November 28, 2022
Great Wall Motors telah mengumumkan kepulangan mereka di pasaran Malaysia dan bakal memperkenalkan Haval H6. Adakah kedudukan Proton X70 akan tergugat sebagai raja SUV segmen-C? Sebelum pengumuman tersebut dibuat, beberapa unit Haval H6 telah dikesan sedang menjalani ujian jalan raya, antaranya adalah unit hibrid seperti di Thailand serta unit PHEV. Memandangkan SUV ini bakal diletakkan dalam kategori SUV segmen-C, mampukah Haval H6 menggugat kedudukan Proton X70 yang selesa memegang takhta raja SUV segmen-C ketika ini? Jom kita lihat apa yang menarik sangat dengan SUV nombor satu di China ini. Enjin Dan Prestasi Haval H6 Hybrid yang diperkenalkan di pasaran Thailand hadir dengan enjin 1.5 liter turbocas empat-silinder. Dalam versi petrol biasa, jentera ini menghasilkan 169 PS dan 285 Nm tork. Bagi versi hibrid, ia digandingkan dengan motor elektrik yang menghasilkan 130 kW (177 PS), menjadikan output maximum kereta ini sebanyak 243 PS dan 530 Nm. Versi PHEV pula menghasilkan output keseluruhan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 326 PS dan 530 Nm tork. Sementara itu, Proton kini kelihatan sedang giat untuk menggunakan enjin 1.5L TGDI yang diperkenalkan pada Proton X50 kepada semua model baharu Proton kelak, termasuk Proton X70 MC1 kecuali bagi varian tertingginya yang masih menggunakan enjin 1.8L turbo. Enjin 1.5L TGDI itu menghasilkan 177 PS dan 255 Nm tork sementara enjin 1.8L pula menghasilkan 184 PS dan 300 Nm. Untuk perbandingan bagi model petrol biasa, Proton X70 dengan enjin 1.8L lebih berkuasa. Namun perlu diingatkan bahawa GWM bakal mengetengahkan kenderaan hibrid dan bateri elektrik sebagai produk utama mereka. Dimensi Jika saiz menjadi pilihan utama anda, Haval H6 merupakan SUV segmen-C terbesar dalam kelasnya. Model Proton X70 Haval H6 Panjang (mm) 4,519 4,635 lebar (mm) 1,831 1,886 Tinggi (mm) 1,694 1,724 Jarak Roda (mm) 2,670 2,738 Kapasiti But (liter) 512 600 Exterior Reka bentuk luaran Haval H6 ini boleh dikatakan tidaklah begitu extra, namun sifat kemewahan yang dibawa oleh model ini masih dapat dirasakan seperti gril hadapan yang besar dan kemas, lampu utama LED yang garang, lampu brek belakang LED yang bersambung, sunroof serta dipasangkan rim aloi 19 inci. Sementara itu, Proton X70 MC1 yang baru dilancarkan pada tahun ini masih lagi menggunakan rupa bentuk model terdahulu memandangkan ianya hanyalah minor change atau facelift. Untuk perbandingan, Haval H6 telah memasuki generasi ke-3 pada 2020, menjadikannya beberapa tahun lebih maju daripada model asas Geely yang digunakan sebagai Proton X70 di Malaysia ketika ini. Ini membuatkan rupa kereta ini sedikit rare dan lebih menarik perhatian. Interior Ruang dalaman H6 2021 yang serba mewah dilengkapkan dengan warna dwi tona, hitam dan silver sambil menerima kemasan berwarna Rose Gold. Selain itu, kabinnya turut mempunyai: Panel instrumen digital 10.25 inci Sistem infotainment bersaiz 12.3 inci Head Up Display Penukar gear elektronik Sistem pengecas tanpa wayar Pendingin hawa automatik dengan filter N95 Pendingin hawa untuk penumpang belakang. Sementara itu, Proton X70 MC1 masih lagi mengekalkan interior yang sama seperti sebelumnya. Bezanya cuma kali ini, bumbung dalamnya diwarnakan hitam dan masih tiada sambungan pintar Apple CarPlay mahupun Android Auto terdapat pada paparan infotainment bersaiz 8 inci. Terdapat kemudahan arahan suara Hi Proton yang membolehkan pemandu mengawal tingkap, suhu dan infotaiment. Anda turut boleh menggunakan kawalan suara untuk bercakap dengan kereta pada Haval H6 seperti mengawal sunroof, tingkap, radio, dan pendingin hawa. Bolehlah bersaing dengan teknologi ‘Hi Proton’. Ciri Keselamatan Untuk pasaran Thailand, Haval H6 menawarkan sistem Life+ yang meliputi: Kamera 360 darjah Bantuan parkir automatik Automatic Reverse Assist (ARA) Adaptive Cruise Control AEB dengan pengesanan pejalan kaki, basikal dan trafik, peninjau titik buta, pengesanan papan tanda trafik dan keupayaan pemanduan autonomous Tahap 2 Teknologi Wisdom Dodge System (WDS) yang akan mengalihkan kenderaan ke tepi lorong ketika memotong kenderaan besar, sebelum kembali ketengah selepas memotong Untuk perbandingan, Proton X70 pula hadir dengan ciri keselamatan terkini seperti: AEB Forward Collision Warning (FCW) Adaptive Cruise Control Lane Departure warning (LDW) Blind Spot Monitor Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) Kamera 360 darjah Harga Dari segi harga, jika Haval H6 dapat dijual pada harga yang kompetitif dan tidak terlalu mahal, ia berkemungkinan bakal menjadi penentu utama penerimaan kereta itu di Malaysia. Proton X50 dan Proton X70 meraih kedudukan sebagai raja SUV segmen-B dan segmen-C kerana faktor harganya yang lebih mampu milik berbanding pencabarnya. Ketika ini harga bagi Haval H6 masih belum didedahkan, namun jika ia berada tidak jauh dengan harga Proton X70 yang bernilai RM128,800 bagi varian tertinggi, kedudukan Proton X70 sebagai peneraju SUV segmen-C mungkin bakal tergugat. Servis Selepas Jualan Menurut GWM, mereka mempunyai perancangan untuk mengutamakan pembangunan rangkaian operasi demi menghasilkan pengalaman pelanggan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Penekanan akan diberi pada bahagian selepas jualan, dengan langkah yang akan diambil termasuk mewujudkan gudang alat ganti di Lembah Klang. Jenama ini juga akan memperkenalkan pusat talian servis pelanggan yang beroperasi sepanjang masa, dan disokong dengan pasukan servis teknikal. Untuk Proton X70, servis selepas jualannya mungkin tidaklah sehebat kereta lain, namun menurut Proton isu itu sedang diselesaikan. Jika Haval H6 berjaya menjual kereta dengan harga yang kompetitif dan mengelak isu kekurangan alat ganti seperti yang dialami oleh Proton, ada peluang untuk Haval H6 menjadi raja SUV segmen-C. Kesimpulan Jika GWM memperkenalkan Haval H6 sebagai pilihan yang lebih baik dari segi kuasa, ciri dan nilai, tidak dinafikan bahawa X70 akan mempunyai lawan yang cukup kental untuk ditandingi. Perkara yang paling membimbangkan bagi Proton ialah kekurangan dari segi prestasi enjinnya memandangkan X70 mahupun rakan pasaran luar negara (Boyue, Azkarra, Emgrand X7 Sport) tidak mempunyai sebarang bentuk elektrifikasi dalam masa terdekat.

