December 5, 2022
Penumpang udara yang memilih untuk menggunakan e-hailing atau teksi setelah mendarat di KLIA2 kini dikenakan caj tambahan sebanyak RM2. Caj RM2 ini merupakan “bayaran masuk” baharu yang dikenakan ke atas semua pemandu e-hailing dan teksi jika mereka ingin mengambil penumpang di Pintu 5, Aras 1 lapangan terbang berkenaan. Caj Tambahan Untuk e-Hailing, Teksi Caj baharu itu dibuat selepas syarikat yang menguruskan aliran trafik dan sistem beratur di KLIA 2 memasang gantri di Aras 1, di mana pemandu e-panggilan dan teksi mesti menggunakan kad Touch N Go mereka untuk masuk ke kawasan mengambil penumpang. Menurut laporan FMT, pemandu juga dikehendaki mempunyai nilai minimum RM20 dalam kad Touch ‘n Go mereka. Namun, sesetengah pemandu dipercayai mengalihkan caj tambahan RM2 itu kepada penumpang mereka. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengesahkan pengenalan dasar baharu oleh RA Consultant Group Sdn Bhd (RACG), syarikat yang dilantik oleh Segi Astana Sdn Bhd, yang merupakan pemegang konsesi kompleks bersepadu gateway@klia2. “RM2 adalah caj perkhidmatan oleh RACG untuk semua pemandu e-panggilan dan teksi sebelum mereka dibenarkan mengambil penumpang di hab pengangkutan KLIA2,” jelas APAD. Tambah APAD, pemandu bas juga perlu membayar bayaran masuk itu tetapi pada kadar berbeza sebelum dibenarkan mengambil penumpang di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, APAD tidak menyatakan sama ada ia telah memberi lampu hijau kepada RACG atau Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mengenakan “bayaran masuk” itu. *Kredit foto: FMT Tiada Justifikasi Untuk Kenakan Caj Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Arif Asyraf Ali yang menyifatkan bayaran masuk RM2 itu sebagai “tol”, berkata tidak ada justifikasi dibuat untuk memperkenalkan sistem gantri. “Saya tertanya-tanya apakah perkhidmatan yang RACG sediakan kepada kami untuk mengenakan tol sedemikian untuk mengambil penumpang?” katanya, sambil menambah pemandu boleh diberi penarafan buruk oleh penumpang kerana isu kos tambahan. “Pemandu sudah terbeban dengan isu kenaikan harga sejak kebelakangan ini dan kini kami terpaksa berdepan dengan perkara ini,” keluhnya. Arif meminta RACG dan MAHB agar pemandu diberikan tempoh ihsan sekurang-kurangnya 15 minit tanpa caj seperti sistem parkir di lapangan terbang. “Sebagai contoh, jika pemandu Grab melebihi tempoh ihsan selama 15 minit di hab pengangkutan, maka wajarlah untuk mengenakan caj RM2 kepada kami,” katanya. Tambahnya, pihaknya juga perlu mempertimbangkan kemungkinan penumpang boleh membuat pembatalan saat akhir selepas pemandu sudah memasuki hab dan membayar yuran masuk. Naib Presiden GDMA Azril Ahmat berkata penumpang tidak akan berpuas hati kerana perlu mengeluarkan kos tambahan dan pemandu akan menanggung beban kemarahan mereka. “Ini adalah langkah mengaut keuntungan semata-mata oleh syarikat pengurusan dan MAHB. Akhirnya kami yang akan rugi kerana biasanya kami terpaksa menunggu agak lama untuk penumpang,” katanya. Difahamkan bahawa KLIA juga telah mengenakan “bayaran masuk” yang sama sebanyak RM10 untuk pemandu teksi dan e-panggilan, namun hanya jika pemandu melebihi tempoh ihsan 5 minit untuk mengambil penumpang di Pintu 4, Aras 1 pintu utama terminal utama. Diharapkan MAHB boleh mengeluarkan penjelasan berhubung “bayaran masuk” yang dikenakan di kedua-dua lapangan terbang ini.

