November 29, 2022
Selain tersepak bucu almari serta lebihan kulit yang tersekat di zip seluar, Toyota GR Yaris 2021 juga mampu untuk membuat (sesetengah) lelaki menangis! Tapi bukanlah tangisan penyesalan atau kesakitan, namun lebih kepada tangisan kegembiraan yang tak boleh nak diungkapkan sepenuhnya melalui kata-kata sahaja. Mungkin penulis sahaja yang merasa sebegitu, tapi nampaknya penulis tidak keseorangkan kerana GR Yaris ini telah terjual di Malaysia ibarat pisang goreng panas meskipun harga jualannya menghampiri RM300,000. GR Yaris Menjadi Kegilaan Dunia Kegilaan terhadap GR Yaris ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut berlaku di seluruh dunia. Sebabnya, model ini hanya dihasilkan sebanyak 25,000 unit sahaja untuk seluruh dunia dan pasaran negara ini hanya menerima sekitar 200 unit sahaja. Selain unitnya yang terhad, kereta ini turut dihasilkan dengan bantuan juara dunia kejohanan rali WRC selama 4 kali, Tommi Makinen yang juga merupakan principal bagi pasukan Toyota Gazoo Racing. Walaupun semua kereta produksi boleh diubah menjadi kereta rali, tapi beliau mahukan asas kereta yang sedia padu dengan sistem AWD sedia ada bersama rekaan badan serba aerodinamik untuk bersaing di kejohanan rali kerana banyak pasukan rali lain menggunakan asas hatchback segmen B serta pacuan roda hadapan (FWD). Pengalaman Memandu GR Yaris Hot hatch ini dibekalkan dengan enjin 1.6 liter 3 silinder yang sama digunakan pada pasaran Eropah yang memberi output sebanyak 261 PS dan 360 Nm tork maksimum. Setiap tujahan pada pedal minyak memberikan anda daya G yang kuat setanding dengan output tork yang tinggi beserta badan kereta yang ringan. Walau bagaimanapun, tempat duduk semi bucket balutan Alcantara yang digunakan pada kereta ini amatlah selesa seperti setiap bentuk yang direka pada kerusi itu memberi fungsi memegang pemandu dan memeluk pemandu daripada terkesan dengan daya G. Kemudian perasaan itu ditambah lagi dengan kemerduan bunyi enjin palsu yang disalurkan ke dalam kabin. Dari dalam kabin, enjin berbunyi seperti sebuah kereta sport sebenar. Namun jika bunyi yang sama didengari dari luar, ia seakan bunyi kentut sahaja. Walaupun ciri ini merupakan perkara yang subjektif, tetapi bagi penulis, sistem ini sedikit sebanyak menambahkan feel memandu tanpa mengganggu jiran tetangga berbanding bunyi enjin yang kuat.   Walaupun jualan kereta manual di Malaysia semakin menurun menyebabkan banyak pengeluar tidak lagi menjualnya bagi model kereta baharu, namun transmisi manual yang ada pada GR Yaris ini menjadi bukti bahawa ini adalah kereta manual yang wajib dimiliki. GR Yaris hanya ditawarkan dengan transmisi manual enam-kelajuan dengan fungsi i-MT yang memberikan bantuan rev matching bagi membuatkan penukaran gear yang lebih lancar untuk mereka yang benar-benar mahukan pengalaman memandu yang menyeronokkan. Ia digandingkan dengan sistem pacuan semua roda GR-Four 4WD yang digunakan sebagai tribute kepada lagenda Celica GT-Four. Dengan ini, pemandu boleh memilih mod pemanduan yang membenarkan pemandu mengawal agihan tork antara tayar hadapan dan tayar belakang menerusi tiga mod pemanduan berbeza seperti: Normal (60-40) Sport (70-30) Track (50-50) Apa yang lebih menarik, kereta ini hadir dengan brek tangan manual yang membolehkan pemandu membuat sendiri aksi handbrake turn dengan mudah, tidak seperti brek parkir elektronik seperti yang ada pada Honda Civic Type R. Ketika brek tangan ditarik, agihan tork pada gandar belakang juga akan dihentikan bagi memudahkan aksi drift dilakukan, dan disambung semula apabila brek diturunkan. Selain itu, kawalan stereng yang sangat baik serta jarak trek tayar belakang yang dilebarkan membuatkan kereta ini menyusuri selekoh tanpa rasa gerun. Tayar terasa seakan-akan melekat di atas jalan membuatkan kereta lebih mudah untuk dikawal dan dikendalikan meskipun dalam kelajuan yang tinggi. Untuk menambah perisa, kedudukan bateri GR Yaris diletakkan di bawah lantai but belakang manakala enjinnya diletakkan 21 mm lebih kebelakang berbanding Yaris standard bagi mendapatkan nisbah berat depan-belakang dan seimbang. Hasilnya, ia memberikan pemanduan menyeluruh yang menyeronokkan. Dengan output yang tinggi dan badan yang ringan, setiap pecutan menggunakan GR Yaris ini terasa ringan dan pecutan 0-100km/j dapat dilakukan dengan pantas, iaitu kira-kira 5.5 saat sahaja dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 230 km/j. Interior Bahagian interiornya kelihatan biasa sahaja tanpa sebarang perincian mewah. Yang paling penting bagi