September 24, 2022
Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menawarkan tambang percuma selama sebulan kepada orang kurang upaya (OKU) sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-65. Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lr Dr Wee Ka Siong, operator perkhidmatan rel dan bas utama negara menawarkan tambang percuma khusus untuk pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemegang kad konsesi OKU MyRapid bermula 31 Ogos hingga 30 September ini. Bukti Prihatin Terhadap Golongan OKU Wee berharap lebih ramai golongan OKU akan menikmati tambang percuma ini untuk bersiar-siar di ibu negara menaiki pengangkutan awam kerana semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel, Bas Rapid Transit (BRT) atau bas henti-henti dan Rapid Mobiliti percuma selama 31 hari. Tambahnya, pemberian tambang percuma ini sebagai tanda terima kasih Kumpulan PRASARANA kepada pengguna OKU sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-65, selain bukti keprihatinan Keluarga Malaysia yang serius menjaga kebajikan serta keselesaan pengguna OKU. Terdahulu, Wee menaiki tren bersama sekumpulan OKU berkerusi roda dan cacat penglihatan dari Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) dan disambut Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi di Stesen MRT Pasar Seni. Pengangkutan Awam Dan OKU Berdasarkan statistik PRASARANA, Wee berkata purata penggunaan bulanan kalangan OKU menggunakan pengangkutan awam adalah 23,527 bagi perkhidmatan rel dan 26,762 bagi perkhidmatan bas. Kempen ini diharap dapat membantu kelangsungan hidup golongan OKU bergerak ke tempat kerja atau baru hendak memulakan perniagaan selepas terjejas akibat COVID-19 kerana ia dapat dimanfaatkan lebih 10,000 golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan awam setiap hari. "Meskipun tempoh tambang percuma selama sebulan, pada masa sama kita akan menilai keberkesanan program kerana mahu mendapat maklum balas daripada golongan pengguna ini supaya dapat mengetahui bentuk rintangan yang mereka hadapi ketika menggunakan pengangkutan awam,” jelas Wee. Tambahnya, pihaknya mahu tahu apa punca mereka tidak selesa dan mereka mengalu-alukan pandangan daripada golongan ini serta sedia menjadikan kemudahan pengangkutan awam lebih mesra OKU, sekali gus membolehkan PRASARANA meningkatkan perkhidmatan terutama ketika waktu sesak terutama membabitkan OKU. "Jadi selepas sebulan kita akan umumkan sejauh mana keberkesanan tawaran ini kepada golongan OKU selepas mendapat maklum balas dari segi reka bentuk dan apa saja perkara berkaitan pengguna OKU ini," katanya. Wee berkata, sejak beberapa bulan lalu, pihaknya sudah mengarahkan audit berkala termasuk prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi dan PRASARANA akan mensyaratkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi setiap stesen termasuk semua kemudahan beroperasi dengan baik. "Ini kerana jika kemudahan ada tetapi tidak boleh digunakan disebabkan masalah teknikal, ia menyukarkan pergerakan OKU kerana mereka memerlukan kemudahan beroperasi sepenuhnya tetapi apabila keadaan sesak, pergerakan mereka akan terbantut,” jelas Wee. Wee berkata pihaknya akan mempertingkatkan pemantauan supaya tahap keselesaan mereka bertambah baik. Selain itu, Wee berkata PRASARANA juga menyahut seruan untuk mengambil kakitangan OKU bekerja di pusat panggilan dan menggalakkan lebih ramai lagi pada masa hadapan. Sementara itu, bagi penggunaan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, penumpang OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU atau kad konsesi OKU MyRapid kepada kapten bas bagi membolehkan mereka menikmati perjalanan percuma.

Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menawarkan tambang percuma selama sebulan kepada orang kurang upaya (OKU) sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-65.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lr Dr Wee Ka Siong, operator perkhidmatan rel dan bas utama negara menawarkan tambang percuma khusus untuk pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemegang kad konsesi OKU MyRapid bermula 31 Ogos hingga 30 September ini.

Bukti Prihatin Terhadap Golongan OKU

Wee berharap lebih ramai golongan OKU akan menikmati tambang percuma ini untuk bersiar-siar di ibu negara menaiki pengangkutan awam kerana semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel, Bas Rapid Transit (BRT) atau bas henti-henti dan Rapid Mobiliti percuma selama 31 hari.

Tambahnya, pemberian tambang percuma ini sebagai tanda terima kasih Kumpulan PRASARANA kepada pengguna OKU sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-65, selain bukti keprihatinan Keluarga Malaysia yang serius menjaga kebajikan serta keselesaan pengguna OKU.

Terdahulu, Wee menaiki tren bersama sekumpulan OKU berkerusi roda dan cacat penglihatan dari Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) dan disambut Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi di Stesen MRT Pasar Seni.

Pengangkutan Awam Dan OKU

Berdasarkan statistik PRASARANA, Wee berkata purata penggunaan bulanan kalangan OKU menggunakan pengangkutan awam adalah 23,527 bagi perkhidmatan rel dan 26,762 bagi perkhidmatan bas.

Kempen ini diharap dapat membantu kelangsungan hidup golongan OKU bergerak ke tempat kerja atau baru hendak memulakan perniagaan selepas terjejas akibat COVID-19 kerana ia dapat dimanfaatkan lebih 10,000 golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan awam setiap hari.

“Meskipun tempoh tambang percuma selama sebulan, pada masa sama kita akan menilai keberkesanan program kerana mahu mendapat maklum balas daripada golongan pengguna ini supaya dapat mengetahui bentuk rintangan yang mereka hadapi ketika menggunakan pengangkutan awam,” jelas Wee.

Tambahnya, pihaknya mahu tahu apa punca mereka tidak selesa dan mereka mengalu-alukan pandangan daripada golongan ini serta sedia menjadikan kemudahan pengangkutan awam lebih mesra OKU, sekali gus membolehkan PRASARANA meningkatkan perkhidmatan terutama ketika waktu sesak terutama membabitkan OKU.

“Jadi selepas sebulan kita akan umumkan sejauh mana keberkesanan tawaran ini kepada golongan OKU selepas mendapat maklum balas dari segi reka bentuk dan apa saja perkara berkaitan pengguna OKU ini,” katanya.

Wee berkata, sejak beberapa bulan lalu, pihaknya sudah mengarahkan audit berkala termasuk prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi dan PRASARANA akan mensyaratkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi setiap stesen termasuk semua kemudahan beroperasi dengan baik.

“Ini kerana jika kemudahan ada tetapi tidak boleh digunakan disebabkan masalah teknikal, ia menyukarkan pergerakan OKU kerana mereka memerlukan kemudahan beroperasi sepenuhnya tetapi apabila keadaan sesak, pergerakan mereka akan terbantut,” jelas Wee.

Wee berkata pihaknya akan mempertingkatkan pemantauan supaya tahap keselesaan mereka bertambah baik. Selain itu, Wee berkata PRASARANA juga menyahut seruan untuk mengambil kakitangan OKU bekerja di pusat panggilan dan menggalakkan lebih ramai lagi pada masa hadapan.

Sementara itu, bagi penggunaan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, penumpang OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU atau kad konsesi OKU MyRapid kepada kapten bas bagi membolehkan mereka menikmati perjalanan percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language