November 29, 2022
Proton S50 mungkin bakal menjadi kereta sedan kedua dalam sejarah Proton yang bakal hadir dengan enjin turbo pada tahun hadapan! Ketika pelancaran Proton Saga MC2 2022 pada Mei lalu, Proton telah mendedahkan pelan strategi syarikat mereka bahawa mereka bakal melancarkan satu lagi model sedan selepas Proton Saga. Sejak daripada itu, ada beberapa pengguna media sosial yang terserempak dengan model sedan yang menggunakan pelekat celoreng menandakan ia sedang menjalani ujian jalan raya. Model tersebut juga menggunakan nombor pendaftaran perdagangan yang pernah digunakan Proton ketika ini. Proton S50 Guna Asas Geely Emgrand Proton S50 dikatakan dibina berasaskan model generasi keempat Geely Emgrand yang telah tiba di China dan Filipina. Menerusi gambar intipan Proton S50 penuh dengan celoreng yang terdedah di media sosial, bahagian tiang-C serta cermin belakangnya kelihatan seperti Emgrand berbanding Binrui. Pernah dikaitkan sebagai pengganti Persona. Namun oleh sebab dimensi serta jarak rodanya lebih panjang berbanding sedan segmen-B Proton itu, ia dikaitkan dengan Proton Preve pula memandangkan kedua-dua kereta ini berkongsi jarak roda yang sama. Model Proton Persona Proton Preve Geely Emgrand Panjang (mm) 4,362 4,543 4,638 Lebar (mm) 1,722 1,786 1,820 Tinggi (mm) 1,554 1,524 1,460 Jarak Antara Roda (mm) 2,555 2,650 2,650 Kapasiti But (liter) 510 508 680 Proton S50 Bakal Guna Enjin Turbo? Kalau nak diikutkan, ada potensi besar enjin kereta sedan akan datang Proton ini bakal menerima enjin turbo selepas Proton Preve yang dilancarkan pada 2012 lalu. Andaian bahawa Proton S50 bakal muncul dengan enjin turbo bukanlah tidak berasas memandangkan Proton telah memperkenalkan kilang pemasangan enjin baharu yang berteknologi tinggi di Tanjung Malim. Kilang tersebut menghasilkan enjin 1.5 TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) yang merupakan kali pertama ia dipasang di luar China dan merupakan salah satu kilang pemasangan enjin yang tercanggih di Malaysia. Enjin tiga silinder yang telah memenangi anugerah ini sudah digunakan pada beberapa jenama di bawah Geely Group, dan variannya setakat ini telah digunakan dalam lebih 750,000 kenderaan yang dijual di seluruh dunia termasuk X70 dan X50. Untuk perbandingan, lihat perbezaan antara output enjin 1.5 TGDI dengan enjin yang digunakan pada Geely Emgrand di China: Model 1.5 TGDI 1.5 NA Kuasa (PS) 177 114 Tork (Nm) 255 147 Transmisi 7-Kelajuan DCT CVT   Malah, Proton turut telah menjelaskan bahawa enjin 1.5 TGDI ini bakal menjadi enjin utama yang bakal digunakan oleh Proton pada model-model baharunya kelak. Tambahan pula, Geely Emgrand dibina menggunakan platform segmen-B Modular Architecture (BMA) yang turut sama digunakan oleh Proton X50. Menurut Geely, platform tersebut memberikan: Fleksibiliti dari segi rekaan, ruang dalaman, keselesaan dan kawalan pengendalian yang lebih baik Kelebihan untuk membina jarak roda sedan segmen-B ini lebih lebar untuk menambah kestabilan dengan lebih cengkaman pada tayar Ruang belakang dan but paling luas dalam kelasnya Penglihatan lebih baik dan mengurangkan titik buta pada pemandu menerusi rekaan tiang-A yang dikemaskini Jika sedan keluaran Proton kelak hadir dengan enjin turbo yang sama digunakan pada X50 dan X70, adakah anda berpuas hati?

