December 6, 2022
Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors yang terletak di Bukit Jelutong telah memenuhi piawaian sebagai Pusat Baik Pulih Kerosakan Bertauliah Volvo (VCDR). Dengan matlamat menyediakan perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan bermutu tertinggi, piawaian VCDR bertaraf dunia ini memastikan teknologi lestari dan proses terkini diguna pakai di kemudahan ini untuk mengurangkan kesan ekosistem terhadap alam sekitar dan menggalakkan penggunaan tenaga yang lestari. Piawaian VCDR Piawaian VCDR melibatkan penggunaan sistem baik pulih badan kenderaan terkini dan peralatan canggih, termasuk sistem pengukuran dilengkapi sensor 3D yang pantas dan sangat tepat. Ruang cat yang moden dan terkini juga disediakan untuk mewujudkan persekitaran yang bebas habuk dan pengudaraan yang baik sekali gus membolehkan hasil kerja dan prestasi terbaik dicapai secara konsisten bagi kereta Volvo. Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata piawaian ini adalah sebahagian daripada usaha khusus mereka untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik bagi para pelanggan. Tambahnya, pelaksanaan piawaian VCDR di Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors menyokong komitmen mereka dalam prinsip memelihara Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang baik, dan memastikan penyediaan perkhidmatan serba lengkap bertaraf dunia bagi kereta Volvo. Kelebihan Program VCDR Program VCDR telah pun dilancarkan di Sime Darby Swedish Auto di Ara Damansara. Bersempena dengan pelancaran itu, setiap pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 bagi perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan di Sime Darby Swedish Auto layak menerima khidmat perapian ruang dalam dan luar kereta mereka secara percuma dan juga pencucian ozon bernilai RM1,200, tertakluk kepada terma dan syarat. Dilengkapi dengan teknologi terkini dan disokong juruteknik yang terlatih, Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors yang terletak di Bukit Jelutong buat masa ini merupakan hanya satu daripada dua pusat servis Volvo di Malaysia yang mematuhi piawaian VCDR. Dengan kapasiti untuk menerima 1,260 kenderaan setahun, kemudahan ini berupaya menyediakan perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan untuk pelbagai model kereta Volvo, termasuk kenderaan hibrid dan elektrik. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Volvo Ara Damansara di 03-7623 3200 atau Volvo Setia Alam di 03-5870 1188.

Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors yang terletak di Bukit Jelutong telah memenuhi piawaian sebagai Pusat Baik Pulih Kerosakan Bertauliah Volvo (VCDR).

Dengan matlamat menyediakan perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan bermutu tertinggi, piawaian VCDR bertaraf dunia ini memastikan teknologi lestari dan proses terkini diguna pakai di kemudahan ini untuk mengurangkan kesan ekosistem terhadap alam sekitar dan menggalakkan penggunaan tenaga yang lestari.

Piawaian VCDR

Piawaian VCDR melibatkan penggunaan sistem baik pulih badan kenderaan terkini dan peralatan canggih, termasuk sistem pengukuran dilengkapi sensor 3D yang pantas dan sangat tepat.

Ruang cat yang moden dan terkini juga disediakan untuk mewujudkan persekitaran yang bebas habuk dan pengudaraan yang baik sekali gus membolehkan hasil kerja dan prestasi terbaik dicapai secara konsisten bagi kereta Volvo.

Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata piawaian ini adalah sebahagian daripada usaha khusus mereka untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik bagi para pelanggan.

Tambahnya, pelaksanaan piawaian VCDR di Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors menyokong komitmen mereka dalam prinsip memelihara Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang baik, dan memastikan penyediaan perkhidmatan serba lengkap bertaraf dunia bagi kereta Volvo.

Kelebihan Program VCDR

Program VCDR telah pun dilancarkan di Sime Darby Swedish Auto di Ara Damansara. Bersempena dengan pelancaran itu, setiap pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 bagi perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan di Sime Darby Swedish Auto layak menerima khidmat perapian ruang dalam dan luar kereta mereka secara percuma dan juga pencucian ozon bernilai RM1,200, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dilengkapi dengan teknologi terkini dan disokong juruteknik yang terlatih, Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors yang terletak di Bukit Jelutong buat masa ini merupakan hanya satu daripada dua pusat servis Volvo di Malaysia yang mematuhi piawaian VCDR.

Dengan kapasiti untuk menerima 1,260 kenderaan setahun, kemudahan ini berupaya menyediakan perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan untuk pelbagai model kereta Volvo, termasuk kenderaan hibrid dan elektrik. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Volvo Ara Damansara di 03-7623 3200 atau Volvo Setia Alam di 03-5870 1188.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language