December 5, 2022
Sekiranya syarikat e-hailing mengenakan surcaj melebihi 200% daripada tambang asas, lesen operasi syarikat tersebut akan ditarik balik atau digantung, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Tambah Wee, mengikut tambang asas, harga yang sepatutnya dikenakan adalah antara RM0.70 hingga RM0.90 satu kilometer namun syarikat pengendali e-hailing diberi kelonggaran mengenakan surcaj yang ada peraturan, berdasarkan kepada permintaan dan penentuan harga dinamik. MOT Beri Amaran Kepada Syarikat e-hailing Wee telah mengingatkan supaya syarikat e-hailing tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu. “Jangan paksa saya, satu hari nanti saya terpaksa mengawal selia industri e-hailing. Saya tidak mahu sehingga kami terpaksa ganggu ekonomi gig sebab itu saya kata kita kena buat secara harmoni,” katanya. Ekoran penjelasan Grab baru-baru ini yang mengatakan punca harga naik adalah kerana permintaan meningkat dan pemandu berkurang, Wee berkata alasan itu tidak masuk akal. Sambil itu, Wee juga menegaskan bahawa MOT tidak memihak pada syarikat e-hailing seperti yang dinyatakan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau turut menyifatkan dakwaan syarikat pengendali e-hailing bahawa MOT tidak membantu industri e-hailing sebagai amat mengecewakan kerana kerajaan telah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari pekerja. Namun, Wee berkata mereka masih lagi meminta keistimewaan supaya Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) untuk pemandu e-hailing dimansuhkan. “Kepada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailing, mereka perlukan lesen PSV dan ia adalah dasar yang jelas,” tambah Wee. Jelas Wee, syarikat pengendali e-hailing tidak boleh menyalahkan MOT jika mereka tidak boleh mencari pemandu kerana mereka telah diberi kelonggaran untuk kursus PSV yang dikendalikan di syarikat masing-masing. Lapor Pada MOT Jika Tambang Mahal Wee menyeru orang ramai yang mengalami tambang e-hailing empat kali ganda lebih tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika laporan itu didapati betul. Setakat ini, sebanyak 28 syarikat e-hailing yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil selain perkhidmatan teksi. Ini membolehkan pengguna membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah jika tambang yang ditawarkan sesebuah syarikat itu tidak munasabah.

Sekiranya syarikat e-hailing mengenakan surcaj melebihi 200% daripada tambang asas, lesen operasi syarikat tersebut akan ditarik balik atau digantung, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Tambah Wee, mengikut tambang asas, harga yang sepatutnya dikenakan adalah antara RM0.70 hingga RM0.90 satu kilometer namun syarikat pengendali e-hailing diberi kelonggaran mengenakan surcaj yang ada peraturan, berdasarkan kepada permintaan dan penentuan harga dinamik.

MOT Beri Amaran Kepada Syarikat e-hailing

Wee telah mengingatkan supaya syarikat e-hailing tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu.

“Jangan paksa saya, satu hari nanti saya terpaksa mengawal selia industri e-hailing. Saya tidak mahu sehingga kami terpaksa ganggu ekonomi gig sebab itu saya kata kita kena buat secara harmoni,” katanya.

Ekoran penjelasan Grab baru-baru ini yang mengatakan punca harga naik adalah kerana permintaan meningkat dan pemandu berkurang, Wee berkata alasan itu tidak masuk akal.

Sambil itu, Wee juga menegaskan bahawa MOT tidak memihak pada syarikat e-hailing seperti yang dinyatakan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Beliau turut menyifatkan dakwaan syarikat pengendali e-hailing bahawa MOT tidak membantu industri e-hailing sebagai amat mengecewakan kerana kerajaan telah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari pekerja.

Namun, Wee berkata mereka masih lagi meminta keistimewaan supaya Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) untuk pemandu e-hailing dimansuhkan.

“Kepada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailing, mereka perlukan lesen PSV dan ia adalah dasar yang jelas,” tambah Wee.

Jelas Wee, syarikat pengendali e-hailing tidak boleh menyalahkan MOT jika mereka tidak boleh mencari pemandu kerana mereka telah diberi kelonggaran untuk kursus PSV yang dikendalikan di syarikat masing-masing.

Lapor Pada MOT Jika Tambang Mahal

Wee menyeru orang ramai yang mengalami tambang e-hailing empat kali ganda lebih tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika laporan itu didapati betul.

Setakat ini, sebanyak 28 syarikat e-hailing yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil selain perkhidmatan teksi.

Ini membolehkan pengguna membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah jika tambang yang ditawarkan sesebuah syarikat itu tidak munasabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language