December 1, 2022
Setelah sekian lama nama Subaru Rex hilang dari pasaran, kini nama tersebut kembali digunakan oleh Subaru setelah memperkenalkan sebuah model rebadge daripada Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Perodua Ativa yang diberi nama Subaru Rex untuk pasaran Jepun Subaru Rex ialah kereta kelas kei yang dihasilkan dari 1972 hingga 1992 terutamanya untuk dijual di Jepun oleh Subaru, walaupun ia juga dijual di Eropah, Amerika Selatan serta Australia. Exterior Subaru Rex 2023 Jika dibandingkan antara keempat-empat model kembar ini, Subaru Rex kelihatan lebih menyerupai Daihatsu Rocky, cuma ia hadir dengan beberapa perbezaan kecil seperti logo dan kemasan gril yang sedikit berbeza. Di pasaran Jepun, Rex ini ditawarkan dalam dua pilihan varian, di mana varian asas G menerima rim aloi 16 inci manakala varian tertinggi, Z menerima rim aloi 17 inci. Prestasi Subaru Rex 2023 Berbeza dengan Perodua Ativa di Malaysia, Subaru Rex di Jepun tidak dibekalkan dengan enjin 1.0L turbo yang menghasikan 98 PS dan 140 Nm, sebaliknya ia hanya dilengkapi enjin 1.2L NA yang menghasilkan 87 PS dan 113 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT automatik untuk dipacukan ke roda hadapan (FWD). Interior Subaru Rex 2023 Bahagian dalamannya juga tidak jauh beza dengan kembarnya di mana ia hadir dengan brek parkir automatik atau manual, paparan skrin sentuh infotainment bersaiz sembilan inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta kemasan kecil pada tempat duduk bergantung pada varian. Sistem Keselamatan Subaru Rex 2023 Subaru Rex tidak didatangkan dengan Subaru EyeSight, namun ia hadir dengan sistem keselamatan yang diberi nama Smart Assist seperti Perodua Smart Drive Assist yang dibekalkan pada Perodua Ativa. Sistem tersebut memberikan fungsi sama seperti kembar-kembarnya yang lain seperti: Pemantau titik buta Brek kecemasan automatik Pengenal papan tanda trafik Bantuan lampu tinggi Cruise control adaptif Bantuan kekal lorong Amaran keluar jalan Amaran lintasan trafik belakang Pemantau pandangan panaromik. Sistem bantuan parkir (boleh ditambah) Harga Kembar paling muda untuk model Perodua Ativa/Daihatsu Rocky/Toyota Raize ini dijual pada harga: Subaru Rex varian G (Asas): 1,820,000 yen (RM60k) Subaru Rex varian Z: 2,171,100 yen (RM71k) Untuk perbandingan, Perodua Ativa dijual pada harga RM62,500 hingga RM73,400 di pasaran negara ini.

Setelah sekian lama nama Subaru Rex hilang dari pasaran, kini nama tersebut kembali digunakan oleh Subaru setelah memperkenalkan sebuah model rebadge daripada Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Perodua Ativa yang diberi nama Subaru Rex untuk pasaran Jepun

Subaru Rex ialah kereta kelas kei yang dihasilkan dari 1972 hingga 1992 terutamanya untuk dijual di Jepun oleh Subaru, walaupun ia juga dijual di Eropah, Amerika Selatan serta Australia.

Exterior Subaru Rex 2023

Jika dibandingkan antara keempat-empat model kembar ini, Subaru Rex kelihatan lebih menyerupai Daihatsu Rocky, cuma ia hadir dengan beberapa perbezaan kecil seperti logo dan kemasan gril yang sedikit berbeza.

Di pasaran Jepun, Rex ini ditawarkan dalam dua pilihan varian, di mana varian asas G menerima rim aloi 16 inci manakala varian tertinggi, Z menerima rim aloi 17 inci.

Prestasi Subaru Rex 2023

Berbeza dengan Perodua Ativa di Malaysia, Subaru Rex di Jepun tidak dibekalkan dengan enjin 1.0L turbo yang menghasikan 98 PS dan 140 Nm, sebaliknya ia hanya dilengkapi enjin 1.2L NA yang menghasilkan 87 PS dan 113 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT automatik untuk dipacukan ke roda hadapan (FWD).

Interior Subaru Rex 2023

Bahagian dalamannya juga tidak jauh beza dengan kembarnya di mana ia hadir dengan brek parkir automatik atau manual, paparan skrin sentuh infotainment bersaiz sembilan inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta kemasan kecil pada tempat duduk bergantung pada varian.

Sistem Keselamatan Subaru Rex 2023

Subaru Rex tidak didatangkan dengan Subaru EyeSight, namun ia hadir dengan sistem keselamatan yang diberi nama Smart Assist seperti Perodua Smart Drive Assist yang dibekalkan pada Perodua Ativa. Sistem tersebut memberikan fungsi sama seperti kembar-kembarnya yang lain seperti:

Pemantau titik buta
Brek kecemasan automatik
Pengenal papan tanda trafik
Bantuan lampu tinggi
Cruise control adaptif
Bantuan kekal lorong
Amaran keluar jalan
Amaran lintasan trafik belakang
Pemantau pandangan panaromik.
Sistem bantuan parkir (boleh ditambah)

Harga

Kembar paling muda untuk model Perodua Ativa/Daihatsu Rocky/Toyota Raize ini dijual pada harga:

Subaru Rex varian G (Asas): 1,820,000 yen (RM60k)
Subaru Rex varian Z: 2,171,100 yen (RM71k)

Untuk perbandingan, Perodua Ativa dijual pada harga RM62,500 hingga RM73,400 di pasaran negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language