Great Wall Motors telah mengumumkan kepulangan mereka di pasaran Malaysia dan bakal memperkenalkan Haval H6. Adakah kedudukan Proton X70 akan tergugat sebagai raja SUV segmen-C?

Sebelum pengumuman tersebut dibuat, beberapa unit Haval H6 telah dikesan sedang menjalani ujian jalan raya, antaranya adalah unit hibrid seperti di Thailand serta unit PHEV.

Memandangkan SUV ini bakal diletakkan dalam kategori SUV segmen-C, mampukah Haval H6 menggugat kedudukan Proton X70 yang selesa memegang takhta raja SUV segmen-C ketika ini? Jom kita lihat apa yang menarik sangat dengan SUV nombor satu di China ini.

Enjin Dan Prestasi

Haval H6 Hybrid yang diperkenalkan di pasaran Thailand hadir dengan enjin 1.5 liter turbocas empat-silinder. Dalam versi petrol biasa, jentera ini menghasilkan 169 PS dan 285 Nm tork. Bagi versi hibrid, ia digandingkan dengan motor elektrik yang menghasilkan 130 kW (177 PS), menjadikan output maximum kereta ini sebanyak 243 PS dan 530 Nm. Versi PHEV pula menghasilkan output keseluruhan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 326 PS dan 530 Nm tork.

Sementara itu, Proton kini kelihatan sedang giat untuk menggunakan enjin 1.5L TGDI yang diperkenalkan pada Proton X50 kepada semua model baharu Proton kelak, termasuk Proton X70 MC1 kecuali bagi varian tertingginya yang masih menggunakan enjin 1.8L turbo.

Enjin 1.5L TGDI itu menghasilkan 177 PS dan 255 Nm tork sementara enjin 1.8L pula menghasilkan 184 PS dan 300 Nm. Untuk perbandingan bagi model petrol biasa, Proton X70 dengan enjin 1.8L lebih berkuasa. Namun perlu diingatkan bahawa GWM bakal mengetengahkan kenderaan hibrid dan bateri elektrik sebagai produk utama mereka.

Dimensi

Jika saiz menjadi pilihan utama anda, Haval H6 merupakan SUV segmen-C terbesar dalam kelasnya.

Model
Proton X70
Haval H6

Panjang (mm)
4,519
4,635

lebar (mm)
1,831
1,886

Tinggi (mm)
1,694
1,724

Jarak Roda (mm)
2,670
2,738

Kapasiti But (liter)
512
600

Exterior

Reka bentuk luaran Haval H6 ini boleh dikatakan tidaklah begitu extra, namun sifat kemewahan yang dibawa oleh model ini masih dapat dirasakan seperti gril hadapan yang besar dan kemas, lampu utama LED yang garang, lampu brek belakang LED yang bersambung, sunroof serta dipasangkan rim aloi 19 inci.

