August 16, 2022
Proton telah mengumumkan penyerahan model Proton X50 yang telah diubah suai khas kepada pelanggan istimewa mereka iaitu Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh akaun Facebook rasmi Proton, modifikasi khas tersebut telah dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE). ACE merupakan satu bahagian khas dalam PROTON yang pakar dalam mengubah suai kenderaan. Menurut Proton, ACE juga telah menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap model Proton lain milik Tengku Sulaiman seperti X70 dan Perdana. Exterior Dari segi luaran, X50 ini telah menerima cat kuning keemasan. Warna yang digunakan ini tidak ditawarkan pada mana-mana varian X50 yang terdapat di pasaran Malaysia. Bahagian gril Ethereal Bow yang sebelum ini berwarna merah juga telah ditukar kepada warna emas. Dari segi corak , terdapat juga jalur hitam berkembar pada bonet dan penutup but di belakang manakala di bahagian sisinya juga terdapat jalur hitam nipis yang melintasi bahagian pintu. Rim yang digunakan pada model ini adalah rim yang berwarna krom. Sementara itu, bahagian muka hadapannya menerima penambahan lain seperti: Lampu LED tambahan di bahagian bawah gril hadapan Kemasan burung helang pada bingkai nombor plat Hiasan harimau di atas bonet Di bahagian belakang pula, kereta ini menerima penambahan seperti: Hiasan krom tebal bersama logo berwarna emas Perumah tulisan Proton yang berwarna krom Jata dan bendera Selangor di tepi bingkai nombor plat 2 lampu LED tambahan Tip ekzos berwarna emas Lencana SX50 Interior Walau bagaimanapun, hanya satu gambar interior ini dikongsikan oleh Proton. Menerusi gambar tersebut, beberapa kelainan pada X50 ini dapat dilihat seperti: Kemasan kayu di bahagian stereng, papan pemuka dan konsol tengah Tempat duduk balutan kulit dengan jahitan berwarna kuning Rakyat Biasa Boleh Kustom X50 Juga Ke? Susulan perkongsian ini, pengguna di sosial media rata-rata berminat dengan Proton X50 kustom ini. Persoalannya, adakah peluang mengubah suai secara ekslusif oleh Proton ini hanya diberikan kepada VVIP sahaja? Bukan apa, memandangkan Proton dah ada divisyen pengubahsuaian keretanya tersendiri, jika mereka menawarkan pilihan yang sama kepada pelanggan lain diluar sana, ia semestinya akan membuatkan nama Proton terus naik dan meraih lebih banyak keuntungan. Bagi yang tertanya-tanya berkenaan prestasi kereta ini selepas diubah suai, sayangnya perkara itu tidak didedahkan oleh Proton buat masa ini. Apa pula kata anda berkenaan Proton X50 ‘kustom diraja’ ini?

Proton telah mengumumkan penyerahan model Proton X50 yang telah diubah suai khas kepada pelanggan istimewa mereka iaitu Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh akaun Facebook rasmi Proton, modifikasi khas tersebut telah dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE).

ACE merupakan satu bahagian khas dalam PROTON yang pakar dalam mengubah suai kenderaan. Menurut Proton, ACE juga telah menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap model Proton lain milik Tengku Sulaiman seperti X70 dan Perdana.

Exterior

Dari segi luaran, X50 ini telah menerima cat kuning keemasan. Warna yang digunakan ini tidak ditawarkan pada mana-mana varian X50 yang terdapat di pasaran Malaysia. Bahagian gril Ethereal Bow yang sebelum ini berwarna merah juga telah ditukar kepada warna emas.

Dari segi corak , terdapat juga jalur hitam berkembar pada bonet dan penutup but di belakang manakala di bahagian sisinya juga terdapat jalur hitam nipis yang melintasi bahagian pintu. Rim yang digunakan pada model ini adalah rim yang berwarna krom.

Sementara itu, bahagian muka hadapannya menerima penambahan lain seperti:

Lampu LED tambahan di bahagian bawah gril hadapan
Kemasan burung helang pada bingkai nombor plat
Hiasan harimau di atas bonet

Di bahagian belakang pula, kereta ini menerima penambahan seperti:

Hiasan krom tebal bersama logo berwarna emas
Perumah tulisan Proton yang berwarna krom
Jata dan bendera Selangor di tepi bingkai nombor plat
2 lampu LED tambahan
Tip ekzos berwarna emas
Lencana SX50

Interior

Walau bagaimanapun, hanya satu gambar interior ini dikongsikan oleh Proton. Menerusi gambar tersebut, beberapa kelainan pada X50 ini dapat dilihat seperti:

Kemasan kayu di bahagian stereng, papan pemuka dan konsol tengah
Tempat duduk balutan kulit dengan jahitan berwarna kuning

Rakyat Biasa Boleh Kustom X50 Juga Ke?

Susulan perkongsian ini, pengguna di sosial media rata-rata berminat dengan Proton X50 kustom ini. Persoalannya, adakah peluang mengubah suai secara ekslusif oleh Proton ini hanya diberikan kepada VVIP sahaja?

Bukan apa, memandangkan Proton dah ada divisyen pengubahsuaian keretanya tersendiri, jika mereka menawarkan pilihan yang sama kepada pelanggan lain diluar sana, ia semestinya akan membuatkan nama Proton terus naik dan meraih lebih banyak keuntungan.

Bagi yang tertanya-tanya berkenaan prestasi kereta ini selepas diubah suai, sayangnya perkara itu tidak didedahkan oleh Proton buat masa ini. Apa pula kata anda berkenaan Proton X50 ‘kustom diraja’ ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language