Proton S50 mungkin bakal menjadi kereta sedan kedua dalam sejarah Proton yang bakal hadir dengan enjin turbo pada tahun hadapan!

Ketika pelancaran Proton Saga MC2 2022 pada Mei lalu, Proton telah mendedahkan pelan strategi syarikat mereka bahawa mereka bakal melancarkan satu lagi model sedan selepas Proton Saga.

Sejak daripada itu, ada beberapa pengguna media sosial yang terserempak dengan model sedan yang menggunakan pelekat celoreng menandakan ia sedang menjalani ujian jalan raya. Model tersebut juga menggunakan nombor pendaftaran perdagangan yang pernah digunakan Proton ketika ini.

Proton S50 Guna Asas Geely Emgrand

Proton S50 dikatakan dibina berasaskan model generasi keempat Geely Emgrand yang telah tiba di China dan Filipina. Menerusi gambar intipan Proton S50 penuh dengan celoreng yang terdedah di media sosial, bahagian tiang-C serta cermin belakangnya kelihatan seperti Emgrand berbanding Binrui.

Pernah dikaitkan sebagai pengganti Persona. Namun oleh sebab dimensi serta jarak rodanya lebih panjang berbanding sedan segmen-B Proton itu, ia dikaitkan dengan Proton Preve pula memandangkan kedua-dua kereta ini berkongsi jarak roda yang sama.

Model
Proton Persona
Proton Preve
Geely Emgrand

Panjang (mm)
4,362
4,543
4,638

Lebar (mm)
1,722
1,786
1,820

Tinggi (mm)
1,554
1,524
1,460

Jarak Antara Roda (mm)
2,555
2,650
2,650

Kapasiti But (liter)
510
508
680

Proton S50 Bakal Guna Enjin Turbo?

Kalau nak diikutkan, ada potensi besar enjin kereta sedan akan datang Proton ini bakal menerima enjin turbo selepas Proton Preve yang dilancarkan pada 2012 lalu.

Andaian bahawa Proton S50 bakal muncul dengan enjin turbo bukanlah tidak berasas memandangkan Proton telah memperkenalkan kilang pemasangan enjin baharu yang berteknologi tinggi di Tanjung Malim.

Kilang tersebut menghasilkan enjin 1.5 TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) yang merupakan kali pertama ia dipasang di luar China dan merupakan salah satu kilang pemasangan enjin yang tercanggih di Malaysia.

Enjin tiga silinder yang telah memenangi anugerah ini sudah digunakan pada beberapa jenama di bawah Geely Group, dan variannya setakat ini telah digunakan dalam lebih 750,000 kenderaan yang dijual di seluruh dunia termasuk X70 dan X50.

Untuk perbandingan, lihat perbezaan antara output enjin 1.5 TGDI dengan enjin yang digunakan pada Geely Emgrand di China:

Model
1.5 TGDI
1.5 NA

Kuasa (PS)
177
114

Tork (Nm)
255
147

Transmisi
7-Kelajuan DCT
CVT

 

Malah, Proton turut telah menjelaskan bahawa enjin 1.5 TGDI ini bakal menjadi enjin utama yang bakal digunakan oleh Proton pada model-model baharunya kelak. Tambahan pula, Geely Emgrand dibina menggunakan platform segmen-B Modular Architecture (BMA) yang turut sama digunakan oleh Proton X50. Menurut Geely, platform tersebut memberikan:

Fleksibiliti dari segi rekaan, ruang dalaman, keselesaan dan kawalan pengendalian yang lebih baik
Kelebihan untuk membina jarak roda sedan segmen-B ini lebih lebar untuk menambah kestabilan dengan lebih cengkaman pada tayar
Ruang belakang dan but paling luas dalam kelasnya
Penglihatan lebih baik dan mengurangkan titik buta pada pemandu menerusi rekaan tiang-A yang dikemaskini

Jika sedan keluaran Proton kelak hadir dengan enjin turbo yang sama digunakan pada X50 dan X70, adakah anda berpuas hati?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language