September 26, 2022
Kesemua kereta-kereta keluaran Proton selepas ini mungkin bakal ditawarkan dengan ciri bantuan pemanduan termaju atau Advance Driver Assistance System (ADAS). Kenyataan tersebut dibuat memandangkan kebanyakan barisan kenderaan Proton sudah berada di penghujung usia dan besar kemungkinan bakal digantikan dengan kenderaan dari Geely. Model Proton Bakal Diganti Proton telah mengesahkan bakal melancarkan Proton X70 MC1 dan Proton Saga MC2 pada bulan Mei ini. Ini menandakan pengakhiran versi facelift bagi Saga generasi ketiga di Malaysia. Begitu juga dengan Proton Exora yang sudah agak berusia yang dikatakan bakal digantikan dengan Proton X90, sebuah SUV 7 tempat duduk dari Geely tidak lama lagi. Selain itu, Proton Persona juga bakal digantikan memandangkan ia sudah berada lebih 5 tahun dipasaran Malaysia. Mengikut garis masa yang dikongsikan oleh Proton, mereka sepatutnya melancarkan sebuah sedan baharu sebagai follow-up untuk Proton X50. Tetapi kerana pandemik, rancangan terbabit terpaksa ditangguhkan. Bagaimana pula dengan Iriz? Sayangnya, Geely tidak mempunyai sebarang model hatchback untuk dlencanakan semula sebagai hatchback baharu Proton di Malaysia Jika dilihat pada katalog kereta Geely, Emgrand 2021 merupakan pengganti Proton Persona yang paling sesuai sebagai sedan segmen-B. Walau bagaimanapun, Emgrand 2021 tidak dilengkapi dengan ADAS juga. Namun dengan menggunakan platform yang sama seperti X50, tidak mustahil ia boleh hadir dengan ciri ADAS kerana ia antara perubahan pada pengganti Persona yang paling diharapkan. Kenapa Tiada ADAS? Proton yang bukan dilencanakan semula dari Geely seperti: Exora Iris Persona Saga tidak dilengkapi dengan ciri sistem bantuan pemanduan termaju atau ADAS. Hanya Proton X70 dan X50 sahaja yang ditawarkan dengan ciri tersebut. Menurut Proton, penambahan ADAS memerlukan jumlah kos melebihi RM2,000 pada satu kereta. Ia juga memerlukan penambahbaikan terhadap seni bina sistem elektrikal dan elektronik, kerana sistem berkenaan perlu berkomunikasi dengan kereta. Jadi ini merupakan pelaburan yang besar. Dengan bajet yang terhad diperuntukan bagi menyegarkan kembali model yang telah berusia seperti Iriz, Persona, Saga dan Exora, Proton terpaksa mengutamakan fungsi-fungsi yang lebih dihargai oleh pengguna tanpa menaikkan kos kereta ini supaya harga jualannya dapat dikekalkan. Adakah ini bermaksud Proton tidak mengutamakan ciri keselamatan dalam kereta buatannya? Tidak juga. Sebaliknya, Proton telah menaik taraf sistem perlindungan ketika kemalangan yang membolehkan model terkini Iriz dan Persona menerima penarafan lima-bintang menerusi ujian ASEAN NCAP protokol 2017-2020 tanpa ADAS. Kerjasaman Proton - Geely Kerjasama Proton dan Geely telah menyaksikan Proton membawa masuk dua SUV yang terhangat yang masih menjadi bualan orang ramai sehingga kini, iaitu X70 dan X50. Kedua-dua model itu hadir dengan ciri ADAS yang merangkumi: Autonomous Emergency Braking (AEB) Forward Collision Warning (FCW) Adaptive Cruise Control (ACC) With Stop & Go Intelligent Cruise Control (ICC) Lane Keep Assist (LKA) Lane Departure Warning (LDW) Blind Spot Information System (BLIS) Intelligent High Beam Control (IHBC) Semua Kereta Proton Akan Ada ADAS Dengan model-model binaan sepenuhnya Proton sudah sampai ke akhir usianya, kemungkinan besar Proton akan membawa masuk lebih banyak model Geely untuk dilencanakan semula di pasaran negara ini. Jika kita lihat pada pada model-model buatan Geely ketika ini, kebanyakannya hadir dengan ciri ADAS dan sistem keselamatan terkini termasuklah Geely Okavango/Haoyue, yang dikatakan bakal dijadikan Proton X90 kelak. Secara logiknya, kemasukan lebih banyak kereta Geely sebagai kereta Proton berkemungkinan akan berlaku kerana ia dilihat lebih menjimatkan kos berbanding Proton perlu membina semula sebuah kereta dari awal hanya demi menawarkan teknologi ADAS kepada pengguna. Myvi Jadi Punca Pesaing Proton, Perodua telah menjadi pengeluar pertama yang menawarkan ciri ADAS Tahap 2 pada kereta yang berharga di bawah RM60,000 (Perodua Myvi 2022). Walaupun ADAS dilihat sebagai ciri tambahan yang memerlukan penambahan pada kos kereta, namun Perodua berjaya memasukkan sistem termaju (ASA 3.0) yang diperkenalkan pada Ativa, pada versi terkini Perodua Myvi. Kejayaan Perodua itu dilihat sebagai satu tamparan hebat buat pengeluar lain yang menjual kereta berharga atas RM60,000 tanpa ciri ADAS. Walaupun ciri ini hanyalah tambahan dan mungkin tidaklah begitu diperlukan pada mulanya, namun kini sistem ADAS mula dilihat seperti sesuatu yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta baharu. Pendek cerita, bila Myvi dah ada, kenapa kereta yang berharga lebih RM100,000 tidak boleh tawarkan ciri keselamatan aktif yang sama? Tambahan pula, ianya merupakan aspek keselamatan dan bukanlah aksesori semata-mata. Untuk tidak ketinggalan, Proton dijangka bakal memperkenalkan teknologi ADAS pada kereta yang lebih mampu milik atau di bawah lingkungan harga RM100,000 seperti yang ditawarkan pada Perodua Ativa dan Myvi kelak. Pada pendapat anda, adakah penambahan ciri ADAS pada kereta mampu milik Proton amat diperlukan buat masa ini? Kongsikan dengan kami.

