December 7, 2022
Pengendali Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad bakal memulakan kerja fasa satu projek pengurusan banjir di lebuh raya berkenaan bermula 1 Oktober ini. Perkara ini telah disahkan oleh Pengurus Besar Kanannya, Radzimah Mohd Radzi yang berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah penting bagi memastikan projek berjalan lancar. *Kredit foto: Utusan Projek Pengurusan Banjir LPT1 Antara langkah yang bakal diambil termasuklah menjalankan kajian terperinci dan komprehensif bagi mengenal pasti komponen tebatan banjir yang akan dilaksanakan untuk mengurangkan risiko kejadian banjir berulang. Antara kajian utama yang dilakukan adalah menerusi kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melibatkan semakan dan penilaian data kajian lampau berkaitan isu banjir termasuk analisis dan penilaian hidrologi, hidraulik serta kajian kesesuaian tanah. Menurut Radzimah, projek ini akan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan ia melibatkan 11 kawasan kritikal di sepanjang LPT1. Ini merupakan sebahagian komitmen berterusan syarikat serta kerajaan dalam mempertingkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna ketika musim tengkujuh. *Kredit foto: Malaysia Gazette Fasa Pertama Projek Fasa pertama projek ini melibatkan jaringan di KM124 dan dijangka mengambil masa selama 12 bulan. Laluan kecemasan arah ke Kuala Lumpur di lokasi terlibat akan ditutup selama enam bulan bermula Oktober ini. Laluan kecemasan KM124 arah ke Kuantan pula akan ditutup bermula dari Mei hingga November 2023. Laluan kontra di kawasan terbabit juga akan diaktifkan bagi memastikan impak lalu lintas sentiasa berada pada tahap minimum sepanjang kerja dilaksanakan. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan sepanjang projek pengurusan banjir dijalankan. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai projek pengurusan banjir ini, anda boleh layari akaun YouTube ANIH TV yang turut melibatkan segmen ANIH Menjawab pada setiap Rabu bermula 12 Oktober ini. *Kredit video: ANIH TV

Pengendali Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad bakal memulakan kerja fasa satu projek pengurusan banjir di lebuh raya berkenaan bermula 1 Oktober ini.

Perkara ini telah disahkan oleh Pengurus Besar Kanannya, Radzimah Mohd Radzi yang berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah penting bagi memastikan projek berjalan lancar.

*Kredit foto: Utusan

Projek Pengurusan Banjir LPT1

Antara langkah yang bakal diambil termasuklah menjalankan kajian terperinci dan komprehensif bagi mengenal pasti komponen tebatan banjir yang akan dilaksanakan untuk mengurangkan risiko kejadian banjir berulang.

Antara kajian utama yang dilakukan adalah menerusi kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melibatkan semakan dan penilaian data kajian lampau berkaitan isu banjir termasuk analisis dan penilaian hidrologi, hidraulik serta kajian kesesuaian tanah.

Menurut Radzimah, projek ini akan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan ia melibatkan 11 kawasan kritikal di sepanjang LPT1.

Ini merupakan sebahagian komitmen berterusan syarikat serta kerajaan dalam mempertingkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna ketika musim tengkujuh.

*Kredit foto: Malaysia Gazette

Fasa Pertama Projek

Fasa pertama projek ini melibatkan jaringan di KM124 dan dijangka mengambil masa selama 12 bulan. Laluan kecemasan arah ke Kuala Lumpur di lokasi terlibat akan ditutup selama enam bulan bermula Oktober ini.

Laluan kecemasan KM124 arah ke Kuantan pula akan ditutup bermula dari Mei hingga November 2023.

Laluan kontra di kawasan terbabit juga akan diaktifkan bagi memastikan impak lalu lintas sentiasa berada pada tahap minimum sepanjang kerja dilaksanakan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan sepanjang projek pengurusan banjir dijalankan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai projek pengurusan banjir ini, anda boleh layari akaun YouTube ANIH TV yang turut melibatkan segmen ANIH Menjawab pada setiap Rabu bermula 12 Oktober ini.

*Kredit video: ANIH TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language