November 28, 2022
Tempahan tertunggak kereta di Malaysia ketika ini dipercayai mencecah lebih 500,000 unit berbanding 267,000 unit yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 20 Jun lalu. Penganalisis HLIB Research, Daniel Wong, berkata jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini diunjurkan meningkat ekoran jangkaan penghantaran tempahan tinggi yang berterusan pada bulan mendatang. Penghantaran Tempahan Tinggi Disebabkan Tempahan Tertunggak Wong turut menyatakan jangkaannya itu disokong oleh tempahan tertunggak yang besar untuk pengeluar peralatan asli (OEM) utama seperti Perodua, Proton, Honda, Toyota serta jenama lain. Disebabkan itu, beliau berkata Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut meningkatkan jangkaan TIV kepada 630,000 bagi 2022 berbanding 600,000 sebelum ini. "Kami menganggarkan tempahan tertunggak industri ketika ini melonjak kepada lebih 500,000 unit berbanding 267,000 unit yang dinyatakan semasa pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berakhir untuk tempahan baharu menjelang 30 Jun 2022 masih terpakai untuk penghantaran kenderaan sebelum 31 Mac 2023," katanya. Meskipun jangkaan pemulihan TIV berterusan sehingga akhir tahun dengan disokong oleh paras tempahan tertunggak yang tinggi, Wong berkata pihaknya masih mengekalkan penarafan 'neutral' bagi sektor automotif dan menjangkakan TIV akan menjadi perlahan pada 2023. Jualan Industri Meningkat 33% Perodua mengekalkan kedudukan utamanya dengan penguasaan pasaran sebanyak 38.4%, manakala tempahan tertunggak terkini mereka mencecah lebih 243,000 unit. Model terbaharu mereka, Perodua Alza 2022 telah menerima lebih 30,000 tempahan dan Perodua komited untuk menyiapkan 26,000 unit sebulan bagi memenuhi tempahan tertunggak menjelang 31 Mac 2023. Sementara itu, Proton pula menjangkakan untuk meningkatkan penghantarannya pada separuh kedua 2022, sekali gus membolehkan pengeluar kereta nasional itu mencapai sasaran jualan antara 136,000 hingga 150,000 unit. Ketika Ini, tempahan tertunggak Proton melebihi 150,000 unit dibantu oleh permintaan yang menggalakkan daripada pengguna. Proton juga komited untuk memenuhi tempahan tertunggak bagi model sedia ada sebelum memperkenalkan model Geely baharu pada tahun hadapan. Industri automotif menjual 331,386 unit bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, melonjak 33% berbanding 249,178 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu. Angka tersebut disumbangkan oleh: Kenderaan penumpang: 293,540 unit Kenderaan komersial 37,846 unit MAA menyemak naik unjuran TIV bagi 2022 kepada 630,000 unit bersandarkan jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia yang berterusan selepas merekodkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama 2022. Unjuran angka TIV lebih baik tahun ini juga akan dipacu oleh pengenalan model baharu dan kenderaan elektrik penuh yang ditawarkan pada harga berpatutan dan kompetitif yang bakal terus menarik minat pelanggan.  

Tempahan tertunggak kereta di Malaysia ketika ini dipercayai mencecah lebih 500,000 unit berbanding 267,000 unit yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 20 Jun lalu.

Penganalisis HLIB Research, Daniel Wong, berkata jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini diunjurkan meningkat ekoran jangkaan penghantaran tempahan tinggi yang berterusan pada bulan mendatang.

Penghantaran Tempahan Tinggi Disebabkan Tempahan Tertunggak

Wong turut menyatakan jangkaannya itu disokong oleh tempahan tertunggak yang besar untuk pengeluar peralatan asli (OEM) utama seperti Perodua, Proton, Honda, Toyota serta jenama lain.

Disebabkan itu, beliau berkata Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut meningkatkan jangkaan TIV kepada 630,000 bagi 2022 berbanding 600,000 sebelum ini.

“Kami menganggarkan tempahan tertunggak industri ketika ini melonjak kepada lebih 500,000 unit berbanding 267,000 unit yang dinyatakan semasa pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berakhir untuk tempahan baharu menjelang 30 Jun 2022 masih terpakai untuk penghantaran kenderaan sebelum 31 Mac 2023,” katanya.

Meskipun jangkaan pemulihan TIV berterusan sehingga akhir tahun dengan disokong oleh paras tempahan tertunggak yang tinggi, Wong berkata pihaknya masih mengekalkan penarafan ‘neutral’ bagi sektor automotif dan menjangkakan TIV akan menjadi perlahan pada 2023.

Jualan Industri Meningkat 33%

Perodua mengekalkan kedudukan utamanya dengan penguasaan pasaran sebanyak 38.4%, manakala tempahan tertunggak terkini mereka mencecah lebih 243,000 unit.

Model terbaharu mereka, Perodua Alza 2022 telah menerima lebih 30,000 tempahan dan Perodua komited untuk menyiapkan 26,000 unit sebulan bagi memenuhi tempahan tertunggak menjelang 31 Mac 2023.

Sementara itu, Proton pula menjangkakan untuk meningkatkan penghantarannya pada separuh kedua 2022, sekali gus membolehkan pengeluar kereta nasional itu mencapai sasaran jualan antara 136,000 hingga 150,000 unit.

Ketika Ini, tempahan tertunggak Proton melebihi 150,000 unit dibantu oleh permintaan yang menggalakkan daripada pengguna. Proton juga komited untuk memenuhi tempahan tertunggak bagi model sedia ada sebelum memperkenalkan model Geely baharu pada tahun hadapan.

Industri automotif menjual 331,386 unit bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, melonjak 33% berbanding 249,178 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu. Angka tersebut disumbangkan oleh:

Kenderaan penumpang: 293,540 unit
Kenderaan komersial 37,846 unit

MAA menyemak naik unjuran TIV bagi 2022 kepada 630,000 unit bersandarkan jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia yang berterusan selepas merekodkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama 2022.

Unjuran angka TIV lebih baik tahun ini juga akan dipacu oleh pengenalan model baharu dan kenderaan elektrik penuh yang ditawarkan pada harga berpatutan dan kompetitif yang bakal terus menarik minat pelanggan.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language