Kesemua kereta-kereta keluaran Proton selepas ini mungkin bakal ditawarkan dengan ciri bantuan pemanduan termaju atau Advance Driver Assistance System (ADAS).

Kenyataan tersebut dibuat memandangkan kebanyakan barisan kenderaan Proton sudah berada di penghujung usia dan besar kemungkinan bakal digantikan dengan kenderaan dari Geely.

Model Proton Bakal Diganti

Proton telah mengesahkan bakal melancarkan Proton X70 MC1 dan Proton Saga MC2 pada bulan Mei ini. Ini menandakan pengakhiran versi facelift bagi Saga generasi ketiga di Malaysia. Begitu juga dengan Proton Exora yang sudah agak berusia yang dikatakan bakal digantikan dengan Proton X90, sebuah SUV 7 tempat duduk dari Geely tidak lama lagi.

Selain itu, Proton Persona juga bakal digantikan memandangkan ia sudah berada lebih 5 tahun dipasaran Malaysia. Mengikut garis masa yang dikongsikan oleh Proton, mereka sepatutnya melancarkan sebuah sedan baharu sebagai follow-up untuk Proton X50. Tetapi kerana pandemik, rancangan terbabit terpaksa ditangguhkan.

Bagaimana pula dengan Iriz? Sayangnya, Geely tidak mempunyai sebarang model hatchback untuk dlencanakan semula sebagai hatchback baharu Proton di Malaysia

Jika dilihat pada katalog kereta Geely, Emgrand 2021 merupakan pengganti Proton Persona yang paling sesuai sebagai sedan segmen-B. Walau bagaimanapun, Emgrand 2021 tidak dilengkapi dengan ADAS juga. Namun dengan menggunakan platform yang sama seperti X50, tidak mustahil ia boleh hadir dengan ciri ADAS kerana ia antara perubahan pada pengganti Persona yang paling diharapkan.

Kenapa Tiada ADAS?

Proton yang bukan dilencanakan semula dari Geely seperti:

Exora
Iris
Persona
Saga

tidak dilengkapi dengan ciri sistem bantuan pemanduan termaju atau ADAS. Hanya Proton X70 dan X50 sahaja yang ditawarkan dengan ciri tersebut.

