Categories
Auto news

Proton Kembali Ke Afrika Selatan – Tingkatkan Jualan Eksport

Proton telah melantik Kumpulan CMH sebagai pengedar kenderaan Proton di Afrika Selatan dan proses penghantaran pertama kenderaan Proton (CBU) akan bermula pada bulan September.

Penghantaran pertama akan diketuai oleh Proton X50 dan Proton X70 dan akan diikuti dengan Proton Saga, yang kembali ke negara itu selepas jualan berakhir pada tahun 2012.

Proton yakin dengan prospek jualannya di Afrika Selatan apabila meramalkan jualan yang kukuh bagi tahun ini, dan menyasarkan lebih daripada dua kali ganda jumlahnya pada tahun 2023.

Untuk suku pertama tahun ini, jumlah jualan eksport telah meningkat sebanyak 175% berbanding tempoh yang sama pada 2021. Jualan dijangka bertambah kerana Proton mahu meningkatkan eksport lebih daripada 300% pada akhir tahun ini.

Peningkatan Jualan Eksport

Proton kini mengeksport kereta ke 13 pasaran luar negara sebelum kemasukan Afrika Selatan.

Pada tahun lalu, 3,018 kenderaan Proton dijual di luar negara, iaitu lebih dua kali ganda daripada 1,508 unit yang dieksport pada tahun 2020. Jabatan Jualan Antarabangsa menyasarkan untuk meningkatkan jualan eksport kepada 10,000 unit untuk tahun 2022.

Pertumbuhan sedemikian diperkukuhkan bukan sahaja dengan memasuki pasaran baharu tetapi juga meningkatkan operasi pemasangan knocked down (KD) di luar negara. Kini, Proton mempunyai operasi sedemikian di  Pakistan, Kenya dan Bangladesh, mana kala Sri Lanka akan bermula pada separuh kedua tahun 2022.

Dari segi keseluruhan eksport kenderaan di Malaysia, prestasi Proton semakin menonjol. Bermula dengan 12.8% daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2019, meningkat kepada 30.2% pada tahun 2020 dan  mencecah 60.9% pada tahun 2021.

Ini menjadikan jenama Proton sebagai pengeksport kenderaan utama negara dan menunjukkan eksportnya terus berkembang walaupun keadaan pasaran yang sukar disebabkan oleh Covid-19.

Menurut Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, matlamat jangka panjang Proton memerlukan eksport memainkan peranan utama untuk mengembangkan jualan keseluruhan syarikat kerana TIV di Malaysia dijangka tidak banyak berubah.

Tambahnya, Proton mengeksploitasi kekuatan produk baharu, jenama mereka dan juga hubungan Malaysia dengan negara lain untuk bertapak di pasaran baharu. Ini kemudiannya diperkukuhkan dengan mewujudkan operasi KD di mana mana yang berpotensi membantu mengembangkan ekonomi tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language