penulis, cukuplah sekiranya kereta tersebut dilengkapi dengan ciri sambungan pintar Apple Carplay dan Android Auto bagi kawalan sistem infotainmen yang lebih lancar dan kereta ini hadir dengan ciri tersebut. Walaupun kereta homologasi WRC ini boleh digunakan sebagai kereta harian, namun anda akan perasan bahawa agak sukar untuk melihat menerusi cermin belakang yang kecil. Ini kerana bumbung belakangnya telah direndahkan sedikit berbanding bumbung asal Yaris versi Eropah. Jadi aktiviti menukar lane serta mengelakkan motosikal ketika trafik sesak akan menjadi lebih mencabar dengan kereta ini. Selain itu, walaupun tempat duduk pemandu kereta ini memberikan perasaan gemuruh yang melampau kepada pemandu, namun ruangan pada tempat duduk belakangnya amat sempit. Bukan itu sahaja, berada di tempat duduk belakang ketika kereta sedang dipandu juga boleh memberikan perasaan yang memualkan kepada penumpang kerana penumpang belakang hanya menerima tingkap kecil dan pandangan hadapan pula terganggu akibat kerusi semi bucket yang besar di hadapan. Exterior GR Yaris menampilkan rupa yang amat agresif yang mampu membuatkan pengguna jalan raya lain menoleh pandangan setiap kali GR Yaris muncul di depan mereka. Hot hatch ini dihasilkan daripada platform TNGA-B yang sama seperti Yaris generasi baharu di pasaran Eropah. Ia langsung tidak sama dengan Toyota Yaris yang dipasarkan di pasaran Malaysia yang lebih kepada Vios hatchback.   Rekaan badannya penuh dengan ciri aerodinamik seperti bumbung gentian karbon yang lebih ringan dan telah direndahkan sebanyak 91 mm berbanding Yaris biasa atas permintaan Tommi Makinen. Setiap lubang-lubang udara pada kereta ini berfungsi sepenuhnya dan bukanlah untuk tujuan kosmetik semata. Sebagai contoh, terdapat dua lubang khas di bahagian bampar hadapan kereta yang berfungsi untuk menyejukkan brek kereta. Manakala gabungan lampu LED yang garang, rekaan bampar serta bentuk kereta yang menarik, tip ekzos berkembar, rim aloi BBS bersaiz 18 inci yang lebih ringan dengan tayar Michelin Pilot Sport 4s membuatkan rupa luaran kereta ini sangat menawan. Walaupun kerangka badan GR Yaris ini lebih kuat, namun ia 38 kg lebih ringan dari Yaris biasa ekoran pelbagai panel logam digantikan dengan material lebih ringan seperti bumbung yang diperbuat daripada gentian karbon (CFRP) dan juga penutup bonet hadapan dan belakang aluminium. Ini membolehkan kereta ini mencapai berat hanya 1,280 kg walaupun dengan sistem 4WD! Ciri Keselamatan Dari segi keselamatan, tak banyak yang boleh dikomen. Yang bagusnya, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif Toyota Safety Sense seperti: Pre-Collision System (PCS) Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) Lane Departure Alert (LDA) Lane Tracing Assist (LTA) Auto High Beam (AHB) Yang kurang bagusnya, kereta ini tidak dilengkapi dengan sistem pemantauan titik buta. Ciri itu amat membantu pemandu untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling ekoran penglihatan yang terhad melalui cermin belakang. Selain itu, ia hadir dengan ciri keselamatan asas seperti: 6 beg udara Cagak ISOFIX Sistem pemantau tekanan tayar Penderia parkir belakang, Sistem kestabilan elektronik (VSC) Traction Control (TRC) Brek ABS, EBD dan BA. Kesimpulannya Bagi mereka yang mahukan kereta berprestasi yang menyeronokkan, GR Yaris mungkin dapat memuaskan kehendak anda. Jika anda lebih mencari hot hatch yang selesa untuk jangka masa panjang, ia mungkin bukan kereta yang sesuai untuk anda. GR Yaris memberikan pengalaman pemanduan yang padu, rupa luaran yang agresif, kawalan pacuan 4 roda yang amat responsif serta membekalkan kelajuan yang memukau di jalan lurus. Walaupun pemanduannya menyeronokkan, namun ia tidaklah begitu selesa terutama jika digunakan sebagai kereta harian atau ketika perjalanan jauh kerana ruangan belakangnya yang sempit, ditambah pula dengan transmisi manual. Ketika pelancarannya di Malaysia, Toyota GR Yaris ini dijual pada harga RM299,000 OTR tanpa insurans. Harga tersebut lebih murah dari jangkaan serta lebih murah berbanding Civic Type R. Yang lebih penting, GR Yaris pasaran Malaysia telah dilengkapi dengan Performance Pack menampilkan spesifikasi berprestasi tinggi seperti di Jepun sebagai standard. Jika anda berpeluang untuk memandu uji Toyota GR Yaris ini di masa hadapan, silalah berbuat demikian untuk betul-betul mendalami dan memahami kelebihan hot hatch Toyota ini dengan lebih terperinci. Silap-silap, ia juga mampu membuatkan air mata jantan anda bertaburan untuk menggambarkan betapa sedapnya kereta ini.

