August 13, 2022
GAC GS3 adalah sebuah SUV segmen-B keluaran GAC Motor dari China yang dibawa masuk sebagai pesaing Proton X50 yang lebih memberi ketenangan minda kepada pemilik. SUV ini telah dibawa masuk oleh Angka-Tan Motor untuk dipasarkan di pasaran Malaysia. Ada dua varian ditawarkan, standard dan premium namun varian yang telah diuji adalah varian tertinggi iaitu premium. Persoalannya, kereta buatan China ini bagus dan boleh percaya ke? FAQ: Kereta China Ni Bagus Ke? Untuk menjawab persoalan ini, lihat sahaja pada kemajuan teknologi serta kuasa yang dihasilkan oleh model terkini Proton yang diasaskan daripada model Geely seperti Proton X70 dan Proton X50. Meskipun majoriti di Malaysia lebih mengenali Geely (kerana Proton) berbanding GAC Motor, namun GAC Motor telah diangkat sebagai No. 1 dalam China IQS (initial Quality Study) selama 8 tahun berturut-turut dan tercalon dalam Fortune Global 500. Info Penting GAC GS3 GS3 merupakan kereta pemanduan sebelah kanan (RHD) pertama GAC untuk memasuki pasaran antarabangsa GS3 sekarang diimport sepenuhnya (CBU) dari China, namun GAC ada perancangan untuk menawarkan versi CKD tidak lama lagi, mungkin tahun hadapan GS3 di pasaran Malaysia nampak sama seperti GAC Trumpchi GS3 facelift di China, namun ada 130 perubahan perincian pada kereta yang sama ini berbanding versi pemanduan sebelah kiri yang asal seperti: kedudukan stereng dan pedal mekanisme penukar gear mekanisme parkir sistem brek dan stereng ciri ESP SUV juga telah dilaras semula tapak gearnya telah dioptimakan untuk pemanduan sebelah kanan. sistem infotainmen kereta ini juga telah dinaik taraf, membenarkan sambungan kepada telefon bimbit yang lebih lancar dan pantas pelbagai sistem amaran keselamatan elektronik serta ukuran kelengkapan telah dilaras semula untuk mematuhi peraturan serta undang-undang tempatan. Pemanduan Sebelum memandu, terasa seakan-akan kereta ini dilengkapi dengan sistem Start/Stop automatik seperti yang terdapat pada model Perodua ekoran bunyi enjinnya yang tidak begitu kedengaran ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan oleh penyerap bunyi yang disediakan di bahagian enjin. Namun ketika memecut, bunyi ngauman enjin tetap kedengaran. Jenis Enjin: 1.5L NA, 4-silinder Kuasa: 113 PS Tork: 150 Nm Transmisi: 6-kelajuan automatik Aisin Suspensi: MacPherson Independent (hadapan) / Torsion Beam (belakang) Penggunaan Bahan Api: 6.9L/100km Output yang dihasilkan oleh enjin kereta ini tidaklah setanding dengan output Proton X50 yang menghasilkan 177 PS dan 255 Nm, namun output yang ada ini sudah cukup untuk digunakan bagi pemanduan harian, tambah-tambah di kawasan Lembah Klang yang sering sesak ditambah dengan permukaan jalan yang kurang memuaskan. Ini kerana SUV mempunyai jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi berbanding kereta seperti sedan atau hatchback. Ditambah pula dengan sistem suspension kereta ini yang tidak begitu keras membuatkan setiap bonggol jalan dilalui dengan mudah. Ini memberikan lebih elemen keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Output enjinnya terasa sedikit kurang di mana pemandu perlu memastikan ada ruang yang mencukupi sebelum menekan pedal minyak sehabisnya untuk memotong kenderaan lain. Walau bagaimanapun, kereta ini boleh sahaja bergerak selesa dalam kelajuan 120 - 140 km/j, namun apabila brek ditekan dan momentum tersebut dah hilang, pemandu perlu memaksa semula kereta untuk bekerja lebih sebelum mencecah kelajuan seperti itu semula. Namun proses ini tidaklah begitu sukar sekiranya gear kereta diletakkan pada gear S (Sport) yang membuatkan pedal minyak sedikit responsif berbanding di gear D. Ada juga