Menurut Proton, penambahan ADAS memerlukan jumlah kos melebihi RM2,000 pada satu kereta. Ia juga memerlukan penambahbaikan terhadap seni bina sistem elektrikal dan elektronik, kerana sistem berkenaan perlu berkomunikasi dengan kereta. Jadi ini merupakan pelaburan yang besar.

Dengan bajet yang terhad diperuntukan bagi menyegarkan kembali model yang telah berusia seperti Iriz, Persona, Saga dan Exora, Proton terpaksa mengutamakan fungsi-fungsi yang lebih dihargai oleh pengguna tanpa menaikkan kos kereta ini supaya harga jualannya dapat dikekalkan.

Adakah ini bermaksud Proton tidak mengutamakan ciri keselamatan dalam kereta buatannya? Tidak juga. Sebaliknya, Proton telah menaik taraf sistem perlindungan ketika kemalangan yang membolehkan model terkini Iriz dan Persona menerima penarafan lima-bintang menerusi ujian ASEAN NCAP protokol 2017-2020 tanpa ADAS.

Kerjasaman Proton – Geely

Kerjasama Proton dan Geely telah menyaksikan Proton membawa masuk dua SUV yang terhangat yang masih menjadi bualan orang ramai sehingga kini, iaitu X70 dan X50. Kedua-dua model itu hadir dengan ciri ADAS yang merangkumi:

Autonomous Emergency Braking (AEB)
Forward Collision Warning (FCW)
Adaptive Cruise Control (ACC) With Stop & Go
Intelligent Cruise Control (ICC)
Lane Keep Assist (LKA)
Lane Departure Warning (LDW)
Blind Spot Information System (BLIS)
Intelligent High Beam Control (IHBC)

Semua Kereta Proton Akan Ada ADAS

Dengan model-model binaan sepenuhnya Proton sudah sampai ke akhir usianya, kemungkinan besar Proton akan membawa masuk lebih banyak model Geely untuk dilencanakan semula di pasaran negara ini.

Jika kita lihat pada pada model-model buatan Geely ketika ini, kebanyakannya hadir dengan ciri ADAS dan sistem keselamatan terkini termasuklah Geely Okavango/Haoyue, yang dikatakan bakal dijadikan Proton X90 kelak.

Secara logiknya, kemasukan lebih banyak kereta Geely sebagai kereta Proton berkemungkinan akan berlaku kerana ia dilihat lebih menjimatkan kos berbanding Proton perlu membina semula sebuah kereta dari awal hanya demi menawarkan teknologi ADAS kepada pengguna.

Myvi Jadi Punca

Pesaing Proton, Perodua telah menjadi pengeluar pertama yang menawarkan ciri ADAS Tahap 2 pada kereta yang berharga di bawah RM60,000 (Perodua Myvi 2022).

Walaupun ADAS dilihat sebagai ciri tambahan yang memerlukan penambahan pada kos kereta, namun Perodua berjaya memasukkan sistem termaju (ASA 3.0) yang diperkenalkan pada Ativa, pada versi terkini Perodua Myvi.

Kejayaan Perodua itu dilihat sebagai satu tamparan hebat buat pengeluar lain yang menjual kereta berharga atas RM60,000 tanpa ciri ADAS. Walaupun ciri ini hanyalah tambahan dan mungkin tidaklah begitu diperlukan pada mulanya, namun kini sistem ADAS mula dilihat seperti sesuatu yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta baharu.

Pendek cerita, bila Myvi dah ada, kenapa kereta yang berharga lebih RM100,000 tidak boleh tawarkan ciri keselamatan aktif yang sama? Tambahan pula, ianya merupakan aspek keselamatan dan bukanlah aksesori semata-mata.

Untuk tidak ketinggalan, Proton dijangka bakal memperkenalkan teknologi ADAS pada kereta yang lebih mampu milik atau di bawah lingkungan harga RM100,000 seperti yang ditawarkan pada Perodua Ativa dan Myvi kelak.

Pada pendapat anda, adakah penambahan ciri ADAS pada kereta mampu milik Proton amat diperlukan buat masa ini? Kongsikan dengan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language