Selain tersepak bucu almari serta lebihan kulit yang tersekat di zip seluar, Toyota GR Yaris 2021 juga mampu untuk membuat (sesetengah) lelaki menangis!

Tapi bukanlah tangisan penyesalan atau kesakitan, namun lebih kepada tangisan kegembiraan yang tak boleh nak diungkapkan sepenuhnya melalui kata-kata sahaja.

Mungkin penulis sahaja yang merasa sebegitu, tapi nampaknya penulis tidak keseorangkan kerana GR Yaris ini telah terjual di Malaysia ibarat pisang goreng panas meskipun harga jualannya menghampiri RM300,000.

GR Yaris Menjadi Kegilaan Dunia

Kegilaan terhadap GR Yaris ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut berlaku di seluruh dunia. Sebabnya, model ini hanya dihasilkan sebanyak 25,000 unit sahaja untuk seluruh dunia dan pasaran negara ini hanya menerima sekitar 200 unit sahaja.

Selain unitnya yang terhad, kereta ini turut dihasilkan dengan bantuan juara dunia kejohanan rali WRC selama 4 kali, Tommi Makinen yang juga merupakan principal bagi pasukan Toyota Gazoo Racing. Walaupun semua kereta produksi boleh diubah menjadi kereta rali, tapi beliau mahukan asas kereta yang sedia padu dengan sistem AWD sedia ada bersama rekaan badan serba aerodinamik untuk bersaing di kejohanan rali kerana banyak pasukan rali lain menggunakan asas hatchback segmen B serta pacuan roda hadapan (FWD).

Pengalaman Memandu GR Yaris

Hot hatch ini dibekalkan dengan enjin 1.6 liter 3 silinder yang sama digunakan pada pasaran Eropah yang memberi output sebanyak 261 PS dan 360 Nm tork maksimum. Setiap tujahan pada pedal minyak memberikan anda daya G yang kuat setanding dengan output tork yang tinggi beserta badan kereta yang ringan.

Walau bagaimanapun, tempat duduk semi bucket balutan Alcantara yang digunakan pada kereta ini amatlah selesa seperti setiap bentuk yang direka pada kerusi itu memberi fungsi memegang pemandu dan memeluk pemandu daripada terkesan dengan daya G.