pilihan manual, di mana anda perlu menukar gear pada tuil gear sahaja memandangkan tiada paddle shifters diberikan pada kereta. Selain gear Sport, anda juga boleh mengubah tetapan stereng mengikut 3 pilihan mod iaitu Comfort, Normal dan Sport. Antara ketiga-tiga mod ini, mod Sport adalah pilihan terbaik memandangkan stereng akan menjadi sedikit berat untuk memberikan kawalan stereng yang lebih realistik. Bagi saya, mod stereng Comfort dan Normal terasa terlalu ringan. Interior Bahagian dalamannya menampilkan kabin serba hitam dan papan pemukanya bertemakan floating horizontal dashboard. Rekaannya tidaklah terlalu futuristik, namun ia juga tidaklah teruk. Pemandu menerima kerusi dengan 6 gaya pelarasan, namun ia bukanlah power seat. Paparan infotainmen bersaiz 8 inci turut tersedia sambungan pintar Apple CarPlay dan Mirror Link (bagi Android). Selain itu kereta ini turut dilengkapi dengan meter analog dengan skrin MID bersaiz 3.5 inci, penghawa dingin dengan penapis udara, butang Push Start dan Sliding Star View Sunroof. Exterior Rupa luaran kereta ini agak menarik sebenarnya memandangkan ia jarang sekali dilihat di atas jalan raya di Malaysia. Ia menggunakan rekaan Dynamic Styling terkini GAC Motor yang menampilkan: Gril hadapan jenis Flying Dynamic Wing 3.0  Rekaan floating roof  Lampu belakang LED Foldable side mirror dengan lampu signal LED Rim aluminium aloi 17-inci Lampu hadapan jenis projektor Dimensi kereta Panjang: 4,358 mm Lebar: 1,825 mm Tinggi: 1,685 mm Jarak Roda: 2,560 mm Berat: 1,350 kg Kapasiti But: 356 liter Dari segi saiz, GS3 ini 28mm lebih panjang dan 25mm lebih lebar berbanding X50, namun jarak antara rodanya lebih pendek sebanyak 40mm. Kapasiti but belakangnya pula boleh mencecah 780 liter apabila barisan kerusi belakang diturunkan (60:40). Ciri Keselamatan Tiada sebarang ciri keselamatan aktif terdapat pada kereta ini seperti amaran pra pelanggaran mahupun brek kecemasan autonomi yang ada pada varian tertinggi Proton X50. Namun kereta ini diberikan pengesan sudut titik buta, kamera undur serta sensor parkir. Berikut adalah ciri keselamatan lain pada kereta ini: 6 airbags ABS EBD ESP Hydraulic Brake Assist Hill Start Hold Control Hill Descend Control ESS ISOFIX Engine immobilizer Harga (waiting for GAC) Varian premium GS3 dijual pada RM96,800 manakala varian stardard dijual pada harga RM88,800. Harga yang disebutkan ini adalah harga OTR tanpa insurans serta dengan pengecualian cukai SST yang telah berakhir pada 30 Jun lalu. Kami masih menunggu harga rasmi baharu untuk model ini yang masih belum dikeluarkan.    Untuk perbandingan, Proton X50 Flagship dijual pada harga RM103,300 . Ada perbezaan sebanyak RM6,500 antara kedua-dua model ini yang diterjemahkan melalui perbezaan teknologi dan prestasi enjin kedua-dua model ini. Namun jika dibandingkan dengan X50 varian Premium yang berharga RM93,200, ciri keselamatannya dengan GS3 tidaklah jauh berbeza. Kesimpulan Dari segi kuasa enjin dan teknologi, GS3 ini memang tewas kepada X50. Tapi dari segi ketenangan minda, GS3 dilihat sebagai pilihan yang lebih baik, tambah tambah jika anda mahu gunakan SUV ini sebagai kenderaan harian kerana: Tidak perlu tempoh menunggu yang lama untuk mendapatkan kereta seperti Proton X50 Tiada masalah alat ganti dan servis selepas jualan buat masa ini kerana permintaan bagi kereta ini tidaklah setinggi Proton X50. Alat ganti GS3 boleh didapati di mana-mana pusat servis Nissan. Jika anda mahukan SUV segmen B seperti X50 tapi tak sanggup nak terlibat dalam pelbagai isu selepas pembelian, GAC GS3 mungkin SUV yang anda cari. Kalau berminat, kunjungi pusat pameran GAC Motor dan pandu uji GS3 sekarang.

