November 28, 2022
Grab Malaysia akhirnya memberi jawapan bahawa punca utama tambangnya berubah dan tidak menentu terutama baru-baru ini adalah disebabkan oleh kekurangan pemandu yang tersedia pada waktu itu untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab persoalan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mahukan penyedia perkhidmatan e-hailing memberi penjelasan berhubung kenaikan tambang perkhidmatan mereka. Menurut kenyataan Grab, pada pertengahan bulan ini sahaja, jumlah pemandu di bawah platform mereka masih dalam keadaan kurang 70% berbanding sebelum pandemik melanda. Punca Tambang Naik Grab menjelaskan bahawa mereka tidak membuat sebarang perubahan terhadap struktur tambang. Sebaliknya, Grab mengguna pakai model harga dinamik bagi memastikan: Penumpang mendapat perkhidmatan penghantaran apabila diperlukan Pemandu menerima bayaran yang adil bagi tenaga dan masa mereka Jelas Grab, apabila jumlah tempahan melebihi jumlah pemandu tersedia di sesuatu kawasan, caj tambang akan melonjak bagi menggalakkan lebih ramai pemandu pergi ke arah lokasi penumpang. Keadaan permintaan dan penawaran tak menentu didorong oleh pelbagai faktor, termasuklah disebabkan ramai pemandu yang sudah tidak aktif sejak dua tahun lalu kerana COVID-19 yang melanda. Tambah Grab, keputusan kerajaan menarik semula segala sekatan pergerakan termasuklah sambutan perayaan baru-baru ini membuatkan tempahan di platform mereka meningkat dengan pantas. Kesesakan lalu lintas yang luar biasa juga telah meningkatkan kos (masa dan bahan api) untuk melayan segala tempahan, sekali gus mengurangkan keberkesanan kapasiti pemandu untuk menerima lebih banyak tempahan. Grab Tingkatkan Insentif, Tarik Lebih Ramai Pemandu Grab berkata meskipun mereka sedang berusaha untuk membawa lebih ramai pemandu, namun masalah untuk memenuhi tempahan akan terus berlaku memandangkan permintaan meningkat jauh melebihi jumlah peningkatan pemandu. Baru-baru ini, Grab telah melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan bekalan pemandu bagi memastikan mereka dapat menyediakan perkhidmatan mampu milik seperti: Meningkatkan insentif untuk pemandu kembali ke jalan raya pada waktu puncak Memberi subsidi 100% daripada keseluruhan kos pematuhan peraturan pemandu Menawarkan bonus sehingga RM300 kepada pemandu sedia ada bagi merujuk dan membantu pemandu-pemandu baharu Grab juga mencadangkan penumpang supaya merancang perjalanan mereka dan membuat tempahan perkhidmatan lebih awal daripada biasa.

Grab Malaysia akhirnya memberi jawapan bahawa punca utama tambangnya berubah dan tidak menentu terutama baru-baru ini adalah disebabkan oleh kekurangan pemandu yang tersedia pada waktu itu untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab persoalan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mahukan penyedia perkhidmatan e-hailing memberi penjelasan berhubung kenaikan tambang perkhidmatan mereka.

Menurut kenyataan Grab, pada pertengahan bulan ini sahaja, jumlah pemandu di bawah platform mereka masih dalam keadaan kurang 70% berbanding sebelum pandemik melanda.

Punca Tambang Naik

Grab menjelaskan bahawa mereka tidak membuat sebarang perubahan terhadap struktur tambang. Sebaliknya, Grab mengguna pakai model harga dinamik bagi memastikan:

Penumpang mendapat perkhidmatan penghantaran apabila diperlukan
Pemandu menerima bayaran yang adil bagi tenaga dan masa mereka

Jelas Grab, apabila jumlah tempahan melebihi jumlah pemandu tersedia di sesuatu kawasan, caj tambang akan melonjak bagi menggalakkan lebih ramai pemandu pergi ke arah lokasi penumpang.

Keadaan permintaan dan penawaran tak menentu didorong oleh pelbagai faktor, termasuklah disebabkan ramai pemandu yang sudah tidak aktif sejak dua tahun lalu kerana COVID-19 yang melanda.

Tambah Grab, keputusan kerajaan menarik semula segala sekatan pergerakan termasuklah sambutan perayaan baru-baru ini membuatkan tempahan di platform mereka meningkat dengan pantas.

Kesesakan lalu lintas yang luar biasa juga telah meningkatkan kos (masa dan bahan api) untuk melayan segala tempahan, sekali gus mengurangkan keberkesanan kapasiti pemandu untuk menerima lebih banyak tempahan.

Grab Tingkatkan Insentif, Tarik Lebih Ramai Pemandu

Grab berkata meskipun mereka sedang berusaha untuk membawa lebih ramai pemandu, namun masalah untuk memenuhi tempahan akan terus berlaku memandangkan permintaan meningkat jauh melebihi jumlah peningkatan pemandu.

Baru-baru ini, Grab telah melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan bekalan pemandu bagi memastikan mereka dapat menyediakan perkhidmatan mampu milik seperti:

Meningkatkan insentif untuk pemandu kembali ke jalan raya pada waktu puncak
Memberi subsidi 100% daripada keseluruhan kos pematuhan peraturan pemandu
Menawarkan bonus sehingga RM300 kepada pemandu sedia ada bagi merujuk dan membantu pemandu-pemandu baharu

Grab juga mencadangkan penumpang supaya merancang perjalanan mereka dan membuat tempahan perkhidmatan lebih awal daripada biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language