Categories
Auto news

Proton X70 MC1 2022 Dilancarkan – Bermula RM93,900, Pilihan AWD dan Enjin 1.5 TGDI Ditawarkan

Proton telah melancarkan Proton X70 MC1 (Minor Change) atau facelift yang kini menampilkan pilihan enjin yang lebih kecil berbanding sebelumnya, 1.5L yang sama terdapat pada Proton X50.

Berikut merupakan varian yang ditawarkan beserta harganya:

1.5 TGDI Standard 2WD: RM93,900
1.5 TGDI Executive 2WD: RM105,500
1.5 TGDI Executive AWD: RM111,300
1.5 TGDI Premium 2WD: RM117,900
1.8 TGDI Premium 2WD: RM121,800

Memandangkan ini adalah versi facelift, tiada perubahan ketara dapat dilihat pada interior dan exterior X70 MC1 kali ini jika nak dibandingkan dengan versi sebelumnya. Berikut merupakan penambahan baharu yang ada pada Proton X70 MC1 kali ini.

Enjin baharu X70 – 1.5 TGDI

Proton X70 MC1 ini telah memperkenalkan pilihan enjin berkapasiti lebih kecil, iaitu 1.5L TGDI 3 silinder turbo yang sama digunakan pada Proton X50. Output kuasanya juga sama pada 177 PS dan 255 Nm tork berbanding enjin 1.8L TGDI yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm tork.

Walau bagaimanapun, pilihan enjin 1.8L masih ditawarkan bagi varian tertinggi, iaitu 1.8 TGDI Premium yang hadir dengan sunroof. Kedua-dua enjin tersebut masih digandingkan dengan transmisi klac basah berkembar 7-kelajuan DCT.

Meskipun ia merupakan X70 pertama di Malaysia yang menggunakan enjin 1.5L, ia bukanlah kali pertama Proton memasukkan enjin 1.5 TGDI ke dalam Proton X70 kerana pilihan ini telah ditawarkan oleh Proton menerusi pasaran eksportnya di Pakistan dan Nepal sejak 2020 lalu.

Kemasan Exterior Berwarna Hitam

Antara pembaharuan lain pada exterior kereta ini adalah perincian berwarna pada bampar hadapan dan diffuser di bahagian belakang. Selain itu, cermin sisinya serta kemasan perumah tulisan Proton di bahagian belakang juga kini berwarna hitam.

Sistem AWD

Sistem AWD pada Proton X70 juga dikembalikan setelah diketepikan ketika pelancaran model X70 versi CKD yang tidak menawarkan pilihan AWD berbanding model CBU sebelumnya.

Walau bagaimanapun, sistem AWD ini tidak ditawarkan pada varian tertinggi, sebaliknya hanya pada varian Executive AWD, sama seperti varian unit CBU Proton X70 terdahulu.

Penutup Enjin Baharu

Selain itu, Proton telah menggunakan penutup enjin (engine cover) versi foam yang lebih tebal berbanding penutup jenis plastik yang digunakan pada X70 terdahulu. Bezanya, ia memberikan keselesaan dan kadar NVH yang lebih baik di dalam kabin.

Rim 19-inci SE

Perubahan yang paling ketara pada model X70 MC1 kalini semestinya rim 19-inci ala-ala bunga raya yang sebelum ini diperkenalkan pada model X70 SE yang terhad kepada 2,000 unit pada 2021. Namun rim ini hanya diberikan pada varian Premium sahaja memandangkan varian Executive AWD hadir bersama rim bersaiz 18-inci.

Untuk pengetahuan anda, rim baharu ini merupakan rim yang sama diperkenalkan pada Geely Boyue Pro yang dilancarkan di China pada sekitar tahun 2019.

Interior

Tiada sebarang perubahan ketara pada bahagian interiornya di mana ia masih lagi mengekalkan interior berwarna coklat bagi varian teratas. Untuk varian Executive, ia hadir dengan interior serba hitam.

Perbezaan pada interior X70 MC1 kali ini hanyalah pada warna bumbung dalam kabin yang kini berwarna hitam. Walau bagaimanapun, varian Premium 1.5L tidak hadir dengan ciri sunroof.

Berat Dikurangkan

Bagi memastikan enjin 1.5L ini mampu untuk menampung berat Proton X70, berat pada X70 ini telah dikurangkan dengan penggunaan sistem enjin 1.5. Berat X70 1.5 TGDI Standard 2WD hanyalah 1,585 kg berbanding berat X70 1.8 TGDI Premium 2WD iaitu 1,675 kg. 

Menurut Proton, perbezaan enjin yang digunakan pada X70 kali ini memberikan perbezaan yang amat kecil dan sesetengah pemandu mungkin tidak dapat membezakan antara kedua-dua enjin yang ditawarkan ini.

Proton X70 MC1 ini dijual pada harga bermula RM93,900, OTR, tanpa insurans dan tanpa pengecualian SST yang bakal berakhir pada hujung bulan Jun tahun ini. Secara dasarnya, Proton X70 dengan pilihan enjin berkapasiti kecil ini merupakan tawaran Proton kepada pelanggan yang mahukan Proton X70 yang lebih menjimatkan minyak.

Apa kata anda dengan pelancaran model facelift Proton X70 ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language