
Proton Saga Minor Change 2 (MC2) facelift 2022 telah disahkan bakal dilancarkan pada Mei tahun ini. Tapi berbeza sangatkah Saga MC2 berbanding Saga 2019?
Sedan mampu milik segmen-A keluaran Proton itu kini sedang diproduksi di kilang Proton di Shah Alam buat masa ini. Yang pastinya, model facelift semestinya menjanjikan pembaharuan pada kereta, Tapi apa beza Saga MC2 dengan Saga 2019?
Proton Saga MC2 2022 vs Proton Saga 2019
Exterior
Model
Proton Saga 2019
Proton Saga MC2 2022
Lampu Utama
Halogen
Halogen
Lampu Nyalaan Siang (DRL)
LED (varian Premium sahaja)
LED (varian Premium dan Premium S)
Cermin Sisi
Manual Fold
Auto Fold
Rim
Aloi 15-inci
Aloi 15-inci baharu
Logo Proton
Logo Lama
Logo Baharu (bulat)
Spoiler
Ada
Ada
Skirt Sisi
Tiada
Ada
Skirt Hadapan
Tiada
Ada
Interior
Model
Proton Saga 2019
Proton Saga MC2 2022
Paparan Meter
LCD
LCD
Keyless Entry
Tiada
Ada
Push-Start Button
Tiada
Ada
Panel Kawalan Pendingin Hawa
Butang
Butang dengan paparan kecil
Skrin Paparan Infotainmen
7-inci, skrin sentuh
7-inci, skrin sentuh (Atlan OS)
Stereng
Urethane
Leatherette
Material Tempat Duduk
Fabrik
Semi Leatherette
Memandangkan Saga MC2 merupakan model facelift, tiada perubahan dijangka bakal berlaku pada bahagian enjin dan output sedan ini.
Proton Saga menggunakan enjin 1.3L empat silinder NA yang menghasilkan 95 PS dan 120 Nm tork yang dipacukan ke roda hadapan. Pilihan transmisi yang ditawarkan pula adalah 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik.
Saga MC2 juga bakal hadir dengan satu tambahan varian baharu, Premium S yang tidak ditawarkan pada Saga 2019. Selain itu, varian Standard AT Saga MC2 juga hadir dengan sistem keselamatan seperti Electric Stability Control (ESC), Traction Control dan Hill Hold Assist yang tiada pada varian Saga sama ketika 2019.
Ketika ini, Proton Saga dijual pada harga RM32,800 hingga RM39,800 mengikut varian. Berdasarkan penambahan yang bakal ditawarkan pada Saga MC2, kemungkinan harga Saga MC2 ini bakal dijual dalam harga lebih RM40,000.