GAC GS3 adalah sebuah SUV segmen-B keluaran GAC Motor dari China yang dibawa masuk sebagai pesaing Proton X50 yang lebih memberi ketenangan minda kepada pemilik.

SUV ini telah dibawa masuk oleh Angka-Tan Motor untuk dipasarkan di pasaran Malaysia. Ada dua varian ditawarkan, standard dan premium namun varian yang telah diuji adalah varian tertinggi iaitu premium. Persoalannya, kereta buatan China ini bagus dan boleh percaya ke?

FAQ: Kereta China Ni Bagus Ke?

Untuk menjawab persoalan ini, lihat sahaja pada kemajuan teknologi serta kuasa yang dihasilkan oleh model terkini Proton yang diasaskan daripada model Geely seperti Proton X70 dan Proton X50. Meskipun majoriti di Malaysia lebih mengenali Geely (kerana Proton) berbanding GAC Motor, namun GAC Motor telah diangkat sebagai No. 1 dalam China IQS (initial Quality Study) selama 8 tahun berturut-turut dan tercalon dalam Fortune Global 500.

Info Penting GAC GS3

GS3 merupakan kereta pemanduan sebelah kanan (RHD) pertama GAC untuk memasuki pasaran antarabangsa
GS3 sekarang diimport sepenuhnya (CBU) dari China, namun GAC ada perancangan untuk menawarkan versi CKD tidak lama lagi, mungkin tahun hadapan

GS3 di pasaran Malaysia nampak sama seperti GAC Trumpchi GS3 facelift di China, namun ada 130 perubahan perincian pada kereta yang sama ini berbanding versi pemanduan sebelah kiri yang asal seperti:

kedudukan stereng dan pedal
mekanisme penukar gear
mekanisme parkir
sistem brek dan stereng
ciri ESP SUV juga telah dilaras semula
tapak gearnya telah dioptimakan untuk pemanduan sebelah kanan.
sistem infotainmen kereta ini juga telah dinaik taraf, membenarkan sambungan kepada telefon bimbit yang lebih lancar dan pantas
pelbagai sistem amaran keselamatan elektronik serta ukuran kelengkapan telah dilaras semula untuk mematuhi peraturan serta undang-undang tempatan.

Pemanduan

Sebelum memandu, terasa seakan-akan kereta ini dilengkapi dengan sistem Start/Stop automatik seperti yang terdapat pada model Perodua ekoran bunyi enjinnya yang tidak begitu kedengaran ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan oleh penyerap bunyi yang disediakan di bahagian enjin. Namun ketika memecut, bunyi ngauman enjin tetap kedengaran.

Jenis Enjin: 1.5L NA, 4-silinder

Kuasa: 113 PS
Tork: 150 Nm
Transmisi: 6-kelajuan automatik Aisin
Suspensi: MacPherson Independent (hadapan) / Torsion Beam (belakang)
Penggunaan Bahan Api: 6.9L/100km

Output yang dihasilkan oleh enjin kereta ini tidaklah setanding dengan output Proton X50 yang menghasilkan 177 PS dan 255 Nm, namun output yang ada ini sudah cukup untuk digunakan bagi pemanduan harian, tambah-tambah di kawasan Lembah Klang yang sering sesak ditambah dengan permukaan jalan yang kurang memuaskan.

Ini kerana SUV mempunyai jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi berbanding kereta seperti sedan atau hatchback. Ditambah pula dengan sistem suspension kereta ini yang tidak begitu keras membuatkan setiap bonggol jalan dilalui dengan mudah. Ini memberikan lebih elemen keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

Output enjinnya terasa sedikit kurang di mana pemandu perlu memastikan ada ruang yang mencukupi sebelum menekan pedal minyak sehabisnya untuk memotong kenderaan lain. Walau bagaimanapun, kereta ini boleh sahaja bergerak selesa dalam kelajuan 120 – 140 km/j, namun apabila brek ditekan dan momentum tersebut dah hilang, pemandu perlu memaksa semula kereta untuk bekerja lebih sebelum mencecah kelajuan seperti itu semula.

Namun proses ini tidaklah begitu sukar sekiranya gear kereta diletakkan pada gear S (Sport) yang membuatkan pedal minyak sedikit responsif berbanding di gear D. Ada juga pilihan manual, di mana anda perlu menukar gear pada tuil gear sahaja memandangkan tiada paddle shifters diberikan pada kereta.

