Categories
Auto news

Proton Bakal Buka Pusat Alat Ganti Serantau (RPC) Baharu Di Kuching

Kerisauan pengguna terhadap kesukaran untuk mendapatkan alat ganti Proton di Malaysia Timur bakal terubat setelah Proton mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bakal membuka Pusat Alat Ganti Serantau (RPC) baharu di Kuching, Sarawak.

Untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di Malaysia Timur, Proton bakal membuka kemudahan seluas 28,000 kaki persegi yang mempunyai lebih daripada tiga kali ganda kapasiti penyimpanan daripada setor sebelumnya.

Pusat ini akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk bahagian dan komponen selepas jualan untuk Sabah dan Sarawak.

Pusat Alat Ganti Serantau Untuk Sabah Dan Sarawak

Menurut kenyataan Proton, RPC baharu yang hampir siap itu telah direka untuk memenuhi keperluan pengedar dan pelanggan mereka di Malaysia Timur di samping mengurangkan masa menunggu alat ganti di rantau yang agak mencabar bagi urusan logistiknya.

“Setelah RPC ini siap, Proton akan menyimpan sehingga tiga bulan stok, malah boleh juga menerima penghantaran terus alat ganti daripada vendor luar negara,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Selain itu, RPC baharu juga akan dapat menyimpan sehingga enam kontena, membolehkannya menerima berbilang tempahan serentak serta dapat mengendalikan peningkatan daya pengeluaran, mengurangkan masa yang diperlukan untuk memproses dan menghantar pesanan ke pusat servis/pengedaran.

Berdasarkan jangkaan Proton, peningkatan ketara boleh dilihat tidak lama lagi khususnya dalam tempoh menunggu untuk pembaikian kenderaan kemalangan. Sebagai tambahan kepada tiga bulan stok yang dipegang di RPC, pengedar Proton juga dikehendaki mempunyai stok bahagian penyelenggaraan selama tiga bulan.

Tambah Roslan, ini adalah usaha Proton untuk terus menambah baik perkhidmatan selepas jualannya bagi memuaskan pelanggan. Beliau turut meyakinkan pemilik semasa dan akan datang bahawa alat ganti adalah tersedia untuk Proton baharu mereka.

Model SUV Proton Makin Popular Di Borneo

Jualan SUV Proton di Sabah dan Sarawak telah meningkat secara progresif sejak 2019, berikutan pelancaran Proton X70 pada 12 Disember 2018. Jumlah jualan di rantau ini telah meningkat sebanyak 120% dari tahun 2018 hingga tahun 2021, dan dengan angka tempahan yang sihat pada tahun 2022, syarikat menjangkakan pertumbuhan sebanyak 20% lagi dalam jualan tahun ke tahun.

Sehingga akhir bulan Oktober, Proton telah menyerahkan 115,366 unit kenderaan setakat tahun ini, menunjukkan peningkatan sebanyak 33.6% setakat ini untuk sepuluh bulan pertama tahun 2022.

Kurang daripada empat tahun selepas melancarkan SUV pertamanya, syarikat itu telah menjadi jenama SUV paling popular di Malaysia. Model SUV terkini Proton, Proton X50 kini merupakan model SUV terlaris di negara ini dan secara kumulatif, hampir 50,000 unit Proton X50 dan Proton X70 telah diserahkan tahun ini.

“Bagi pembeli kereta di Malaysia Timur, Proton Saga kekal sebagai model paling popular kami, diikuti dengan Proton X50. Tahun lepas, kami menjual 8,692 unit Proton Saga dan 2,934 unit Proton X50 dan berdasarkan trend tempahan semasa, kami meramalkan jualan masing-masing akan melebihi 10,000 dan 4,200 unit,” kata Roslan Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language