September 27, 2022
Kajian Universiti Stanford di California meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga tertinggi di dunia yang paling kurang dan malas untuk berjalan kaki dalam aktiviti seharian. Betul ke? Sebelum anda menyerang media sosial universiti terbabit dengan tentera bawang tempatan, keputusan kajian tersebut diambil berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberi gambaran keseluruhan tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia. *Kredit foto: Kosmo Rakyat Malaysia Malas Jalan Kaki? Kajian itu mendapati secara purata, rakyat Malaysia hanya melakukan sebanyak 3,963 langkah sehari berbanding sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari bagi setiap individu seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Sementara itu, negara jiran Indonesia pula dinobatkan sebagai juara paling malas berjalan kaki di dunia apabila hanya mencatatkan jumlah purata sekitar 3,513 langkah sehari. Perbezaan langkah secara purata pun tak jauh beza dengan Malaysia. Apa yang menyebabkan rakyat Malaysia malas berjalan kaki? Malas Atau Tak Selamat? Tidak adil sekiranya kita gelar rakyat negara ini malas. Jika kita lihat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, jalan raya yang dibina memang mengutamakan penggunaan kereta. Nak jalan kaki pun seram jika perlu berjalan di tepi jalan besar tanpa sebarang laluan khas pejalan kaki. Kalau ada laluan pejalan kaki sekalipun, mesti akan disalahgunakan oleh gerai peniaga atau digunakan sebagai tempat letak kenderaan.  Terpaksalah tempah e-hailing. *Kredit foto: Twitter Selain itu, aktiviti berjalan kaki sering dikaitkan dengan penggunaan pengangkutan awam. Jika rakyat Malaysia perlu bazirkan lebih masa untuk bersesak-sesak menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, lebih baik mereka naik kereta dan hadap sahaja trafik sesak. Sekurang-kurangnya ia jauh lebih selesa. KL Free Car Morning KL Car-Free Morning ialah inisiatif hijau untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di Kuala Lumpur melalui aktiviti sukan rekreasi, seni dan kebudayaan. Acara ini diadakan setiap Ahad setiap bulan dari 7 pagi hingga 9 pagi dengan menutup sebahagian jalan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur untuk rakyat Malaysia berbasikal, berlari, bermain papan selaju, berkasut roda dan hanya berjalan kaki. Ia bermula dari Dataran DBKL (berhampiran Dataran Merdeka) dan membawa peserta melalui kira-kira 7 atau 5 kilometer di jalan-jalan utama di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. Kalau nak sertai aktiviti ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai peserta di laman web https://klcarfreemorning.my/ Jom jalan kaki!

Kajian Universiti Stanford di California meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga tertinggi di dunia yang paling kurang dan malas untuk berjalan kaki dalam aktiviti seharian. Betul ke?

Sebelum anda menyerang media sosial universiti terbabit dengan tentera bawang tempatan, keputusan kajian tersebut diambil berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberi gambaran keseluruhan tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia.

*Kredit foto: Kosmo

Rakyat Malaysia Malas Jalan Kaki?

Kajian itu mendapati secara purata, rakyat Malaysia hanya melakukan sebanyak 3,963 langkah sehari berbanding sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari bagi setiap individu seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Sementara itu, negara jiran Indonesia pula dinobatkan sebagai juara paling malas berjalan kaki di dunia apabila hanya mencatatkan jumlah purata sekitar 3,513 langkah sehari. Perbezaan langkah secara purata pun tak jauh beza dengan Malaysia. Apa yang menyebabkan rakyat Malaysia malas berjalan kaki?

Malas Atau Tak Selamat?

Tidak adil sekiranya kita gelar rakyat negara ini malas. Jika kita lihat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, jalan raya yang dibina memang mengutamakan penggunaan kereta. Nak jalan kaki pun seram jika perlu berjalan di tepi jalan besar tanpa sebarang laluan khas pejalan kaki. Kalau ada laluan pejalan kaki sekalipun, mesti akan disalahgunakan oleh gerai peniaga atau digunakan sebagai tempat letak kenderaan.  Terpaksalah tempah e-hailing.

*Kredit foto: Twitter

Selain itu, aktiviti berjalan kaki sering dikaitkan dengan penggunaan pengangkutan awam. Jika rakyat Malaysia perlu bazirkan lebih masa untuk bersesak-sesak menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, lebih baik mereka naik kereta dan hadap sahaja trafik sesak. Sekurang-kurangnya ia jauh lebih selesa.

KL Free Car Morning

KL Car-Free Morning ialah inisiatif hijau untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di Kuala Lumpur melalui aktiviti sukan rekreasi, seni dan kebudayaan.

Acara ini diadakan setiap Ahad setiap bulan dari 7 pagi hingga 9 pagi dengan menutup sebahagian jalan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur untuk rakyat Malaysia berbasikal, berlari, bermain papan selaju, berkasut roda dan hanya berjalan kaki.

Ia bermula dari Dataran DBKL (berhampiran Dataran Merdeka) dan membawa peserta melalui kira-kira 7 atau 5 kilometer di jalan-jalan utama di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. Kalau nak sertai aktiviti ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai peserta di laman web https://klcarfreemorning.my/

Jom jalan kaki!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language