Categories
Auto news

Tarif Elektrik Di Semenanjung Kekal Tahun Ini

Tarif elektrik bagi pengguna domestik kategori kediaman serta pengguna bukan domestik (komersial dan industri) di Semenanjung Malaysia kekal bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Keputusan tersebut dibuat melalui pelarasaan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).

Pelaksanaan Mekanisme ICPT

Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST), pelaksanaan mekanisme ICPT membolehkan:

Pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan
Tiada surcaj dikenakan untuk pengguna domestik
Surcaj 3.70 sen/kWj untuk pengguna bukan domestik dikekalkan

ST turut memaklumkan jumlah keseluruhan peruntukan pemberian rebat dan kos surcaj ICPT yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM5.8 bilion.

ST turut mengesahkan bahawa kerajaan sudah bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme ICPT bagi pengguna di Semenanjung dilaksanakan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Peruntukan Kerajaan Bagi Mengekalkan Tarif

Dengan mengekalkan pemberian rebat semasa dan tanggungan kos surcaj ICPT sepenuhnya kepada semua pengguna domestik, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM2.3 bilion untuk menanggung kos tersebut.

Selain itu, ST turut memaklumkan bahawa kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM3.5 bilion untuk memastikan surcaj ICPT semasa dikekalkan kepada pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri daripada dikenakan keseluruhan surcaj yang sepatutnya pada 11.81 sen/kWj.

Harga Arang Batu Meningkat

Menurut ST, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM7 bilion atau bersamaan dengan surcaj ICPT pada kadar 11.81 sen/kWj bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun ini.

Ia ekoran kenaikan harga arang batu di pasaran dunia sehingga mencecah AS$265 per tan berbanding dengan kadar AS$79 per tan yang diunjurkan dalam kadar tarif asas Tenaga Nasional Bhd (TNB), dan antara puncanya adalah berikutan krisis global yang berlaku dan kekangan bekalan arang batu dunia.

Lebih 80% daripada elektrik yang dijana di Malaysia menggunakan arang batu dan gas.

*Kredit foto: Bernama

Kos Bahan Api, Penjanaan Elektrik Disemak Setiap 6 Bulan

Di bawah mekanisme ICPT, ST menjelaskan bahawa kos bahan api dan kos penjanaan elektrik akan disemak setiap enam bulan dan dilepaskan kepada pengguna elektrik dalam bentuk rebat atau surcaj bergantung kepada penjimatan atau peningkatan kos terbabit.

Sebagai langkah untuk meminimumkan kos bil elektrik, pengguna elektrik di Semenanjung digalakkan untuk memanfaatkan Program Net Energy Metering (NEM), selain digalakkan untuk melaksanakan langkah-langkah menggunakan elektrik dengan cekap.

Pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik melalui portal www.myelectricitybill.my dan memasukkan unjuran harga arang batu dan gas serta kadar tukaran wang asing untuk membuat anggaran kos ICPT pada tempoh pelarasan tarif akan datang.

Kenaikan tarif elektrik semestinya menyumbang terhadap kenaikan harga barang seperti barang dapur hinggalah kepada harga kereta. Namun dengan pengumuman kerajaan ini, pengguna kereta elektrik mungkin boleh menarik nafas lega buat masa ini tetapi adakah harga barang masih akan meningkat meskipun harga tarif elektrik kekal sehingga hujung tahun ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language