Categories
Auto news

Skuter EV Blueshark R1 Terima kelulusan JPJ – Bakal Dipasang Di Malaysia

Pengeluar alat ganti automotif tempatan, EP Manufacturing Bhd (EPMB) menerima kelulusan kerajaan untuk mendaftar dan melesenkan skuter elektrik (EV) pertamanya, Blueshark SG3000DT atau dikenali sebagai Blueshark R1.

Menurut EPMB, kebenaran itu diperoleh kira-kira sebulan selepas ia menerima Kelulusan Bersyarat daripada kerajaan untuk pembinaan kilang pembuatan sulungnya bagi pengeluaran kenderaan dua roda elektrik.

JPJ Luluskan Blueshark R1

Berdasarkan laporan Berita Harian, Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan Homologasi, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah meluluskan VTA untuk model tersebut pada 30 Ogos lalu di bawah Akta Pengangkutan Jalan Malaysia 1987. Sijil untuk VTA itu telah diberikan kepada EP Blueshark Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh EPMB.

Kelulusan VTA ini bakal membenarkan motosikal elektrik pertama EPMB ini didaftarkan dan dilesenkan oleh JPJ. Menurut Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing, Hamidon Abdullah, kelulusan VTA ini membuatkan syarikat itu selangkah lebih dekat untuk meraih unjuran lonjakan permintaan untuk EV dua roda di Malaysia.

“Pada masa yang sama, rakan kongsi kami di negara ASEAN lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam juga telah memohon VTA bersamaan untuk Blueshark R1 di negara masing-masing, dan ini akan melengkapkan aktiviti pembuatan EPMB,” jelas EPMB.

Penerokaan EPMB ke dalam perniagaan EV dua roda disokong dengan baik oleh pengetahuan teknikal Sharkgulf Technologies Group Limited yang berpangkalan di China. Ini bersempena dengan asas pendanaan yang kukuh daripada pelabur antarabangsa yang menumpukan kepada aspek amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Pusat R&D Bakal Dibangunkan

Menurut Hamidon, sebagai tambahan kepada kilang pembuatan dan pusat jualan serta pengedaran di Malaysia, EPMB juga akan menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), yang akan berkongsi pengetahuan teknikal dan sumber kepada Gigafactory Sharkgulf di Wilayah Baru Pantai Barat Qingdao.

“Pangkalan pembuatan dengan usaha R&D yang dikongsi di Malaysia akan menangani struktur kos untuk menjadikan EV dua roda EPMB lebih cekap dari segi kos,” jelas mereka.

Bakal Dipasang Di Malaysia

Pada 25 Julai lalu, EP Blueshark menerima Kelulusan Bersyarat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas permohonannya untuk memasang motosikal elektrik di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156).

Dengan Kelulusan Bersyarat, EP Blueshark berada dalam landasan untuk membina Kilang Pembuatan dan Pusat Jualan serta Pengedaran bagi memasang, mengeluarkan dan mengedarkan EV 2 roda berjenama Blueshark di Malaysia.

Skuter Pintar Pertama Di Dunia

EV Blueshark ini dibangunkan oleh Sharkgulf Technologies yang terkenal mencipta sistem pengendalian pintar pertama di dunia untuk industri dua roda elektrik.

Skuter ini dikuasakan oleh bateri litium-ion mudah alih dan boleh ditukar generasi baharu, menjadikannya motosikal yang lebih padat dan cekap. Dalam beberapa saat, pengguna akan dapat menukar bateri yang sudah digunakan dengan bateri yang dicas penuh di ‘stesen pertukaran’ atau ‘swap station’.

Stesen pertukaran ini boleh diletakkan di mana-mana sahaja yang boleh diakses seperti kedai serbaneka, stesen minyak dan tempat letak kereta. Bateri juga boleh dicas di rumah menggunakan dok pengecasan khusus.

Motosikal elektrik juga boleh dibuka kuncinya dengan mudah hanya dengan cap jari dan dilengkapi dengan 74 penderia, termasuk penderia tekanan, giroskop 6-paksi, penderia voltan & arus, serta penderia suhu.

Setiap minit, penderia memuat naik data sehingga 300 kali, memberikan sokongan data untuk mengoptimumkan pengalaman tunggangan pengguna. Ia juga menjadi kenderaan dua roda EV pertama dengan sistem pengendalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language