Sementara itu, Proton X70 MC1 yang baru dilancarkan pada tahun ini masih lagi menggunakan rupa bentuk model terdahulu memandangkan ianya hanyalah minor change atau facelift. Untuk perbandingan, Haval H6 telah memasuki generasi ke-3 pada 2020, menjadikannya beberapa tahun lebih maju daripada model asas Geely yang digunakan sebagai Proton X70 di Malaysia ketika ini. Ini membuatkan rupa kereta ini sedikit rare dan lebih menarik perhatian.

Interior

Ruang dalaman H6 2021 yang serba mewah dilengkapkan dengan warna dwi tona, hitam dan silver sambil menerima kemasan berwarna Rose Gold. Selain itu, kabinnya turut mempunyai:

Panel instrumen digital 10.25 inci
Sistem infotainment bersaiz 12.3 inci
Head Up Display
Penukar gear elektronik
Sistem pengecas tanpa wayar
Pendingin hawa automatik dengan filter N95
Pendingin hawa untuk penumpang belakang.

Sementara itu, Proton X70 MC1 masih lagi mengekalkan interior yang sama seperti sebelumnya. Bezanya cuma kali ini, bumbung dalamnya diwarnakan hitam dan masih tiada sambungan pintar Apple CarPlay mahupun Android Auto terdapat pada paparan infotainment bersaiz 8 inci. Terdapat kemudahan arahan suara Hi Proton yang membolehkan pemandu mengawal tingkap, suhu dan infotaiment.

Anda turut boleh menggunakan kawalan suara untuk bercakap dengan kereta pada Haval H6 seperti mengawal sunroof, tingkap, radio, dan pendingin hawa. Bolehlah bersaing dengan teknologi ‘Hi Proton’.

Ciri Keselamatan

Untuk pasaran Thailand, Haval H6 menawarkan sistem Life+ yang meliputi:

Kamera 360 darjah
Bantuan parkir automatik
Automatic Reverse Assist (ARA)
Adaptive Cruise Control
AEB dengan pengesanan pejalan kaki, basikal dan trafik, peninjau titik buta, pengesanan papan tanda trafik dan keupayaan pemanduan autonomous Tahap 2
Teknologi Wisdom Dodge System (WDS) yang akan mengalihkan kenderaan ke tepi lorong ketika memotong kenderaan besar, sebelum kembali ketengah selepas memotong

Untuk perbandingan, Proton X70 pula hadir dengan ciri keselamatan terkini seperti:

AEB
Forward Collision Warning (FCW)
Adaptive Cruise Control
Lane Departure warning (LDW)
Blind Spot Monitor
Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
Kamera 360 darjah

Harga

Dari segi harga, jika Haval H6 dapat dijual pada harga yang kompetitif dan tidak terlalu mahal, ia berkemungkinan bakal menjadi penentu utama penerimaan kereta itu di Malaysia. Proton X50 dan Proton X70 meraih kedudukan sebagai raja SUV segmen-B dan segmen-C kerana faktor harganya yang lebih mampu milik berbanding pencabarnya.

Ketika ini harga bagi Haval H6 masih belum didedahkan, namun jika ia berada tidak jauh dengan harga Proton X70 yang bernilai RM128,800 bagi varian tertinggi, kedudukan Proton X70 sebagai peneraju SUV segmen-C mungkin bakal tergugat.

Servis Selepas Jualan

Menurut GWM, mereka mempunyai perancangan untuk mengutamakan pembangunan rangkaian operasi demi menghasilkan pengalaman pelanggan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Penekanan akan diberi pada bahagian selepas jualan, dengan langkah yang akan diambil termasuk mewujudkan gudang alat ganti di Lembah Klang. Jenama ini juga akan memperkenalkan pusat talian servis pelanggan yang beroperasi sepanjang masa, dan disokong dengan pasukan servis teknikal.

Untuk Proton X70, servis selepas jualannya mungkin tidaklah sehebat kereta lain, namun menurut Proton isu itu sedang diselesaikan. Jika Haval H6 berjaya menjual kereta dengan harga yang kompetitif dan mengelak isu kekurangan alat ganti seperti yang dialami oleh Proton, ada peluang untuk Haval H6 menjadi raja SUV segmen-C.

Kesimpulan

Jika GWM memperkenalkan Haval H6 sebagai pilihan yang lebih baik dari segi kuasa, ciri dan nilai, tidak dinafikan bahawa X70 akan mempunyai lawan yang cukup kental untuk ditandingi. Perkara yang paling membimbangkan bagi Proton ialah kekurangan dari segi prestasi enjinnya memandangkan X70 mahupun rakan pasaran luar negara (Boyue, Azkarra, Emgrand X7 Sport) tidak mempunyai sebarang bentuk elektrifikasi dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language