August 15, 2022
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM10.5 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan segera kerosakan Jalan Persekutuan FT22 di sepanjang laluan Kota Kinabalu-Sandakan yang mengalami kerosakan teruk. Kos RM10.5 juta itu merangkumi: RM5 juta peruntukan segera yang disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah RM5.5 juta lagi menerusi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah *Kredit foto: Oh Sandakanku RM5 Juta Kepada JKR Sabah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata lima lokasi di daerah Telupid memerlukan pembaikan segera melalui peruntukan RM5 juta kepada JKR Sabah seperti: Seksyen 173-174 Seksyen 174-175 Seksyen 175-176 Seksyen 176-177 Seksyen 143-144 Katanya, surat arahan kebenaran belanja sudah dimajukan kepada JKR Sabah pada 22 Jun lalu dan kini kerja fizikal pembaikan termasuk penurapan berkala sudah bermula, dijangka siap dalam tempoh dua bulan sebagai antara langkah jangka pendek mengatasi ketidakselesaan pengguna jalan raya. *Kredit foto: Berita Harian Langkah yang diambil itu adalah susulan lawatan kerja bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan pengurusan atasan KKR sempena FT Roadpedia Negeri Sabah Mei lalu. Susulan lawatan itu, satu pasukan petugas khas yang diketuai Arthur dibentuk bagi mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk mengatasi kesulitan pengguna jalan raya di laluan FT22 dari Sandakan ke Telupid. *Kredit foto: Oh Sandakanku "Mesyuarat pertama diadakan pada 7 Jun lalu. Pasukan khas ini tumpu kepada aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk mencari kaedah penyelesaian bersama," katanya. Menurut Arthur, memandangkan jajaran Jalan Persekutuan FT22 itu sebahagian laluan Projek Lebuhraya Pan Borneo, iaitu dalam Pakej Kerja 28, 29 dan 30, kaedah penyelesaian memerlukan pembabitan pasukan projek lebuh raya berkenaan. "Pasukan itu terdiri daripada JKR Sabah selaku pegawai penguasa projek, pihak perunding dan kontraktor serta syarikat konsesi yang menyelenggara Jalan Persekutuan" katanya. RM5.5 Juta Untuk Pan Borneo Sementara itu, RM5.5 juta diperuntukkan melalui Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi Pakej Kerja 28, 29 dan 30 untuk kerja pembaikan di sepanjang laluan yang terbabit dengan pembinaan lebuh raya itu, bermula dari Batu 32, Sandakan sehingga Sungai Baoto, Telupid. "Kerja sudah bermula awal bulan ini membabitkan lokasi yang kritikal terlebih dahulu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan. Pada masa sama, kerja mengenal pasti laluan berisiko akan terus dibuat oleh JKR Sabah serta perunding dan akan dibentangkan pada mesyuarat pasukan petugas khas secara berperingkat," katanya. Sementara itu, Arthur berkata, bagi penyelesaian jangka sederhana, JKR Sabah akan melaksanakan pemeriksaan terhadap pelan pengurusan trafik di tapak secara berkala untuk memastikan kontraktor Lebuhraya Pan Borneo sentiasa mematuhi aspek keselamatan jalan raya ketika pembinaan. Katanya, JKR Sabah akan menambah papan tanda amaran mengikut kesesuaian lokasi selain bekerjasama secara berterusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pematuhan peraturan jalan raya serta mengkaji had laju sepanjang tempoh pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM10.5 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan segera kerosakan Jalan Persekutuan FT22 di sepanjang laluan Kota Kinabalu-Sandakan yang mengalami kerosakan teruk.

Kos RM10.5 juta itu merangkumi:

RM5 juta peruntukan segera yang disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah
RM5.5 juta lagi menerusi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah

*Kredit foto: Oh Sandakanku

RM5 Juta Kepada JKR Sabah

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata lima lokasi di daerah Telupid memerlukan pembaikan segera melalui peruntukan RM5 juta kepada JKR Sabah seperti:

Seksyen 173-174
Seksyen 174-175
Seksyen 175-176
Seksyen 176-177
Seksyen 143-144

Katanya, surat arahan kebenaran belanja sudah dimajukan kepada JKR Sabah pada 22 Jun lalu dan kini kerja fizikal pembaikan termasuk penurapan berkala sudah bermula, dijangka siap dalam tempoh dua bulan sebagai antara langkah jangka pendek mengatasi ketidakselesaan pengguna jalan raya.

*Kredit foto: Berita Harian

Langkah yang diambil itu adalah susulan lawatan kerja bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan pengurusan atasan KKR sempena FT Roadpedia Negeri Sabah Mei lalu.

Susulan lawatan itu, satu pasukan petugas khas yang diketuai Arthur dibentuk bagi mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk mengatasi kesulitan pengguna jalan raya di laluan FT22 dari Sandakan ke Telupid.

*Kredit foto: Oh Sandakanku

“Mesyuarat pertama diadakan pada 7 Jun lalu. Pasukan khas ini tumpu kepada aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk mencari kaedah penyelesaian bersama,” katanya.

Menurut Arthur, memandangkan jajaran Jalan Persekutuan FT22 itu sebahagian laluan Projek Lebuhraya Pan Borneo, iaitu dalam Pakej Kerja 28, 29 dan 30, kaedah penyelesaian memerlukan pembabitan pasukan projek lebuh raya berkenaan.

“Pasukan itu terdiri daripada JKR Sabah selaku pegawai penguasa projek, pihak perunding dan kontraktor serta syarikat konsesi yang menyelenggara Jalan Persekutuan” katanya.

RM5.5 Juta Untuk Pan Borneo

Sementara itu, RM5.5 juta diperuntukkan melalui Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi Pakej Kerja 28, 29 dan 30 untuk kerja pembaikan di sepanjang laluan yang terbabit dengan pembinaan lebuh raya itu, bermula dari Batu 32, Sandakan sehingga Sungai Baoto, Telupid.

“Kerja sudah bermula awal bulan ini membabitkan lokasi yang kritikal terlebih dahulu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan. Pada masa sama, kerja mengenal pasti laluan berisiko akan terus dibuat oleh JKR Sabah serta perunding dan akan dibentangkan pada mesyuarat pasukan petugas khas secara berperingkat,” katanya.

Sementara itu, Arthur berkata, bagi penyelesaian jangka sederhana, JKR Sabah akan melaksanakan pemeriksaan terhadap pelan pengurusan trafik di tapak secara berkala untuk memastikan kontraktor Lebuhraya Pan Borneo sentiasa mematuhi aspek keselamatan jalan raya ketika pembinaan.

Katanya, JKR Sabah akan menambah papan tanda amaran mengikut kesesuaian lokasi selain bekerjasama secara berterusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pematuhan peraturan jalan raya serta mengkaji had laju sepanjang tempoh pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language