Categories
Auto news

Sambutan Kemerdekaan: Rapid KL Terpaksa Tutup 2 Stesen – Keadaan Terlalu Sesak

Operasi di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Bandaraya untuk Laluan Ampang/Seri Petaling terpaksa ditutup daripada menurun dan mengambil penumpang ketika pagi Sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos yang lalu.

Menerusi kenyataan Rapid KL di dalam Facebook, tindakan itu terpaksa diambil kerana keadaan sekitar stesen terlalu sesak dengan pengunjung yang hadir meraikan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Operasi Stesen Masjid Jamek, Bandaraya Ditutup Sementara

Menurut Rapid KL, operasi di stesen Masjid Jamek telah ditutup sementara atas faktor keselamatan, namun Platform 2 di stesen terbabit masih beroperasi.

Atas faktor keselamatan juga, tren perkhidmatan itu tidak berhenti untuk menurun dan mengambil penumpang di Stesen LRT Bandaraya yang turut sesak dengan pengunjung di laluan sama.

Sehubungan itu, penumpang bagi Laluan Ampang/Sri Petaling/Kajang yang ingin pulang selepas acara di Dataran Merdeka, telah diminta menggunakan stesen altenatif seperti Stesen Plaza Rakyat, Merdeka dan Sultan Ismail bagi mengurangkan kesesakan di Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya.

Stesen Kembali Beroperasi

Di sekitar jam 10 hari yang sama, Rapid KL memaklumkan bahawa Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya untuk Laluan Ampang/Sri Petaling sudah dibuka semula kepada umum. Tambah mereka, orang ramai dinasihatkan mengikut arahan petugas stesen untuk perjalanan lebih lancar.

Berikutan sambutan hari kemerdekaan negara yang berlangsung di Dataran Merdeka 31 Ogos lalu, orang ramai dilihat berasak-asak di Jalan Tun Perak di hadapan stesen LRT berkenaan yang ditutup daripada kenderaan, di kedua-kedua arah.

Sejak awal pagi lagi, keadaan di dalam dan luar stesen Masjid Jamek amat sesak dengan orang ramai yang mahu ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan acara perbarisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language