December 1, 2022
Renault dan Geely telah bersetuju untuk melancarkan usaha sama baharu yang akan membekalkan enjin petrol dan teknologi hibrid kepada jenama yang mereka miliki serta kepada pembuat kereta lain. Walaupun tidak jelas sama ada usaha niaga itu selangkah menghampiri kerjasama lebih erat terhadap kereta petrol antara kedua-dua syarikat atau tidak, ia menandakan langkah kritikal dalam penstrukturan semula kompleks pembuat kereta Perancis itu. Selain berusaha untuk membina perniagaan pembakaran dalamannya, Renault telah berbincang untuk merombak pakatannya dengan Nissan Motor Co dan meyakinkan rakan kongsi Jepunnya untuk melabur dalam unit elektrik baharunya. Skala baik pulih Renault ini merangkumi perniagaan enjin petrol yang diberi nama kod "Horse" dan kod elektrik yang diberi nama "Ampere" memandangkan Eropah telah mengharamkan enjin pembakaran dalaman mulai 2035. Usaha sama Renault dengan Geely ini menyaksikan sebanyak 19,000 peluang pekerjaan dibuka di 17 kilang enjin dan tiga hab penyelidikan dan pembangunan. kerjasama ini dijangka mencapai persetujuan akhir dan sebuah syarikat baharu akan dilancarkan pada 2023. Berdasarkan laporan Reuters, syarikat baharu itu akan berpangkalan di London di mana Renault dan Geely masing-masing akan memegang 50% pegangan saham. Syarikat baharu itu dikatakan bakal membekalkan enjin petrol dan hibrid kepada jenama yang dimiliki atau dikaitkan dengan Renault dan Geely termasuk Nissan, Mitsubishi, Volvo Cars, Renault, Dacia, Geely Auto, Lynk & Co. dan Proton. Bagi Geely, perjanjian itu selaras dengan rancangan Geely untuk memperluaskan rakan kongsi untuk terus berkembang melangkaui China. Geely juga memiliki Volvo Cars dan mempunyai 9.7% pegangan dalam Daimler AG. Nissan telah membangkitkan kebimbangan kepada Renault mengenai penggunaan harta intelek, termasuk bateri dan teknologi powertrain. Namun, hasil perbincangan Renault bersama Nissan masih menjadi tanda tanya. Menurut Nissan, mereka sedang mempertimbangkan pelaburan dalam usaha niaga Ampere. Banyak Pengeluar kereta global telah membentuk usaha sama sepanjang dekad yang lalu untuk berkongsi kos pembangunan berbilion dolar bagi kenderaan elektrik dan enjin petrol yang lebih cekap. Menurut Eric Li, pengerusi Geely Holding Group, perjanjian Renault-Geely akan menyaksikan pembinaan sebuah peneraju global dalam teknologi hibrid bagi menyediakan penyelesaian termaju dan cekap untuk pembuat kereta di seluruh dunia.

Renault dan Geely telah bersetuju untuk melancarkan usaha sama baharu yang akan membekalkan enjin petrol dan teknologi hibrid kepada jenama yang mereka miliki serta kepada pembuat kereta lain.

Walaupun tidak jelas sama ada usaha niaga itu selangkah menghampiri kerjasama lebih erat terhadap kereta petrol antara kedua-dua syarikat atau tidak, ia menandakan langkah kritikal dalam penstrukturan semula kompleks pembuat kereta Perancis itu.

Selain berusaha untuk membina perniagaan pembakaran dalamannya, Renault telah berbincang untuk merombak pakatannya dengan Nissan Motor Co dan meyakinkan rakan kongsi Jepunnya untuk melabur dalam unit elektrik baharunya.

Skala baik pulih Renault ini merangkumi perniagaan enjin petrol yang diberi nama kod “Horse” dan kod elektrik yang diberi nama “Ampere” memandangkan Eropah telah mengharamkan enjin pembakaran dalaman mulai 2035.

Usaha sama Renault dengan Geely ini menyaksikan sebanyak 19,000 peluang pekerjaan dibuka di 17 kilang enjin dan tiga hab penyelidikan dan pembangunan. kerjasama ini dijangka mencapai persetujuan akhir dan sebuah syarikat baharu akan dilancarkan pada 2023.

Berdasarkan laporan Reuters, syarikat baharu itu akan berpangkalan di London di mana Renault dan Geely masing-masing akan memegang 50% pegangan saham.

Syarikat baharu itu dikatakan bakal membekalkan enjin petrol dan hibrid kepada jenama yang dimiliki atau dikaitkan dengan Renault dan Geely termasuk Nissan, Mitsubishi, Volvo Cars, Renault, Dacia, Geely Auto, Lynk & Co. dan Proton.

Bagi Geely, perjanjian itu selaras dengan rancangan Geely untuk memperluaskan rakan kongsi untuk terus berkembang melangkaui China. Geely juga memiliki Volvo Cars dan mempunyai 9.7% pegangan dalam Daimler AG.

Nissan telah membangkitkan kebimbangan kepada Renault mengenai penggunaan harta intelek, termasuk bateri dan teknologi powertrain. Namun, hasil perbincangan Renault bersama Nissan masih menjadi tanda tanya. Menurut Nissan, mereka sedang mempertimbangkan pelaburan dalam usaha niaga Ampere.

Banyak Pengeluar kereta global telah membentuk usaha sama sepanjang dekad yang lalu untuk berkongsi kos pembangunan berbilion dolar bagi kenderaan elektrik dan enjin petrol yang lebih cekap.

Menurut Eric Li, pengerusi Geely Holding Group, perjanjian Renault-Geely akan menyaksikan pembinaan sebuah peneraju global dalam teknologi hibrid bagi menyediakan penyelesaian termaju dan cekap untuk pembuat kereta di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language