September 28, 2022
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru sepanjang 197 kilometer dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023. Berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, projek mega itu kini sudah memasuki fasa akhir dengan kira-kira lebih 85% kerja-kerja pembinaan sudah selesai. ETS Gemas-JB Lengkapkan Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Dari Perlis Ke JB Dengan siapnya projek landasan kereta api berkelajuan tinggi (ETS) Gemas-JB ini kelak, maka lengkaplah landasan kereta api berkelajuan tinggi dari Padang Besar, Perlis sehingga ke Johor Bahru. Ketika ini, perkhidmatan ETS hanya sampai di Gemas. Landasan sejauh 197 kilometer itu bakal melalui 11 stesen seperti: Johor Bahru (JB Sentral, bersebelahan tapak projek RTS JB-Singapura) Kempas Baru (stesen utama) Senai (stesen akan datang) Kulai Layang-layang Renggam Kluang (stesen utama) Paloh Bekok Labis Segamat (stesen utama) Dengan menggunakan tren berkuasa 25,000 voltan, tren ini mampu bergerak sehingga 140 km/j dengan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral selama 3 jam 30 minit. Tambah Azmi, apabila rel berkembar tersebut siap dibina nanti, ia bakal memanfaatkan komuniti setempat untuk bergerak ke bandar-bandar besar tanpa menggunakan kereta di samping meningkatkan ekonomi. Sementara itu, Azmi berkata pihaknya juga bakal menawarkan pakej pengembaraan baharu dari Asia ke Eropah dengan menggunakan perkhidmatan kereta api. Pakej itu meliputi perjalanan kira-kira 18,755 kilometer yang bermula dari Johor sehingga London yang akan melalui beberapa stesen utama termasuk di Bangkok, Beijing dan Mongolia. Pembinaan Tertangguh Punca Projek Lambat Siap Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata salah satu projek infrastuktur terbesar negara yang dibina dengan kos RM9.55 bilion itu mengalami kelewatan 1.6% berbanding jadual asalnya. Pada awalnya, projek ini dijangka siap pada tahun 2021, namun berikutan isu pengambilan semula tanah yang perlu diselesaikan serta penularan wabak COVID-19 Mac 2020, menyebabkan pembinaannya tertangguh. Walau bagaimanapun, projek itu dilaporkan masih kekal dengan kos asal daripada jumlah peruntukan pembangunan berjumlah RM56 bilion yang diperuntukkan untuk 2020 walaupun berlaku kelewatan daripada jadual asal. *Kredit foto dan video: SCM Southern Corridor Malaysia

Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru sepanjang 197 kilometer dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023.

Berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction (Rail Division), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, projek mega itu kini sudah memasuki fasa akhir dengan kira-kira lebih 85% kerja-kerja pembinaan sudah selesai.

ETS Gemas-JB Lengkapkan Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Dari Perlis Ke JB

Dengan siapnya projek landasan kereta api berkelajuan tinggi (ETS) Gemas-JB ini kelak, maka lengkaplah landasan kereta api berkelajuan tinggi dari Padang Besar, Perlis sehingga ke Johor Bahru. Ketika ini, perkhidmatan ETS hanya sampai di Gemas.

Landasan sejauh 197 kilometer itu bakal melalui 11 stesen seperti:

Johor Bahru (JB Sentral, bersebelahan tapak projek RTS JB-Singapura)

Kempas Baru (stesen utama)

Senai (stesen akan datang)

Kulai

Layang-layang

Renggam

Kluang (stesen utama)

Paloh

Bekok

Labis

Segamat (stesen utama)

Dengan menggunakan tren berkuasa 25,000 voltan, tren ini mampu bergerak sehingga 140 km/j dengan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral selama 3 jam 30 minit.

Tambah Azmi, apabila rel berkembar tersebut siap dibina nanti, ia bakal memanfaatkan komuniti setempat untuk bergerak ke bandar-bandar besar tanpa menggunakan kereta di samping meningkatkan ekonomi.

Sementara itu, Azmi berkata pihaknya juga bakal menawarkan pakej pengembaraan baharu dari Asia ke Eropah dengan menggunakan perkhidmatan kereta api. Pakej itu meliputi perjalanan kira-kira 18,755 kilometer yang bermula dari Johor sehingga London yang akan melalui beberapa stesen utama termasuk di Bangkok, Beijing dan Mongolia.

Pembinaan Tertangguh Punca Projek Lambat Siap

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata salah satu projek infrastuktur terbesar negara yang dibina dengan kos RM9.55 bilion itu mengalami kelewatan 1.6% berbanding jadual asalnya.

Pada awalnya, projek ini dijangka siap pada tahun 2021, namun berikutan isu pengambilan semula tanah yang perlu diselesaikan serta penularan wabak COVID-19 Mac 2020, menyebabkan pembinaannya tertangguh.

Walau bagaimanapun, projek itu dilaporkan masih kekal dengan kos asal daripada jumlah peruntukan pembangunan berjumlah RM56 bilion yang diperuntukkan untuk 2020 walaupun berlaku kelewatan daripada jadual asal.

*Kredit foto dan video: SCM Southern Corridor Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language