December 7, 2022
Sepandai-pandai pencuri mencuri, akhirnya akan kedalam juga! Cubaan seorang lelaki untuk membawa lari sebuah motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan di Hospital Ampang gagal setelah aktiviti itu disedari orang awam. Tercuri Motosikal Polis Berdasarkan laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari orang awam selepas melihat suspek berusia 34 tahun menolak sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang, di mana anggota polis terbabit sedang bertugas di Pondok Polis Hospital Ampang ketika dimaklumkan orang awam. Anggota polis itu kemudian ke lokasi dan bertanya suspek mengapa cuba mengalih motosikal itu, namun suspek gagal memberi alasan yang munasabah dan disyaki ingin mencurinya. “Polis kemudian merampas motosikal itu dan menahan suspek untuk tindakan selanjutnya," jelas Farouk. Semakan lanjut turut mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing juga positif dadah. Tambah Farouk, siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya.    

Sepandai-pandai pencuri mencuri, akhirnya akan kedalam juga!

Cubaan seorang lelaki untuk membawa lari sebuah motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan di Hospital Ampang gagal setelah aktiviti itu disedari orang awam.

Tercuri Motosikal Polis

Berdasarkan laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari orang awam selepas melihat suspek berusia 34 tahun menolak sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang, di mana anggota polis terbabit sedang bertugas di Pondok Polis Hospital Ampang ketika dimaklumkan orang awam.

Anggota polis itu kemudian ke lokasi dan bertanya suspek mengapa cuba mengalih motosikal itu, namun suspek gagal memberi alasan yang munasabah dan disyaki ingin mencurinya.

“Polis kemudian merampas motosikal itu dan menahan suspek untuk tindakan selanjutnya,” jelas Farouk.

Semakan lanjut turut mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing juga positif dadah.

Tambah Farouk, siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language