October 4, 2023
Ada banyak tayar kereta yang ditawarkan di dalam pasaran ketka ini, namun yang mana satu yang sesuai untuk digunakan oleh Perodua Myvi 2022 AKA kereta paling popular di Malaysia? Mengikut statistik, Perodua Myvi memegang takhta kereta paling laris di Malaysia selama 8 tahun berturut-turut sejak 2006. Di Malaysia, jumlah keseluruhan kenderaan di jalan raya berada dalam lingkungan 11,000,000 unit kenderaan. Dalam jumlah tersebut, lebih 1 juta unit merupakan Perodua Myvi. Maksudnya, dalam setiap 10 bilangan kereta di atas jalan, ada satu Perodua Myvi. Kali ini, kami akan meneroka beberapa jenama tayar yang sesuai untuk digunakan pada Perodua Myvi 2022. Sebelum pergi lebih lanjut berkenaan tayar, perlu untuk anda tahu juga bahawa Perodua Myvi 2022 hadir bersama pilihan tayar berbeza mengikut enjin yang dipilih. Tayar Asal Perodua Myvi 2022  Varian Perodua Myvi 2022 Saiz Tayar Jenama Tayar Dari Kilang 1.5 AV 185/55R15 Goodyear Assurance TripleMax 1.5 H 185/55R15 Goodyear Assurance TripleMax 1.5 X 185/55R15 Goodyear Assurance TripleMax 1.3 G 175/65R14 Bridgestone Ecopia 150 1.5 G (tanpa PSDA) 175/65R14 Bridgestone Ecopia 150   Kalau nak diikutkan, tayar yang diberikan ini adalah tayar lama memandangkan generasi baharu bagi barisan tayar tersebut sudahpun dilancarkan. Ini menandakan bahawa kini sudah ada banyak pilihan tayar yang boleh dibuat oleh pemilik Myvi. Dalam memilih tayar kereta, ada beberapa elemen yang perlu diambil berat seperti: Harga Prestasi brek ketika basah Jarak perbatuan yang ditawarkan Kadar bunyi bising Penggunaan bahan api Berdasarkan faktor-faktor di atas, berikut merupakan antara tayar terbaik yang boleh digunakan pada Perodua Myvi 2022 selain daripada tayar dari kilang. Tayar Sesuai Untuk Perodua Myvi 2022 Goodyear Assurance TripleMax 2 Tread Wear: 320 Kelebihan: Harga berpatutan Wet Braking Kelemahan: Jarak perbatuan rendah Harga: 185/55R15: RM 204 Michelin XM2+ Tread Wear: 420 Kelebihan: Prestasi brek ketika basah Jarak perbatuan tinggi Prestasi sepanjang hayat Kelemahan Harga  Harga 175/65R14: RM220 185/55R15: RM280 Continental Comfort 6 CC6 Tread Wear: 380 Kelebihan: Kurang bunyi bising Jarak perbatuan tinggi Kelemahan: Prestasi brek ketika basah Harga: 175/65R14: RM160 185/55R15: RM210 Bridgestone Ecopia EP300 Tread Wear: 320 Kelebihan: Menjimatkan penggunaan bahan api Kelemahan: Prestasi brek ketika basah Jarak perbatuan rendah Harga: 175/65R14: RM210 Jika anda mahu menukar tayar Myvi anda kelak, pastikan anda tahu apa yang anda perlukan dan cuba padankan keperluan anda dengan tayar yang sesuai sebelum membeli. Jika masih tak tahu nak beli tayar apa, rujuk senarai di atas dah buatlah pilihan dengan bijak!

Ada banyak tayar kereta yang ditawarkan di dalam pasaran ketka ini, namun yang mana satu yang sesuai untuk digunakan oleh Perodua Myvi 2022 AKA kereta paling popular di Malaysia?

Mengikut statistik, Perodua Myvi memegang takhta kereta paling laris di Malaysia selama 8 tahun berturut-turut sejak 2006. Di Malaysia, jumlah keseluruhan kenderaan di jalan raya berada dalam lingkungan 11,000,000 unit kenderaan. Dalam jumlah tersebut, lebih 1 juta unit merupakan Perodua Myvi. Maksudnya, dalam setiap 10 bilangan kereta di atas jalan, ada satu Perodua Myvi.

Kali ini, kami akan meneroka beberapa jenama tayar yang sesuai untuk digunakan pada Perodua Myvi 2022. Sebelum pergi lebih lanjut berkenaan tayar, perlu untuk anda tahu juga bahawa Perodua Myvi 2022 hadir bersama pilihan tayar berbeza mengikut enjin yang dipilih.

Tayar Asal Perodua Myvi 2022 

Varian Perodua Myvi 2022
Saiz Tayar
Jenama Tayar Dari Kilang

1.5 AV
185/55R15
Goodyear Assurance TripleMax

1.5 H
185/55R15
Goodyear Assurance TripleMax

1.5 X
185/55R15
Goodyear Assurance TripleMax

1.3 G
175/65R14
Bridgestone Ecopia 150

1.5 G (tanpa PSDA)
175/65R14
Bridgestone Ecopia 150

 

Kalau nak diikutkan, tayar yang diberikan ini adalah tayar lama memandangkan generasi baharu bagi barisan tayar tersebut sudahpun dilancarkan. Ini menandakan bahawa kini sudah ada banyak pilihan tayar yang boleh dibuat oleh pemilik Myvi.

Dalam memilih tayar kereta, ada beberapa elemen yang perlu diambil berat seperti:

Harga
Prestasi brek ketika basah
Jarak perbatuan yang ditawarkan
Kadar bunyi bising
Penggunaan bahan api

Berdasarkan faktor-faktor di atas, berikut merupakan antara tayar terbaik yang boleh digunakan pada Perodua Myvi 2022 selain daripada tayar dari kilang.

Tayar Sesuai Untuk Perodua Myvi 2022

Goodyear Assurance TripleMax 2

Tread Wear: 320

Kelebihan:

Harga berpatutan
Wet Braking

Kelemahan:

Jarak perbatuan rendah

Harga:

185/55R15: RM 204

Michelin XM2+

Tread Wear: 420

Kelebihan:

Prestasi brek ketika basah
Jarak perbatuan tinggi
Prestasi sepanjang hayat

Kelemahan

Harga 

Harga

175/65R14: RM220
185/55R15: RM280

Continental Comfort 6 CC6

Tread Wear: 380

Kelebihan:

Kurang bunyi bising
Jarak perbatuan tinggi

Kelemahan:

Prestasi brek ketika basah

Harga:

175/65R14: RM160
185/55R15: RM210

Bridgestone Ecopia EP300

Tread Wear: 320

Kelebihan:

Menjimatkan penggunaan bahan api

Kelemahan:

Prestasi brek ketika basah
Jarak perbatuan rendah

Harga:

175/65R14: RM210

Jika anda mahu menukar tayar Myvi anda kelak, pastikan anda tahu apa yang anda perlukan dan cuba padankan keperluan anda dengan tayar yang sesuai sebelum membeli. Jika masih tak tahu nak beli tayar apa, rujuk senarai di atas dah buatlah pilihan dengan bijak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language