September 25, 2022
Seorang pemilik sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ Catelyzer dilaporkan makan besar apabila berjaya membuat pertukaran jual beli diantara motosikal kesayangannya, Yamaha RXZ dengan sebidang tanah! Nama RXZ sekali lagi tular apabila seorang pemuda, Nik Mohd. Zulkiflee Lee berkongsi di Kelab Jual Beli RXZ tentang pertukaran jual beli yang menguntungkan ini. Tukar RXZ Dengan Tanah Lot Penawar harga yang tinggi untuk motosikal lama ini tidak asing lagi dalam dunia permotoran. Bezanya, kali ini motosikal itu ditawarkan dengan lot tanah berkeluasan 5,242 kaki persegi dan terletak di Pasir Puteh dengan nilai anggaran RM70,000. Berdasarkan perkongsian lelaki itu, model RX-Z yang ditukarkan adalah jenis Catalyzer yang telah diperkenalkan sejak tahun 2003 sehingga tahun 2011. Dikhabarkan, pemilik baharu RXZ tersebut merupakan kawannya sendiri yang sudah lama memendam hasrat untuk memiliki motosikal itu sehingga sanggup memberikan tanah lot tersebut meskipun nilainya dikhuatiri lebih besar daripada nilai motosikal terbabit. Orang ramai memberikan pelbagai reaksi berkenaan hal ini dan ada yang menganggarkan harga motosikal tersebut melebihi RM18,000. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa situasi ini hanyalah rekaan demi kandungan media sosial sahaja. Namun pemuda itu telah memuat naik perkongsian terbaharu di Facebook bagi menepis tuduhan negatif netizen dengan menunjukkan proses menukar nama tanah telah selesai dilakukan di Pejabat Tanah Pasir Putih, Kelantan. Harga Pasaran RXZ Ketika Ini Memandangkan motosikal tidak dijual di Carlist.my, kami terpaksa mencari motosikal ini di platform jual beli lain dan hasilnya, harga yang ditawarkan untuk RXZ terpakai rata-rata berada pada paras RM14,000 ke RM30,000. Sebelum ini juga, pernah tular sebuah kisah Yamaha RXZ terpakai telah dibeli oleh pembeli dari Kedah pada harga RM60k dalam masa satu hari sahaja ia diiklankan. Tetapi sejauh mana kesahihan cerita ini? Betul atau bohong itu hanya mereka yang terlibat dengan aktiviti jual beli ini sahaja yang tahu. Sejauh mana pun kesahihan cerita ini, tahniah diucapkan kepada para pembeli dan penjual kerana berani membeli RXZ terpakai dengan harga sebegitu rupa. Siapalah kita untuk menghakimi minat seseorang kan?

Seorang pemilik sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ Catelyzer dilaporkan makan besar apabila berjaya membuat pertukaran jual beli diantara motosikal kesayangannya, Yamaha RXZ dengan sebidang tanah!

Nama RXZ sekali lagi tular apabila seorang pemuda, Nik Mohd. Zulkiflee Lee berkongsi di Kelab Jual Beli RXZ tentang pertukaran jual beli yang menguntungkan ini.

Tukar RXZ Dengan Tanah Lot

Penawar harga yang tinggi untuk motosikal lama ini tidak asing lagi dalam dunia permotoran. Bezanya, kali ini motosikal itu ditawarkan dengan lot tanah berkeluasan 5,242 kaki persegi dan terletak di Pasir Puteh dengan nilai anggaran RM70,000.

Berdasarkan perkongsian lelaki itu, model RX-Z yang ditukarkan adalah jenis Catalyzer yang telah diperkenalkan sejak tahun 2003 sehingga tahun 2011.

Dikhabarkan, pemilik baharu RXZ tersebut merupakan kawannya sendiri yang sudah lama memendam hasrat untuk memiliki motosikal itu sehingga sanggup memberikan tanah lot tersebut meskipun nilainya dikhuatiri lebih besar daripada nilai motosikal terbabit.

Orang ramai memberikan pelbagai reaksi berkenaan hal ini dan ada yang menganggarkan harga motosikal tersebut melebihi RM18,000. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa situasi ini hanyalah rekaan demi kandungan media sosial sahaja.

Namun pemuda itu telah memuat naik perkongsian terbaharu di Facebook bagi menepis tuduhan negatif netizen dengan menunjukkan proses menukar nama tanah telah selesai dilakukan di Pejabat Tanah Pasir Putih, Kelantan.

Harga Pasaran RXZ Ketika Ini

Memandangkan motosikal tidak dijual di Carlist.my, kami terpaksa mencari motosikal ini di platform jual beli lain dan hasilnya, harga yang ditawarkan untuk RXZ terpakai rata-rata berada pada paras RM14,000 ke RM30,000.

Sebelum ini juga, pernah tular sebuah kisah Yamaha RXZ terpakai telah dibeli oleh pembeli dari Kedah pada harga RM60k dalam masa satu hari sahaja ia diiklankan.

Tetapi sejauh mana kesahihan cerita ini? Betul atau bohong itu hanya mereka yang terlibat dengan aktiviti jual beli ini sahaja yang tahu. Sejauh mana pun kesahihan cerita ini, tahniah diucapkan kepada para pembeli dan penjual kerana berani membeli RXZ terpakai dengan harga sebegitu rupa. Siapalah kita untuk menghakimi minat seseorang kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language