Categories
Auto news

Tarik Lesen Bengkel Jika Ubah Suai Motosikal Melebihi Modifikasi Ditetapkan JPJ

Mana-mana pemilik bengkel yang dikenal pasti menawarkan khidmat mengubah suai motosikal melebihi modifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu ditarik semula lesen perniagaan mereka.

Perkara itu disuarakan oleh pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua yang mengatakan modifikasi yang disarankan hanya melibatkan:

Pengubahsuaian kecil
Pemasangan alat kelengkapan tambahan
Pemasangan aksesori yang tidak mengubah identiti dan tidak mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan.

Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Bengkel

Menurutnya, Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas menyatakan mana-mana individu tidak dibenarkan mengubah suai kenderaan sama ada motosikal atau kereta termasuk kenderaan komersial melebihi modifikasi yang ditetapkan.

Susulan itu, beliau berpendapat bahawa penguat kuasa perlu mengambil tindakan serta-merta dan memberi hukuman berat kepada pemilik, termasuk menarik semula lesen perniagaan.

“Jika sudah dapat bukti bahawa pemilik bengkel ubah suai motosikal sehingga tidak diterima oleh JPJ, ia sudah menjadi bukti kukuh untuk mereka diambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengakui kegiatan pengubahsuaian berlebihan itu sukar dikesan penguat kuasa berikutan lokasi premis kebiasaannya adalah di kawasan tersorok.

“Tapi masalahnya mereka (pemilik bengkel) buat (ubah suai) secara senyap-senyap. Jadi di mana kita nak cari lokasi mereka?” soalnya.

Menurutnya lagi, permintaan yang tinggi untuk mengubah suai dan meningkatkan kelajuan motosikal bagi tujuan lumba haram menyebabkan pemilik bengkel akan terus menjalankan perniagaan meskipun sedar ia menyalahi peraturan jalan raya.

6 Pengubahsuaian Motosikal Yang Tidak Dibenarkan JPJ

Tidak Menggunakan cermin pandang sisi

Menggunakan tayar terlalu kecil atau tayar sotong

Menukar ekzos biasa kepada ekzos yang berbunyi bising

Menukar swing arm untuk mengurangkan berat motosikal

Menukar blok motosikal untuk memberi lebih kelajuan

Menukar unit kawalan enjin (ECU) untuk mematikan batasan had laju (cut off) serta memberi lebih kelajuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language