Categories
Auto news

Proton Beri Lanjutan Waranti Setahun Untuk Kenderaan Pra-Milik Bertauliah (PCPO)

Proton akan memberikan jaminan lanjutan selama satu tahun untuk semua kenderaan Pra-Milik Bertauliah Proton (PCPO) bagi memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli.

Lanjutan waranti ini berkuatkuasa serta-merta ke atas semua kenderaan PCPO yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton. Program Waranti Lanjutan PCPO (PCPO-EW) ini ditaja jamin oleh Allianz General Insurance.

Lanjutan Waranti Setahun Untuk PCPO

Proton mengalu-alukan Allianz sebagai rakan kongsi insurans dalam usaha mereka untuk memberikan jaminan tambahan kepada pelanggan kenderaan PCPO agar dilindungi daripada kos yang tidak dijangka akibat kegagalan mekanikal untuk bahagian enjin dan transmisi

Di bawah program ini, bahagian enjin dan transmisi yang didapati rosak semasa penggunaan biasa akan dibaiki atau diganti untuk tempoh 25,000km atau 12 bulan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata dengan jumlah jualan Proton yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Proton telah melihat peningkatan yang sama dalam transaksi jual beli atau tukar beli.

Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Proton memberi jaminan kepada pelanggan mereka untuk memastikan pemilikan kenderaan PCPO adalah pengalaman yang memuaskan dan setanding dengan jenama lain,” tambah Roslan.

Unit Pengurusan Kereta Terpakai Proton (UCM)

Sejak penubuhannya pada 2019, unit Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) PROTON telah memperkenalkan prosedur operasi dan menyediakan latihan kepada pemeriksa kereta terpakai untuk menguruskan transaksi di setiap cawangan.

Unit tersebut juga bertanggungjawab memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selaras dengan paras yang ditetapkan oleh jenama itu. Kini, Proton mempunyai 36 cawangan yang menjual kenderaan PCPO dalam negara.

Kenderaan yang dijual di bawah program PCPO telah menjalani pemeriksaan menyeluruh 201 mata dan dijamin bebas daripada sebarang kerosakan banjir atau kemalangan besar.

Selain menikmati jaminan lanjutan 1 tahun yang meliputi enjin dan transmisi, pelanggan juga mendapat sekali perkhidmatan servis asas yang percuma  selepas 6 bulan dari tarikh pembelian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web khusus untuk kereta terpakai Proton di http://used-cars.proton/com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language