Selain gear Sport, anda juga boleh mengubah tetapan stereng mengikut 3 pilihan mod iaitu Comfort, Normal dan Sport. Antara ketiga-tiga mod ini, mod Sport adalah pilihan terbaik memandangkan stereng akan menjadi sedikit berat untuk memberikan kawalan stereng yang lebih realistik. Bagi saya, mod stereng Comfort dan Normal terasa terlalu ringan.

Interior

Bahagian dalamannya menampilkan kabin serba hitam dan papan pemukanya bertemakan floating horizontal dashboard. Rekaannya tidaklah terlalu futuristik, namun ia juga tidaklah teruk. Pemandu menerima kerusi dengan 6 gaya pelarasan, namun ia bukanlah power seat.

Paparan infotainmen bersaiz 8 inci turut tersedia sambungan pintar Apple CarPlay dan Mirror Link (bagi Android). Selain itu kereta ini turut dilengkapi dengan meter analog dengan skrin MID bersaiz 3.5 inci, penghawa dingin dengan penapis udara, butang Push Start dan Sliding Star View Sunroof.

Exterior

Rupa luaran kereta ini agak menarik sebenarnya memandangkan ia jarang sekali dilihat di atas jalan raya di Malaysia. Ia menggunakan rekaan Dynamic Styling terkini GAC Motor yang menampilkan:

Gril hadapan jenis Flying Dynamic Wing 3.0 
Rekaan floating roof 
Lampu belakang LED
Foldable side mirror dengan lampu signal LED
Rim aluminium aloi 17-inci
Lampu hadapan jenis projektor

Dimensi kereta

Panjang: 4,358 mm
Lebar: 1,825 mm
Tinggi: 1,685 mm
Jarak Roda: 2,560 mm
Berat: 1,350 kg
Kapasiti But: 356 liter

Dari segi saiz, GS3 ini 28mm lebih panjang dan 25mm lebih lebar berbanding X50, namun jarak antara rodanya lebih pendek sebanyak 40mm. Kapasiti but belakangnya pula boleh mencecah 780 liter apabila barisan kerusi belakang diturunkan (60:40).

Ciri Keselamatan

Tiada sebarang ciri keselamatan aktif terdapat pada kereta ini seperti amaran pra pelanggaran mahupun brek kecemasan autonomi yang ada pada varian tertinggi Proton X50. Namun kereta ini diberikan pengesan sudut titik buta, kamera undur serta sensor parkir. Berikut adalah ciri keselamatan lain pada kereta ini:

6 airbags
ABS
EBD
ESP
Hydraulic Brake Assist
Hill Start Hold Control
Hill Descend Control
ESS
ISOFIX
Engine immobilizer

Harga (waiting for GAC)

Varian premium GS3 dijual pada RM96,800 manakala varian stardard dijual pada harga RM88,800. Harga yang disebutkan ini adalah harga OTR tanpa insurans serta dengan pengecualian cukai SST yang telah berakhir pada 30 Jun lalu. Kami masih menunggu harga rasmi baharu untuk model ini yang masih belum dikeluarkan.   

Untuk perbandingan, Proton X50 Flagship dijual pada harga RM103,300 . Ada perbezaan sebanyak RM6,500 antara kedua-dua model ini yang diterjemahkan melalui perbezaan teknologi dan prestasi enjin kedua-dua model ini. Namun jika dibandingkan dengan X50 varian Premium yang berharga RM93,200, ciri keselamatannya dengan GS3 tidaklah jauh berbeza.

Kesimpulan

Dari segi kuasa enjin dan teknologi, GS3 ini memang tewas kepada X50. Tapi dari segi ketenangan minda, GS3 dilihat sebagai pilihan yang lebih baik, tambah tambah jika anda mahu gunakan SUV ini sebagai kenderaan harian kerana:

Tidak perlu tempoh menunggu yang lama untuk mendapatkan kereta seperti Proton X50
Tiada masalah alat ganti dan servis selepas jualan buat masa ini kerana permintaan bagi kereta ini tidaklah setinggi Proton X50. Alat ganti GS3 boleh didapati di mana-mana pusat servis Nissan.

Jika anda mahukan SUV segmen B seperti X50 tapi tak sanggup nak terlibat dalam pelbagai isu selepas pembelian, GAC GS3 mungkin SUV yang anda cari. Kalau berminat, kunjungi pusat pameran GAC Motor dan pandu uji GS3 sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language