Kemudian perasaan itu ditambah lagi dengan kemerduan bunyi enjin palsu yang disalurkan ke dalam kabin. Dari dalam kabin, enjin berbunyi seperti sebuah kereta sport sebenar. Namun jika bunyi yang sama didengari dari luar, ia seakan bunyi kentut sahaja. Walaupun ciri ini merupakan perkara yang subjektif, tetapi bagi penulis, sistem ini sedikit sebanyak menambahkan feel memandu tanpa mengganggu jiran tetangga berbanding bunyi enjin yang kuat.  

Walaupun jualan kereta manual di Malaysia semakin menurun menyebabkan banyak pengeluar tidak lagi menjualnya bagi model kereta baharu, namun transmisi manual yang ada pada GR Yaris ini menjadi bukti bahawa ini adalah kereta manual yang wajib dimiliki.

GR Yaris hanya ditawarkan dengan transmisi manual enam-kelajuan dengan fungsi i-MT yang memberikan bantuan rev matching bagi membuatkan penukaran gear yang lebih lancar untuk mereka yang benar-benar mahukan pengalaman memandu yang menyeronokkan.

Ia digandingkan dengan sistem pacuan semua roda GR-Four 4WD yang digunakan sebagai tribute kepada lagenda Celica GT-Four. Dengan ini, pemandu boleh memilih mod pemanduan yang membenarkan pemandu mengawal agihan tork antara tayar hadapan dan tayar belakang menerusi tiga mod pemanduan berbeza seperti:

Normal (60-40)
Sport (70-30)
Track (50-50)

Apa yang lebih menarik, kereta ini hadir dengan brek tangan manual yang membolehkan pemandu membuat sendiri aksi handbrake turn dengan mudah, tidak seperti brek parkir elektronik seperti yang ada pada Honda Civic Type R. Ketika brek tangan ditarik, agihan tork pada gandar belakang juga akan dihentikan bagi memudahkan aksi drift dilakukan, dan disambung semula apabila brek diturunkan.

Selain itu, kawalan stereng yang sangat baik serta jarak trek tayar belakang yang dilebarkan membuatkan kereta ini menyusuri selekoh tanpa rasa gerun. Tayar terasa seakan-akan melekat di atas jalan membuatkan kereta lebih mudah untuk dikawal dan dikendalikan meskipun dalam kelajuan yang tinggi.

Untuk menambah perisa, kedudukan bateri GR Yaris diletakkan di bawah lantai but belakang manakala enjinnya diletakkan 21 mm lebih kebelakang berbanding Yaris standard bagi mendapatkan nisbah berat depan-belakang dan seimbang. Hasilnya, ia memberikan pemanduan menyeluruh yang menyeronokkan.

Dengan output yang tinggi dan badan yang ringan, setiap pecutan menggunakan GR Yaris ini terasa ringan dan pecutan 0-100km/j dapat dilakukan dengan pantas, iaitu kira-kira 5.5 saat sahaja dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 230 km/j.

Interior

Bahagian interiornya kelihatan biasa sahaja tanpa sebarang perincian mewah. Yang paling penting bagi penulis, cukuplah sekiranya kereta tersebut dilengkapi dengan ciri sambungan pintar Apple Carplay dan Android Auto bagi kawalan sistem infotainmen yang lebih lancar dan kereta ini hadir dengan ciri tersebut.

Walaupun kereta homologasi WRC ini boleh digunakan sebagai kereta harian, namun anda akan perasan bahawa agak sukar untuk melihat menerusi cermin belakang yang kecil. Ini kerana bumbung belakangnya telah direndahkan sedikit berbanding bumbung asal Yaris versi Eropah. Jadi aktiviti menukar lane serta mengelakkan motosikal ketika trafik sesak akan menjadi lebih mencabar dengan kereta ini.

Selain itu, walaupun tempat duduk pemandu kereta ini memberikan perasaan gemuruh yang melampau kepada pemandu, namun ruangan pada tempat duduk belakangnya amat sempit. Bukan itu sahaja, berada di tempat duduk belakang ketika kereta sedang dipandu juga boleh memberikan perasaan yang memualkan kepada penumpang kerana penumpang belakang hanya menerima tingkap kecil dan pandangan hadapan pula terganggu akibat kerusi semi bucket yang besar di hadapan.

