August 13, 2022
Kembar Perodua Alza 2022, Toyota Veloz telah dikesan dibawa oleh sebuah lori untuk dibawa ke bilik pameran menandakan pelancarannya sudah tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, jom kita lihat apa yang berbeza di antara Toyota Veloz dan Perodua Alza selain daripada logo yang digunakan berdasarkan beberapa keping gambar ekslusif ini. Warna Badan Dwi-Tona Salah satu daripada Toyota Veloz yang dikesan mempunyai warna badan dwi-tona di mana bumbungnya berwarna hitam. Perodua Alza pula tidak ditawarkan dengan pilihan tersebut meskipun pilihan itu ditawarkan pada Perodua Ativa. Rupa Hadapan Berbeza Selain daripada logo, reka bentuk gril dan bamparnya juga berbeza di mana Toyota Veloz mengenakan gril berbentuk hexagon manakala Alza tampil dengan rekaan X Face Design seperti Perodua Ativa. Lampu DRL Veloz juga hadir dengan sepasang lampu DRL manakala Alza hanya hadir dengan lampu kabus LED sahaja. Namun pelanggan boleh menambah kit badan Gear Up keluaran Perodua untuk memiliki lampu DRL. Rim Berdasarkan gambar, Veloz ini dilihat menggunakan rim yang sama seperti Veloz di pasaran Indonesia. Di sana, Toyota Veloz menggunakan rim bersaiz 17 inci, berbeza seperti Alza yang hadir dengan rim yang lebih kecil iaitu 16 inci. Rel Bumbung Sebagai sebuah MPV yang lebih praktikal, Toyota Veloz juga hadir dengan rel bumbung untuk kegunaan pemilik bagi memasang ruang simpanan tambahan di bahagian bumbung. Ciri ini tidak ditawarkan pada Perodua Alza 2022. Bahagian Belakang Bahagian belakang kedua-dua model ini juga sedikit berbeza di bahagian diffuser. Walau bagaimanapun, Veloz mempunyai lampu LED bersambung di bahagian belakang sementara Alza tidak mempunyai ciri ini. Interior Meskipun bahagian dalamannya tidak kelihatan pada gambar intipan tersebut, namun Toyota telah pun mendedahkan imej interiornya yang menampilkan dua tona warna, iaitu hitam dan putih sementara Perodua Alza, menerima gabungan warna hitam serta merah pada bahagian pintu serta tempat duduk. Selain itu, Veloz juga bakal menerima sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa menggunakan wayar, tidak seperti Alza. Veloz juga datang dengan pengecas telefon tanpa wayar di bahagian konsol tengahnya. Harga Perodua Alza 2022: 1.5 X CVT – RM62,500 1.5 H CVT – RM68,000 1.5 AV CVT – RM75,500 Toyota Veloz: 1.5 AT – RM95,000 Kesimpulannya, Toyota Veloz 2022 adalah hampir RM20,000 lebih mahal berbanding Perodua Alza 2022 meskipun kedua-duanya diasaskan dari platform dan kerangka yang sama. Sama seperti Toyota Rush dan Perodua Aruz, Perodua Alza 2022 ini dilihat sebagai versi MPV yang lebih mampu milik berbanding Veloz. Tarikh pelancaran model ini masih lagi belum didedahkan namun pelanggan berminat boleh membuat tempahan di laman web Toyota. Bagi anda, yang mana satu lebih berbaloi?

Kembar Perodua Alza 2022, Toyota Veloz telah dikesan dibawa oleh sebuah lori untuk dibawa ke bilik pameran menandakan pelancarannya sudah tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, jom kita lihat apa yang berbeza di antara Toyota Veloz dan Perodua Alza selain daripada logo yang digunakan berdasarkan beberapa keping gambar ekslusif ini.

Warna Badan Dwi-Tona

Salah satu daripada Toyota Veloz yang dikesan mempunyai warna badan dwi-tona di mana bumbungnya berwarna hitam. Perodua Alza pula tidak ditawarkan dengan pilihan tersebut meskipun pilihan itu ditawarkan pada Perodua Ativa.

Rupa Hadapan Berbeza

Selain daripada logo, reka bentuk gril dan bamparnya juga berbeza di mana Toyota Veloz mengenakan gril berbentuk hexagon manakala Alza tampil dengan rekaan X Face Design seperti Perodua Ativa.

Lampu DRL

Veloz juga hadir dengan sepasang lampu DRL manakala Alza hanya hadir dengan lampu kabus LED sahaja. Namun pelanggan boleh menambah kit badan Gear Up keluaran Perodua untuk memiliki lampu DRL.

Rim

Berdasarkan gambar, Veloz ini dilihat menggunakan rim yang sama seperti Veloz di pasaran Indonesia. Di sana, Toyota Veloz menggunakan rim bersaiz 17 inci, berbeza seperti Alza yang hadir dengan rim yang lebih kecil iaitu 16 inci.

Rel Bumbung

Sebagai sebuah MPV yang lebih praktikal, Toyota Veloz juga hadir dengan rel bumbung untuk kegunaan pemilik bagi memasang ruang simpanan tambahan di bahagian bumbung. Ciri ini tidak ditawarkan pada Perodua Alza 2022.

Bahagian Belakang

Bahagian belakang kedua-dua model ini juga sedikit berbeza di bahagian diffuser. Walau bagaimanapun, Veloz mempunyai lampu LED bersambung di bahagian belakang sementara Alza tidak mempunyai ciri ini.

Interior

Meskipun bahagian dalamannya tidak kelihatan pada gambar intipan tersebut, namun Toyota telah pun mendedahkan imej interiornya yang menampilkan dua tona warna, iaitu hitam dan putih sementara Perodua Alza, menerima gabungan warna hitam serta merah pada bahagian pintu serta tempat duduk.

Selain itu, Veloz juga bakal menerima sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa menggunakan wayar, tidak seperti Alza. Veloz juga datang dengan pengecas telefon tanpa wayar di bahagian konsol tengahnya.

Harga

Perodua Alza 2022:

1.5 X CVT – RM62,500
1.5 H CVT – RM68,000
1.5 AV CVT – RM75,500

Toyota Veloz:

1.5 AT – RM95,000

Kesimpulannya, Toyota Veloz 2022 adalah hampir RM20,000 lebih mahal berbanding Perodua Alza 2022 meskipun kedua-duanya diasaskan dari platform dan kerangka yang sama. Sama seperti Toyota Rush dan Perodua Aruz, Perodua Alza 2022 ini dilihat sebagai versi MPV yang lebih mampu milik berbanding Veloz.

Tarikh pelancaran model ini masih lagi belum didedahkan namun pelanggan berminat boleh membuat tempahan di laman web Toyota. Bagi anda, yang mana satu lebih berbaloi?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language