Categories
Auto news

Tak Ambil Insurans Banjir – Apa Pilihan Pengguna Proton X50 Yang Terkesan?

Jika Proton X50 yang tidak dilindungi insurans bencana alam telah ditenggelami banjir sepenuhnya, apakah pilihan yang boleh dibuat oleh pemilik untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Berdasarkan sebuah hantaran di Facebook Proton X50 Community Malaysia (PX50CM), seorang pemilik Proton X50 bernama Norita Bachok kini runsing ekoran kereta yang baru diguna selama empat bulan telah ditenggelami air banjir yang melanda kawasannya pada Disember 2021.

Kos Baik Pulih Cecah RM60,000

Lebih menyedihkan, Proton X50 tersebut dikhabarkan telah tenggelam sepenuhnya selama 2 hari. Ketika ini, beliau masih buntu sama ada baik pulih di Proton sahaja atau hantar sahaja kereta ini ke tempat kereta scrap ekoran tiada bengkel luar yang boleh baiki serta kereta itu tidak dilindungi insurans banjir.

*Kredit video: Norita Bachok

Menurut Norita, kos baik pulih keseluruhan kereta itu mencecah RM60,000 manakala pengusaha kereta scrap hanya menawarkan sebanyak RM10,000 bagi SUV segmen-B ini. Sekiranya tersangkut di dalam situasi ini, apa pilihan yang mereka ada untuk keluar dari masalah ini?

Hantar Ke Proton

Di atas kertas, pilihan utama yang paling mudah untuk masalah ini adalah dengan menghantar sahaja kereta tersebut di pusat servis Proton untuk mendapatkan ketenangan minda. Ini kerana rata-rata juruteknik Proton sudah biasa dengan selok belok Proton X50 ini berbanding bengkel di luar.

Walau bagaimanapun, kos baik pulih yang mempunyai nilai sama dengan sebuah Perodua Myvi 2022 itu bukanlah murah bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Walaupun jalan ini merupakan jalan yang terbaik, namun tak semua orang berkemampuan.

Kalau boleh, bincanglah dengan pusat servis terlebih dahulu dan baik pulih yang wajib sahaja asalkan kereta boleh jalan. Mungkin kos yang dikenakan akan lebih murah berbanding RM60,000.

*Kredit foto: Autoworld Experience Workshop

Hantar Ke Bengkel Luar

Selain itu, kebanyakan pengguna X50 yang lain juga mencadangkan supaya pemilik yang terkesan untuk terus mencari bengkel luar yang mahu membaiki X50 tersebut kerana:

Waranti sudah pun terbatal akibat banjir
Bengkel luar mungkin tidak mengenakan caj semahal pusat servis berdaftar

Segala kerosakan yang disebabkan alam semula jadi tidak akan dilindungi oleh waranti Proton. Sama seperti yang belaku pada pemilik Perodua Ativa banjir tempoh hari, pemilik itu menerima kenyataan rasmi daripada pihak Perodua bahawa kereta banjir memang akan terbatal warantinya, cuma alat ganti yang ditukar sahaja akan diberikan waranti selama enam bulan.

Walau bagaimanapun, agak susah untuk mereka mencari bengkel luar yang mahu ambil X50 banjir untuk dibaiki. Ini kerana kesukaran mendapatkan alat ganti sah yang menerima pensijilan E-Mark untuk digunakan pada kenderaan di Malaysia.

Ini kerana alat ganti yang dibekalkan di China tidak mempunyai E-mark kerana bukan dibina untuk Malaysia. Jika pesanan dibuat terus kepada Proton, syarikat kereta nasional itu sendiri sedang menghadapi masalah kekurangan alat ganti buat masa ini.

Namun Kementerian Pengangkutan sudah mengambil maklum mengenai isu ini dan bakal mengadakan sesi perbincangan selanjutnya dengan industri perniagaan bagi membincangkan isu-isu semasa yang timbul berkaitan industri automotif dan alat ganti kenderaan.

*Kredit foto: Altoros

Jual Lerai

Daripada terus hantar ke tempat kereta scrap atau kereta lusuh, orang ramai juga menasihati Norita agar meleraikan alat ganti serta komponen kereta untuk dijual secara berasingan kepada pengguna Proton X50 lain.

Tindakan itu mungkin akan mendapat sambutan hangat ekoran Proton X50 memang terkenal dengan kesukaran mendapatkan komponen alat ganti sejak tahun lalu lagi. Namun sebagai seorang wanita yang tidak begitu arif tentang kereta, Norita dinasihatkan untuk mengupah mana-mana mekanik atau bengkel yang sanggup untuk meleraikan komponen keretanya untuk dijual.

*Kredit foto: Membeli kereta scrap dan besi buruk

Hantar Scrap

Menghantar kereta ke tempat kereta lusuh/scrap ini merupakan jalan terakhir yang boleh dilakukan oleh pemilik yang terkesan. Mana taknya, bayangkan kereta yang baru dibeli mencecah RM100,000 hanya akan dibeli oleh pengusaha kereta scrap sebanyak RM10,000 sahaja.

Walaupun jalan ini jauh lebih mudah, namun ia kemungkinan besar memberi lebih kerugian kepada pengguna yang masih perlu membayar lebihan pinjaman kereta.

Kesimpulan

Apa pun pilihan yang dibuat oleh pengguna X50 yang terkesan dengan banjir, buatlah kira-kira yang teliti dan berbincanglah bersama keluarga serta rakan-rakan sebelum membuat keputusan. Sudah tentulah apa jalan sekalipun, pemilik tetap akan menanggung kerugian. Yang paling penting, pastikan kos kerugian berada di tahap minima.

Bagi mereka yang tidak terkesan dan masih belum mengambil insurans tambahan bencana alam, eloklah berbuat demikian supaya perkara ini tidak menimpa anda. Jika anda ada pilihan lain selain daripada yang dinyatakan, kongsikan dengan kami di bahagian komen. Semoga semuanya dipermudahkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language