Categories
Auto news

Sewa kereta dari GoCar, SoCar – Apa Yang Perlu Anda Periksa Sebelum Jalan?

Ingin menyewa kereta melalui GoCar, SoCar atau mana-mana platform yang menawarkan kereta sewa untuk perjalanan jauh? Boleh sahaja asalkan anda periksa beberapa bahagian penting terlebih dahulu.

Bagi mereka yang tiada kereta atau mereka yang tidak mahu membawa kereta sendiri kerana faktor keselesaan dan ketenangan minda untuk menempuhi perjalanan yang panjang, mereka bertindak untuk menyewa kereta. Tapi adakah kereta sewa ini terjamin tahap keselamatannya?

Apa Yang Perlu Diperiksa Pada Kereta Sewa?

Minyak Enjin

Tarik dipstick dan lap menggunakan kain bersih, lalu masukkan dipstick ke tempat asalnya semula. Kemudian tarik semula dipstick dan periksa keadaan minyak hitam.

Paras minyak hitam perlu berada pada tengah-tengah kawasan bertanda min dan max. Pastikan minyak enjin mencukupi dan masih boleh digunakan (tidak terlalu hitam dan kotor)

Coolant (Penyejuk)

Coolant berfungsi untuk melindungi enjin daripada panas lampau (overheating) ketika cuaca panas, dan membeku (freezing) dalam cuaca sejuk ekstrem.

Untuk periksa coolant, buka penutup radiator dan lihat sama ada masih terdapat bendalir coolant atau tidak. Periksa juga kuantiti coolant pada tangki simpanan.

Exterior Kereta

Sebelum anda mula memandu kereta tersebut, ambil gambar exterior kereta sekiranya terdapat sebarang cacat cela seperti calar atau kemik yang besar bagi membuktikan kesan itu bukanlah berpunca dari anda. Pendek kata, macam mana anda ambil, macam itulah rupanya bila dipulangkan. 

Interior Kereta

Sekiranya kereta tersebut datang dengan aksesori seperti pemegang telefon, bantal atau payung, pastikan barang-barang itu tidak diambil atau dikeluarkan daripada kereta ketika dipulangkan. 

Tayar Spare

Periksa juga kadar tekanan angin tayar spare kereta sewa tersebut kerana tayar spare perlu diisi selalu agar dapat digunakan dengan baik apabila berlaku insiden tayar bocor. Ini kerana angin tayar spare tersebut akan berkurangan dari semasa ke semasa. 

Tekanan Tayar

Tekanan angin yang kurang atau lebih akan menyebabkan bunga tayar yang tidak sekata sekaligus mendatangkan bahaya ketika memandu. Periksa juga keadaan tayar seperti benjolan, rekahan dan bunga tayar.

Tak tahu paras tekanan angin yang sesuai untuk kereta anda? Rujuk info pada pelekat yang diletakkan di bahagian pintu pemandu. Tayar yang kekurangan angin menggunakan lebih bahan api untuk bergerak.

Pemeriksaan Tambahan

Periksa keadaan wiper seperti getah wiper dan bendalir pencuci cermin

Periksa sistem penyaman udara kereta supaya berfungsi dengan baik

Periksa keadaan lampu (high beam, signal, foglamp) dan pastikan ianya masih berfungsi dengan sempurna

Periksa indikator di bahagian meter sama ada ada indikator seperti Check Engine menyala atau tidak

Walaupun SoCar dan GoCar menawarkan khidmat kereta sewa yang baik, namun ia lebih selamat sekiranya anda sendiri memeriksa bahagian serta komponen asas kereta ini bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language