta Persendirian

Bagi Masria, pembinaan lebih banyak lebuh raya seperti Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link). Bangi-Putrajaya Expressway (BPE), dan KL NODE yang dilaporkan dalam proses penelitian dan kelulusan dikhuatiri hanya akan memburukkan situasi trafik.

Beliau berpendapat penambahan kapasiti jalan akan menyebabkan orang ramai terus menggunakan kenderaan persendirian sebagai pilihan utama untuk bergerak dan masalah kesesakan ini tidak akan selesai, sebaliknya ia membawa impak buruk terhadap alam sekitar.

Perkara itu turut disokong oleh Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Kulanthayan turut berpendapat bahawa pembinaan lebih banyak lebuh raya hanya akan menambah jumlah kenderaan persendirian di atas jalan.

Menurut Kulanthayan, lebih banyak lorong ditawarkan juga akan membawa kepada lebih banyak situasi cerutan jalan (bottleneck) yang memaksa kenderaan mengurangkan kelajuan untuk menukar lorong.

Beliau turut memberitahu pada tahun lalu, jumlah kereta berdaftar di negara ini telah melebihi populasi manusia dengan sebanyak 33.3 juta kenderaan berdaftar berbanding populasi manusia di Malaysia yang berjumlah 32.6 juta.

Memandangkan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih belum siap sepenuhnya, beliau mencadangkan agar arahan bekerja dari rumah segera diteliti agar dapat dilaksanakan bagi mengurangkan pergerakan kenderaan persendirian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language