December 8, 2022
Sebuah Toyota Yaris Ativ versi hibrid yang lebih dikenali sebagai Toyota Vios di negara ini telah dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di Thailand. Imej intipan tersebut telah dikongsikan oleh portal automotif Autolife Thailand, yang menyatakan model baharu itu dijangka bakal dilaksanakan pada Ogos 2022 dengan menampilkan enjin hibrid buat pertama kalinya. *Kredit foto: Autolife Thailand Berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar menunjukkan Toyota Yaris Ativ atau Vios ini melakukan ujian jalan raya, bentuk rupa hadapannya masih lagi mengekalkan gril hadapan yang berbentuk seperti Vios terdahulu, namun mungkin terdapat perubahan pada bentuk lampu hadapan dan belakangnya.   *Kredit foto: Autolife Thailand Walaupun banyak perincian reka bentuk pada prototaip Vios baharu ini disembunyikan oleh pelekat penyamaran, namun reka bentuknya dijangka meminjam beberapa tema penggayaan daripada Konsep Sedan Daihatsu DN-F 2017. Dua Pilihan Rangkaian Kuasa Di Thailand, Vios baharu ini juga dikhabarkan bakal hadir dengan dua pilihan kuasa: Enjin petrol 1.2L NA 1.5 liter Hibrid Enjin petrol 1.2 liter NA empat silider yang diberi kod 3NR-FKE itu menghasilkan 92 HP dan 109 Nm tork maksimum serta dipadankan bersama transmisi automatik Super CVT-i. Enjin hibrid 1.5L tiga silinder yang diberi kod M15A-FXE pula mungkin enjin sama yang dipasang dalam Toyota Aqua (Yaris versi Jepun) yang menghasilkan 91 HP dan 120 Nm tork. Motor elektrik pula memberikan output sebanyak 80 HP dan 141 Nm tork. Enjin hibrid itu dipilih kerana sesuai dengan insentif kenderaan dengan teknologi elektrifikasi yang diberikan oleh kerajaan Thailand pada masa ini. Walau bagaimanapun, bagi pasaran lain seperti Malaysia, Vios dijangka akan kekal ditawarkan dengan enjin petrol penuh 1.5L empat-silinder NA yang menghasilkan 105 HP dan 140 Nm tork berbanding enjin 1.2L. Varian hibrid juga tidak mustahil bakal diperkenalkan oleh UMW Toyota kelak. *Kredit foto: TopGear Philippines Ciri Keselamatan Vios baharu ini dijangka dilengkapi dengan bantuan pemanduan dan sistem keselamatan seperti: Sistem brek anti-kunci ABS Sistem pengagihan daya brek EBD Sistem bantuan brek BA Kawalan Kestabilan Kenderaan VSC Sistem Kawalan Traksi Anti-gelincir Kawalan Bantuan Bukit Sistem amaran perlanggaran hadapan Sistem amaran Bantuan Keluar Lorong 7 beg udara (bahagian hadapan, tirai, lutut) Vios generasi baharu ini dibina berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang merupakan platform yang sama digunakan pada: Toyota Avanza/Veloz Daihatsu Xenia Perodua Ativa Daihatsu Rocky Toyota Raize Jika Yaris Ativ ini dilancarkan di Thailand pada Ogos tahun ini, agak-agak bila pasaran Malaysia akan menerima model berkenaan sebagai All-New Vios 2023?    

Sebuah Toyota Yaris Ativ versi hibrid yang lebih dikenali sebagai Toyota Vios di negara ini telah dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di Thailand.

Imej intipan tersebut telah dikongsikan oleh portal automotif Autolife Thailand, yang menyatakan model baharu itu dijangka bakal dilaksanakan pada Ogos 2022 dengan menampilkan enjin hibrid buat pertama kalinya.

*Kredit foto: Autolife Thailand

Berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar menunjukkan Toyota Yaris Ativ atau Vios ini melakukan ujian jalan raya, bentuk rupa hadapannya masih lagi mengekalkan gril hadapan yang berbentuk seperti Vios terdahulu, namun mungkin terdapat perubahan pada bentuk lampu hadapan dan belakangnya.  

*Kredit foto: Autolife Thailand

Walaupun banyak perincian reka bentuk pada prototaip Vios baharu ini disembunyikan oleh pelekat penyamaran, namun reka bentuknya dijangka meminjam beberapa tema penggayaan daripada Konsep Sedan Daihatsu DN-F 2017.

Dua Pilihan Rangkaian Kuasa

Di Thailand, Vios baharu ini juga dikhabarkan bakal hadir dengan dua pilihan kuasa:

Enjin petrol 1.2L NA
1.5 liter Hibrid

Enjin petrol 1.2 liter NA empat silider yang diberi kod 3NR-FKE itu menghasilkan 92 HP dan 109 Nm tork maksimum serta dipadankan bersama transmisi automatik Super CVT-i.

Enjin hibrid 1.5L tiga silinder yang diberi kod M15A-FXE pula mungkin enjin sama yang dipasang dalam Toyota Aqua (Yaris versi Jepun) yang menghasilkan 91 HP dan 120 Nm tork. Motor elektrik pula memberikan output sebanyak 80 HP dan 141 Nm tork.

Enjin hibrid itu dipilih kerana sesuai dengan insentif kenderaan dengan teknologi elektrifikasi yang diberikan oleh kerajaan Thailand pada masa ini.

Walau bagaimanapun, bagi pasaran lain seperti Malaysia, Vios dijangka akan kekal ditawarkan dengan enjin petrol penuh 1.5L empat-silinder NA yang menghasilkan 105 HP dan 140 Nm tork berbanding enjin 1.2L. Varian hibrid juga tidak mustahil bakal diperkenalkan oleh UMW Toyota kelak.

*Kredit foto: TopGear Philippines

Ciri Keselamatan

Vios baharu ini dijangka dilengkapi dengan bantuan pemanduan dan sistem keselamatan seperti:

Sistem brek anti-kunci ABS
Sistem pengagihan daya brek EBD
Sistem bantuan brek BA
Kawalan Kestabilan Kenderaan VSC
Sistem Kawalan Traksi Anti-gelincir
Kawalan Bantuan Bukit
Sistem amaran perlanggaran hadapan
Sistem amaran Bantuan Keluar Lorong
7 beg udara (bahagian hadapan, tirai, lutut)

Vios generasi baharu ini dibina berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang merupakan platform yang sama digunakan pada:

Toyota Avanza/Veloz
Daihatsu Xenia
Perodua Ativa
Daihatsu Rocky
Toyota Raize

Jika Yaris Ativ ini dilancarkan di Thailand pada Ogos tahun ini, agak-agak bila pasaran Malaysia akan menerima model berkenaan sebagai All-New Vios 2023?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language