November 28, 2022
Kenaikan tambang e-hailing seperti Grab sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh ramai pemandu yang tidak lagi berminat untuk bekerja ketika waktu puncak meskipun tambangnya lebih tinggi berbanding biasa. Isu hangat ini kerap timbul setelah semua sektor ekonomi dibuka semula menyebabkan kesesakan jalan raya kerana kebanyakan pekerja sudah tidak lagi bekerja dari rumah. Kesesakan melampau ini telah menyebabkan sebahagian besar pemandu Grab mematikan aplikasi ketika waktu puncak. Insentif Tak Berbaloi Untuk Pemandu Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI), Presiden Grab Drivers Malaysia Association (GDMA), Arif Asyraf Ali berkata meskipun tambang yang dikenakan lebih tinggi pada waktu puncak, segelintir pemandu Grab bertindak mematikan aplikasi Grab kerana insentif tidak lagi menarik dan berbaloi buat mereka. Secara logiknya, selain kos bahan api dan masa, pemandu e-hailing juga memerlukan mental dan fizikal yang kuat jika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya terlalu lama yang boleh menyebabkan kelesuan dan keletihan. Ini menyebabkan kira-kira 30% hingga 40% daripada pemandu mematikan aplikasi, menyebabkan ramai pengguna terkandas. Angka tersebut menurun daripada 70,000-80,000 menjadi 50,000-60,000 pemandu sahaja buat masa ini. Tambah Arif, tambang semakin meningkat kerana pemandu kurang, jadi pemandu yang aktif perlu memandu lebih jauh untuk mengambil penumpang. Ia telah meningkatkan kos kerana pemandu perlu menggunakan lebih banyak minyak dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Terdahulu, Grab Malaysia berkata pada pertengahan bulan Mei 2022 sahaja, jumlah pemandu di bawah platform mereka masih dalam keadaan kurang 70% berbanding sebelum pandemik melanda. Walau bagaimanapun, jika surcaj yang dikenakan terlalu tinggi, iaitu melebihi 200% daripada tambang asas, lesen operasi syarikat tersebut akan ditarik balik atau digantung, menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Wee menyeru orang ramai yang membayar harga tambang e-hailing empat kali ganda lebih tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Tarik Lebih Ramai Pemandu Baru-baru ini, Grab telah melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan bekalan pemandu bagi memastikan tambang mereka tidak terlalu mahal seperti: Meningkatkan insentif untuk pemandu kembali ke jalan raya pada waktu puncak Memberi subsidi 100% daripada keseluruhan kos pematuhan peraturan pemandu Menawarkan bonus sehingga RM300 kepada pemandu sedia ada bagi merujuk dan membantu pemandu-pemandu baharu Persoalannya, adakah ia cukup bagi memikat semula hati bekas pemandunya untuk kembali bekerja ketika waktu puncak di samping cuba memenangi semula hati penggunanya atas peningkatan tambang?

Kenaikan tambang e-hailing seperti Grab sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh ramai pemandu yang tidak lagi berminat untuk bekerja ketika waktu puncak meskipun tambangnya lebih tinggi berbanding biasa.

Isu hangat ini kerap timbul setelah semua sektor ekonomi dibuka semula menyebabkan kesesakan jalan raya kerana kebanyakan pekerja sudah tidak lagi bekerja dari rumah. Kesesakan melampau ini telah menyebabkan sebahagian besar pemandu Grab mematikan aplikasi ketika waktu puncak.

Insentif Tak Berbaloi Untuk Pemandu

Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI), Presiden Grab Drivers Malaysia Association (GDMA), Arif Asyraf Ali berkata meskipun tambang yang dikenakan lebih tinggi pada waktu puncak, segelintir pemandu Grab bertindak mematikan aplikasi Grab kerana insentif tidak lagi menarik dan berbaloi buat mereka.

Secara logiknya, selain kos bahan api dan masa, pemandu e-hailing juga memerlukan mental dan fizikal yang kuat jika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya terlalu lama yang boleh menyebabkan kelesuan dan keletihan.

Ini menyebabkan kira-kira 30% hingga 40% daripada pemandu mematikan aplikasi, menyebabkan ramai pengguna terkandas. Angka tersebut menurun daripada 70,000-80,000 menjadi 50,000-60,000 pemandu sahaja buat masa ini.

Tambah Arif, tambang semakin meningkat kerana pemandu kurang, jadi pemandu yang aktif perlu memandu lebih jauh untuk mengambil penumpang. Ia telah meningkatkan kos kerana pemandu perlu menggunakan lebih banyak minyak dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Terdahulu, Grab Malaysia berkata pada pertengahan bulan Mei 2022 sahaja, jumlah pemandu di bawah platform mereka masih dalam keadaan kurang 70% berbanding sebelum pandemik melanda.

Walau bagaimanapun, jika surcaj yang dikenakan terlalu tinggi, iaitu melebihi 200% daripada tambang asas, lesen operasi syarikat tersebut akan ditarik balik atau digantung, menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee menyeru orang ramai yang membayar harga tambang e-hailing empat kali ganda lebih tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Tarik Lebih Ramai Pemandu

Baru-baru ini, Grab telah melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan bekalan pemandu bagi memastikan tambang mereka tidak terlalu mahal seperti:

Meningkatkan insentif untuk pemandu kembali ke jalan raya pada waktu puncak
Memberi subsidi 100% daripada keseluruhan kos pematuhan peraturan pemandu
Menawarkan bonus sehingga RM300 kepada pemandu sedia ada bagi merujuk dan membantu pemandu-pemandu baharu

Persoalannya, adakah ia cukup bagi memikat semula hati bekas pemandunya untuk kembali bekerja ketika waktu puncak di samping cuba memenangi semula hati penggunanya atas peningkatan tambang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language