Penumpang udara yang memilih untuk menggunakan e-hailing atau teksi setelah mendarat di KLIA2 kini dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.

Caj RM2 ini merupakan “bayaran masuk” baharu yang dikenakan ke atas semua pemandu e-hailing dan teksi jika mereka ingin mengambil penumpang di Pintu 5, Aras 1 lapangan terbang berkenaan.

Caj Tambahan Untuk e-Hailing, Teksi

Caj baharu itu dibuat selepas syarikat yang menguruskan aliran trafik dan sistem beratur di KLIA 2 memasang gantri di Aras 1, di mana pemandu e-panggilan dan teksi mesti menggunakan kad Touch N Go mereka untuk masuk ke kawasan mengambil penumpang.

Menurut laporan FMT, pemandu juga dikehendaki mempunyai nilai minimum RM20 dalam kad Touch ‘n Go mereka. Namun, sesetengah pemandu dipercayai mengalihkan caj tambahan RM2 itu kepada penumpang mereka.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengesahkan pengenalan dasar baharu oleh RA Consultant Group Sdn Bhd (RACG), syarikat yang dilantik oleh Segi Astana Sdn Bhd, yang merupakan pemegang konsesi kompleks bersepadu gateway@klia2.

“RM2 adalah caj perkhidmatan oleh RACG untuk semua pemandu e-panggilan dan teksi sebelum mereka dibenarkan mengambil penumpang di hab pengangkutan KLIA2,” jelas APAD.

Tambah APAD, pemandu bas juga perlu membayar bayaran masuk itu tetapi pada kadar berbeza sebelum dibenarkan mengambil penumpang di kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, APAD tidak menyatakan sama ada ia telah memberi lampu hijau kepada RACG atau Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mengenakan “bayaran masuk” itu.

*Kredit foto: FMT

Tiada Justifikasi Untuk Kenakan Caj

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Arif Asyraf Ali yang menyifatkan bayaran masuk RM2 itu sebagai “tol”, berkata tidak ada justifikasi dibuat untuk memperkenalkan sistem gantri.

“Saya tertanya-tanya apakah perkhidmatan yang RACG sediakan kepada kami untuk mengenakan tol sedemikian untuk mengambil penumpang?” katanya, sambil menambah pemandu boleh diberi penarafan buruk oleh penumpang kerana isu kos tambahan.

“Pemandu sudah terbeban dengan isu kenaikan harga sejak kebelakangan ini dan kini kami terpaksa berdepan dengan perkara ini,” keluhnya.

Arif meminta RACG dan MAHB agar pemandu diberikan tempoh ihsan sekurang-kurangnya 15 minit tanpa caj seperti sistem parkir di lapangan terbang.

“Sebagai contoh, jika pemandu Grab melebihi tempoh ihsan selama 15 minit di hab pengangkutan, maka wajarlah untuk mengenakan caj RM2 kepada kami,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga perlu mempertimbangkan kemungkinan penumpang boleh membuat pembatalan saat akhir selepas pemandu sudah memasuki hab dan membayar yuran masuk.

Naib Presiden GDMA Azril Ahmat berkata penumpang tidak akan berpuas hati kerana perlu mengeluarkan kos tambahan dan pemandu akan menanggung beban kemarahan mereka.

“Ini adalah langkah mengaut keuntungan semata-mata oleh syarikat pengurusan dan MAHB. Akhirnya kami yang akan rugi kerana biasanya kami terpaksa menunggu agak lama untuk penumpang,” katanya.

Difahamkan bahawa KLIA juga telah mengenakan “bayaran masuk” yang sama sebanyak RM10 untuk pemandu teksi dan e-panggilan, namun hanya jika pemandu melebihi tempoh ihsan 5 minit untuk mengambil penumpang di Pintu 4, Aras 1 pintu utama terminal utama.

Diharapkan MAHB boleh mengeluarkan penjelasan berhubung “bayaran masuk” yang dikenakan di kedua-dua lapangan terbang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language