December 5, 2022
Skuter elektrik keluaran Honda, U-be kini boleh didapati di Malaysia! Skuter elektrik berkualiti tinggi dan tahan lama daripada jenama Jepun ini sebenarnya direka khas untuk pasaran China dan mempunyai pedal basikal. Namun menurut Bikers Gallery Big Bike Centre di Facebook, skuter itu kini boleh didapati pada harga RM4,390 sahaja! Spesifikasi Honda U-be Jenama: Honda Model U-be Kelajuan Maksimum: 25 km/j Kuasa: 3.5 kW (4.7 hp) Berat 54 kg Bateri: 18650 Lithium Kitaran Bateri: 3,000 Kitaran Jarak: 50/80 km Tempoh cas: 2 jam Menurut poster yang dikongsikan, skuter ini boleh didapati dengan 2 pilihan bateri boleh tanggal: 48V20Ah (960 Wh) – 50-60 km 48V24Ah (1,152 Wh) – 70-80 km Selain itu, skuter ini juga dilengkapi dengan sistem permulaan kunci pintar dan menyediakan port pengecas USB untuk telefon bimbit. Paparan meter berlampu LED Digital yang inovatif juga diberikan dan skuter ini boleh didapati dalam pelbagai warna seperti warna merah, biru, putih dan kelabu. Berbaloi Ke Beli? Jika dilihat pada rupa paras dan kadar jarak yang ditawarkan oleh skuter ini, ia semestinya pilihan yang menarik untuk dibuat sekiranya anda memerlukan kenderaan ringkas untuk anda bergerak ke tempat kerja. Walau bagaimanapun, skuter ini tidak memerlukan cukai jalan dan ini bermaksud skuter ini tidak dibenarkan diguna di atas jalan raya. Skuter ini nampaknya hanya dibenarkan untuk diguna di lorong basikal serta kaki lima sahaja dan penggunaannya di atas jalan raya seperti lebuh raya adalah dilarang. Kesimpulannya, kalau anda perlukan skuter elektrik untuk berjalan di kaki lima atau lorong pejalan kaki, ini mungkin pilihan yang sesuai. Tapi kalau nak masuk lebih raya atau jalan raya, baik beli Modenas Kriss!

Skuter elektrik keluaran Honda, U-be kini boleh didapati di Malaysia!

Skuter elektrik berkualiti tinggi dan tahan lama daripada jenama Jepun ini sebenarnya direka khas untuk pasaran China dan mempunyai pedal basikal.

Namun menurut Bikers Gallery Big Bike Centre di Facebook, skuter itu kini boleh didapati pada harga RM4,390 sahaja!

Spesifikasi Honda U-be

Jenama: Honda
Model U-be
Kelajuan Maksimum: 25 km/j
Kuasa: 3.5 kW (4.7 hp)
Berat 54 kg
Bateri: 18650 Lithium
Kitaran Bateri: 3,000 Kitaran
Jarak: 50/80 km
Tempoh cas: 2 jam

Menurut poster yang dikongsikan, skuter ini boleh didapati dengan 2 pilihan bateri boleh tanggal:

48V20Ah (960 Wh) – 50-60 km
48V24Ah (1,152 Wh) – 70-80 km

Selain itu, skuter ini juga dilengkapi dengan sistem permulaan kunci pintar dan menyediakan port pengecas USB untuk telefon bimbit.

Paparan meter berlampu LED Digital yang inovatif juga diberikan dan skuter ini boleh didapati dalam pelbagai warna seperti warna merah, biru, putih dan kelabu.

Berbaloi Ke Beli?

Jika dilihat pada rupa paras dan kadar jarak yang ditawarkan oleh skuter ini, ia semestinya pilihan yang menarik untuk dibuat sekiranya anda memerlukan kenderaan ringkas untuk anda bergerak ke tempat kerja.

Walau bagaimanapun, skuter ini tidak memerlukan cukai jalan dan ini bermaksud skuter ini tidak dibenarkan diguna di atas jalan raya.

Skuter ini nampaknya hanya dibenarkan untuk diguna di lorong basikal serta kaki lima sahaja dan penggunaannya di atas jalan raya seperti lebuh raya adalah dilarang.

Kesimpulannya, kalau anda perlukan skuter elektrik untuk berjalan di kaki lima atau lorong pejalan kaki, ini mungkin pilihan yang sesuai. Tapi kalau nak masuk lebih raya atau jalan raya, baik beli Modenas Kriss!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language