
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengenal pasti lapan daripada sembilan daerah di Selangor serta beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai ‘hotspot’ atau lokasi tumpuan banjir.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebooknya, NADMA memaklumkan lokasi tumpuan berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan banjir lebih tiga kali dari 2019 hingga 2022.
*Kredit foto: Utusan
Kawasan Hotspot Banjir Di Selangor
Menurut NADMA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan lapan daerah di Selangor yang terbabit adalah:
Klang
Taman Sentosa
Jalan Kebun
Kg. Bukit Naga
Bukit Kemuning
Taman Melawis @ Taman Teluk Pulai
Jalan Bakti
Kampung Delek
Taman Daya Meru
Taman Bukit Kemuning
Taman Rashna
Taman Sri Muda
Taman Intan
Jalan Tunku Kelana
Taman Meru Utama
Petaling
Kampung Budiman
Kampung Kuala Sungai Baru
Kampung Baru HICOM, Seksyen 26
Jalan S/K 9 / SK Sri Serdang
Seksyen 13, Petaling
Gombak
Taman Sri Selayang
Jalan B27 Jusco Rawang
Taman Rahmat Jaya
Kg. Sg. Kertas
Jalan 11C Selayang Baru
Jalan 21, 23 & 62 Selayang Baru
Jalan Laksamana 10 Selayang
India Settlement
Hulu Langat
Kampung Batu 10, Jalan Cheras
Kampung Sungai Serai
Kampung Sungai Sekamat
Kampung Sungai Michu
Sesapan Batu Rembau
Felcra Kg. Sg. Semungkis
Kg. Sg. Gahal (4)
Jalan Reko
Kg. Sungai Jernih
Sepang
Kg. Giching
Kg. Salak Tinggi
Kg. Chemperai
Kg. Sri Tanjung
Kg. Ampar Tenang / Kg. Lalang
Kg. Sg. Merab Jaya
Taman Delima, Dengkil
Kg. Orang Asli Sg. Melut (Seberang)
Kg. Desa Putra, Sg Merab
Kuala Langat
Taman Sri Jaromas, Jenjarom
Sabak Bernam
Jalan Sg. Panjang – Tanjung Malim (KM44-KM45)
Batu 23, Sungai Nibong
Kuala Selangor
Kg. Sri Sentosa
Kg. Parit Mahang
Kg. Rantau Panjang
Kampung Sri Aman
Hanya daerah Hulu Selangor sahaja yang tidak disenaraikan sebagai kawasan hotspot banjir. Walau bagaimanapun, semua kesembilan daerah di Selangor ini diletakkan sebagai kawasan berisiko banjir memandangkan semua daerah itu pernah dilanda banjir.
*Kredit foto: Selangor Kini
Kawasan Hotspot Banjir Di KL
PWTC
PPR Batu Muda
Jalan Ipoh
Kg Kasipillay
Jalan Kuching
Jalan Tun Razak (Wisma Bernama)
Jalan Pekeliling
Kg Puah
Jalan Kolam Air
Bulatan Dato Onn
Bulatan Pahang
Kg Chubadak
Pekan Salak Selatan
Chan Sow Lin
Jalan Pahang
Jalan Segambut
Segambut Bahagia
Jalan Pudu
Jalan Ampang
Jalan Raja Chulan
Jalan Tun Perak
Jalan Cheras
Razak Mansion
Jalan Pudu
Universiti Malaya
Masjid Jamek
Jalan Duta
Pantai Dalam
Jalan Dang Wangi
LRT Sungai Besi
Tol Kesas
Jalan Maarof
Jalan Kia Peng
LRT Bangsar
Jalan Travers
Kepong Baru
Orang ramai yang ingin mendapatkan senarai terperinci kawasan hotspot banjir mengikut negeri boleh merujuk Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara serta Jabatan Perdana Menteri dan laman Instagram Majlis Keselamatan Negara.