Categories
Auto news

Skim Kereta Pertama Untuk Graduan – Perangkap Belia Untuk Muflis?

Skim graduan adalah satu kemudahan yang diberikan oleh bank kepada graduan untuk membeli kereta pertama, namun adakah skim ini satu perangkap yang memudahkan seseorang belia untuk muflis?

Tidak dinafikan, skim graduan ini sudah banyak membantu para graduan yang baru mula bekerja untuk memiliki kenderaan sendiri. Tetapi jika para graduan tersalah pilih kereta kerana mementingkan gaya, pilihan tersebut boleh menjerat mereka di kemudian hari.

Kenali Skim Graduan

Skim graduan ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada graduan baharu memiliki kereta pertama. Berbeza dengan pinjaman biasa, skim ini tidak memerlukan penjamin atau guarantor. Berdasarkan pencarian Carlist.my, berikut adalah perbezaan lain antara skim graduan dan pinjaman biasa:

Pinjaman biasa memerlukan pemohon memiliki sekurang-kurangnya satu komitmen hutang contohnya kredit kad untuk bank melihat trend pembayaran anda. Skim ini tidak memerlukan apa-apa komitmen. (bergantung pada bank)
Pinjaman biasa memerlukan slip gaji 3 bulan, tetapi skim ini tidak memerlukan slip gaji bagi mereka yang baru berkerja tidak sampai sebulan.
Pinjaman biasa memerlukan anda telah berkerja di syarikat anda sekurang-kurangnya 6 bulan. Skim ini tidak perlu di mana graduan yang baru berkerja sehari sudah boleh memohon.
Skim ini pinjaman adalah 100%. Tiada wang pendahuluan/deposit diperlukan.

Syarat Permohonan

Setiap bank mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Tetapi secara umumnya, jika anda berumur 20 hingga 30 tahun dan bekerja kurang daripada setahun, anda sudah layak memohon skim graduan. Berdasarkan laporan relevan, berikut merupakan syarat-syarat lain untuk memohon skim graduan:

Anda perlu sekurang-kurangnya tamat pelajar pada peringkat diploma daripada pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diperakui. Pastikan anda sudah tamat pengajian dengan rasmi supaya fakulti atau pihak universiti boleh mengeluarkan surat tamat pengajian.
Tidak pernah memiliki kereta sendiri. Jika sebelum ini sudah pernah memiliki kereta sendiri, anda tidak layak untuk memohon skim graduan baharu yang ditawarkan oleh mana-mana bank.
Mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM1,800 ke atas.
Tidak mempunyai masalah tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sekiranya masih mempunyai tunggakan PTPTN, langsaikan segala tunggakan baru layak untuk memohon skim graduan baharu.

Kesilapan Biasa Dalam Membeli Kereta Pertama

Baru-baru ini Carlist.my telah dihubungi seseorang yang bertanyakan di antara Toyota Yaris dengan Honda City Hatchback, yang mana satu lebih sesuai untuk mereka yang bergaji RM2,500. Walaupun terkejut kerana Perodua Axia langsung tidak menjadi pilihannya. namun kami faham bahawa skim graduan telah menjadi antara sebab mengapa golongan ini berasa tidak mustahil untuk bergaya pada usia muda.

Mana taknya, bayaran deposit serta guarantor pun tidak diperlukan. Yang penting cuma perlu bayar sahaja. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak tahu, bila tiada wang pendahuluan, secara automatiknya bayaran bulanan dan interest bank juga akan jadi lebih tinggi.

Mungkin di usia muda ketika menetap dengan ibu bapa, graduan ini masih mampu untuk membayar sehingga RM1,000 untuk pembiayaan bulanan kereta, namun apabila mahu membina keluarga atau membeli rumah, kesesakannya akan terasa.

Selain itu, bayaran bulanan yang tinggi telah membuatkan graduan kehilangan kemampuan menyimpan. Bukan sahaja menyimpan untuk membeli rumah atau untuk membiayai perkahwinan, malah sesetengah daripada mereka juga menghadapi masalah menyediakan simpanan kecemasan 3 bulan gaji oleh kerana komitmen yang tinggi.

Berdasarkan maklumat Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah belia muflis pada 2020 sehingga Jun 2021 adalah 10,137 orang. Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker, walaupun pinjaman peribadi menjadi punca utama belia muflis, namun pinjaman kenderaan juga menjadi salah satu punca belia muflis di negara ini.

Tips Beli Kereta Pertama

Proses beli kereta memerlukan pengetahuan dan tips yang betul bagi mengelakkan graduan tertipu atau terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi pada masa akan datang. Berikut merupakan tips membeli kereta pertama:

Bezakan Keperluan Atau Kehendak

Kenapa anda perlukan kereta itu? Adakah ia benar-benar satu keperluan atau hanya kehendak? Ini merupakan perkara paling penting yang perlu ditentukan sebelum rancangan membeli kereta itu diteruskan. Apa pun alasannya, pastikan anda pertimbangkan kos pemilikan keseluruhan seperti bayaran bulanan, kos penyelenggaraan, insurans kereta, harga tol dan petrol, kadar susut nilai dan lain-lain.

Cantikkan Skor Kredit

Skor kredit akan mempengaruhi kadar faedah pinjaman kereta di mana skor kredit yang baik membolehkan anda mendapatkan kadar faedah yang lebih kompetitif. Biasanya, permohonan pinjaman kereta akan ditolak jika skor kredit CCRIS dan CTOS pemohon berada pada tahap yang lemah, kebiasaanya di antara 300 hingga 651 mengikut CTOS.

Skor kredit yang buruk bukan sahaja menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman, malah boleh menyebabkan permohonan kredit anda ditolak dan terpaksa membayar kadar faedah pinjaman yang lebih tinggi.

Cara cantikkan skor kredit:

Kemas kini maklumat peribadi anda
Langsaikan hutang sedia ada dengan segera
Bayar bil anda secara konsisten, tepat pada masa
Bina sejarah kredit yang baik dengan membayar balik mengikut jadual

Kereta Idaman Tak Patut Jadi Kereta Pertama

Jika anda bukan anak orang kaya, kereta idaman anda tak patut jadi kereta pertama anda. Walaupun ia bukan satu kesalahan, namun ia tidak sepatutnya menjadi keutamaan. Bagi mereka yang berjiwa kelajuan dan mahukan kereta berprestasi tinggi, ia tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana ia mungkin menelan belanja yang tinggi untuk penyelenggaraan dan kos petrol.

Kesimpulan

Mengikut trend pembelian di Malaysia, pembelian kereta biasanya menjadi pembelian kedua terbesar rakyat Malaysia selepas rumah. Diharapkan para graduan tidak tersilap langkah dalam memanfaatkan skim graduan yang ditawarkan oleh bank ini. Skim ini memudahkan graduan, namun pada masa yang sama juga boleh menjeratkan.

Paling penting untuk para graduan tahu bahawa niat asal bank adalah untuk membuat keuntungan. Hanya kerana permohonan anda untuk memiliki sebuah Honda baharu boleh diluluskan, tak bererti anda patut. Sebelum membeli apa-apa kereta. ukurlah baju di badan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language