Exterior

GR Yaris menampilkan rupa yang amat agresif yang mampu membuatkan pengguna jalan raya lain menoleh pandangan setiap kali GR Yaris muncul di depan mereka. Hot hatch ini dihasilkan daripada platform TNGA-B yang sama seperti Yaris generasi baharu di pasaran Eropah. Ia langsung tidak sama dengan Toyota Yaris yang dipasarkan di pasaran Malaysia yang lebih kepada Vios hatchback.  

Rekaan badannya penuh dengan ciri aerodinamik seperti bumbung gentian karbon yang lebih ringan dan telah direndahkan sebanyak 91 mm berbanding Yaris biasa atas permintaan Tommi Makinen. Setiap lubang-lubang udara pada kereta ini berfungsi sepenuhnya dan bukanlah untuk tujuan kosmetik semata.

Sebagai contoh, terdapat dua lubang khas di bahagian bampar hadapan kereta yang berfungsi untuk menyejukkan brek kereta. Manakala gabungan lampu LED yang garang, rekaan bampar serta bentuk kereta yang menarik, tip ekzos berkembar, rim aloi BBS bersaiz 18 inci yang lebih ringan dengan tayar Michelin Pilot Sport 4s membuatkan rupa luaran kereta ini sangat menawan.

Walaupun kerangka badan GR Yaris ini lebih kuat, namun ia 38 kg lebih ringan dari Yaris biasa ekoran pelbagai panel logam digantikan dengan material lebih ringan seperti bumbung yang diperbuat daripada gentian karbon (CFRP) dan juga penutup bonet hadapan dan belakang aluminium. Ini membolehkan kereta ini mencapai berat hanya 1,280 kg walaupun dengan sistem 4WD!

Ciri Keselamatan

Dari segi keselamatan, tak banyak yang boleh dikomen. Yang bagusnya, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif Toyota Safety Sense seperti:

Pre-Collision System (PCS)
Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
Lane Departure Alert (LDA)
Lane Tracing Assist (LTA)
Auto High Beam (AHB)

Yang kurang bagusnya, kereta ini tidak dilengkapi dengan sistem pemantauan titik buta. Ciri itu amat membantu pemandu untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling ekoran penglihatan yang terhad melalui cermin belakang. Selain itu, ia hadir dengan ciri keselamatan asas seperti:

6 beg udara
Cagak ISOFIX
Sistem pemantau tekanan tayar
Penderia parkir belakang,
Sistem kestabilan elektronik (VSC)
Traction Control (TRC)
Brek ABS, EBD dan BA.

Kesimpulannya

Bagi mereka yang mahukan kereta berprestasi yang menyeronokkan, GR Yaris mungkin dapat memuaskan kehendak anda. Jika anda lebih mencari hot hatch yang selesa untuk jangka masa panjang, ia mungkin bukan kereta yang sesuai untuk anda.

GR Yaris memberikan pengalaman pemanduan yang padu, rupa luaran yang agresif, kawalan pacuan 4 roda yang amat responsif serta membekalkan kelajuan yang memukau di jalan lurus. Walaupun pemanduannya menyeronokkan, namun ia tidaklah begitu selesa terutama jika digunakan sebagai kereta harian atau ketika perjalanan jauh kerana ruangan belakangnya yang sempit, ditambah pula dengan transmisi manual.

Ketika pelancarannya di Malaysia, Toyota GR Yaris ini dijual pada harga RM299,000 OTR tanpa insurans. Harga tersebut lebih murah dari jangkaan serta lebih murah berbanding Civic Type R. Yang lebih penting, GR Yaris pasaran Malaysia telah dilengkapi dengan Performance Pack menampilkan spesifikasi berprestasi tinggi seperti di Jepun sebagai standard.

Jika anda berpeluang untuk memandu uji Toyota GR Yaris ini di masa hadapan, silalah berbuat demikian untuk betul-betul mendalami dan memahami kelebihan hot hatch Toyota ini dengan lebih terperinci. Silap-silap, ia juga mampu membuatkan air mata jantan anda bertaburan untuk menggambarkan betapa sedapnya kereta ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language