
smart #1, SUV kompak elektrik sepenuhnya yang bakal dibawa masuk Malaysia oleh Proton Edar telah dilancarkan di China.
Di China, SUV elektrik itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Pro+ dan Premium.
Model ini tidak lagi dijual melalui Mercedes-Benz seperti dulu. Sebaliknya, ia akan dijual oleh Proton setelah memorandum perjanjian (MoU) yang telah ditandatangani oleh Proton bersama smart Automobile Company.
Oleh itu, Proton akan bekerjasama dengan smart dalam menjual kenderaan elektrik milik smart untuk pasaran ASEAN termasuklah hak menjual jenama tersebut di Thailand.
Harga:
Pro+: RMB 190,000 (RM126,371)
Premium: RMB 230,000 (RM152,958)
Dimensi
Panjang: 4,270 mm
Lebar: 1,822 mm
Tinggi: 1,636 mm
Jarak Roda: 2,750 mm
Melalui saiz dimensi yang diberikan, kita boleh klasifikasikan smart #1 ini sebagai salah satu SUV segmen B dengan ukuran yang tidak jauh beza dengan Proton X50. (66 mm lebih pendek dari X50, namun jarak roda lebih panjang 150 mm berbanding X50)
Prestasi
Motor Elektrik: 200kW – 272 PS
Tork Maksimum: 343 Nm
Kelajuan Maksimum: 180 km/j
Bateri: Lithium-ion 66 kWj
Varian Pro+ mampu bergerak sejauh 535 km
Varian Premium mampu bergerak sejauh 560 km
Pengecas AC 22-kW membolehkan bateri kereta dicas dari 10% – 80% dalam masa 3.5 jam
Pengecas pantas DC 150 kW hanya memerlukan 30 minit untuk mengecas dari 10% ke 80%
75% daripada kotak komputernya menerima kemaskini secara Over-The-Air (OTA)
Varian Pro+
Rim aloi 18-inci dengan tayar 235/50R18
Lampu utama LED
Lampu nyalaan siang DRL
Lampu belakang LED
Paparan instrumen skrin penuh bersaiz 9.2-inci
Sistem infotainmen dengan skrin sentuh bersaiz 12.8-inci
5 pembesar suara
Penyaman udara dengan penapis kabin N95
Power seats di bahagian hadapan
Sistem lampu kabin 6-warna
Power boot
Varian Premium
Lampu hadapan LED Matrik
Rim aloi 19-inci dengan tayar 235/5R19
Paparan infotainmen dengan skrin sentuh bersaiz 10-inci
13 pembesar suara dengan sistem bunyi Beats
Sistem bantuan pemanduan keselamatan tahap dua seperti:
Adaptive cruise control
Bantuan kekal lorong kecemasan
Amaran keluar laluan
Bantuan lebuh raya
Brek kecemasan automatik
Bantuan tukar lorong automatik
Bantuan kesesakan trafik
Pengelak pelanggaran hadapan & belakang
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Bantuan parkir automatik
Brek kecemasan parkir
Pengesan titik buta
Kesemua smart yang akan dipasarkan ke pasaran luar akan dihasilkan di fasiliti milik Geely di China. Memandangkan Proton bakal menjual smart untuk pasaran ASEAN, Proton kini sedang giat menubuhkan satu pasukan baru bagi menguruskan operasi smart di rantau ASEAN.
Kalau di China, smart #1 dijual dalam lingkungan harga RM126k – 153k. Kemungkinan harga smart yang bakal ditawarkan di Malaysia juga berada dalam lingkungan yang sama atau lebih murah sedikit ekoran insentif pengecualian cukai dan duti untuk kereta elektrik import (CBU).